TURUTAN MAUT (BAB 10)

300 14 1
                                    

BAB 10

SUDAH dua hari berlalu sejak si pembunuh menghantar surat yang kedua kepada pihak polis bagi memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai pembunuhan ketiga yang akan dilakukannya.

Sedang Detektif Arsyad dan anggota polis yang lain sedang berbincang mengenai langkah yang boleh diambil untuk menggagalkan rancangan si pembunuh seterusnya menangkap penjenayah tersebut, si pembunuh juga sedang menyusun rancangannya.

Pada ketika ini, si pembunuh sedang berada di markas rahsianya yang terletak di pinggiran bandar besar Kuala Lumpur.

Satu tempat yang mana jarang sekali orang awam akan berada di situ disebabkan tempat itu agak terpencil dan jauh dari bandar atau pekan.

Tempat tersebut telah dipilih khas oleh si pembunuh pada dua hingga tiga tahun yang lepas sebelum dia memulakan perancangan dalam mencari dan membunuh mangsa-mangsanya.

Markas si pembunuh merupakan sebuah rumah batu yang ditinggalkan kosong beberapa tahun yang lalu. Sebuah bilik di rumah tersebut telah dipilih oleh si pembunuh untuk dijadikan sebagai tempat menyusun rancangan dan menyimpan senjata.

Pada ketika ini, si pembunuh sedang duduk di meja yang berada dalam bilik tersebut sambil melihat satu per satu gambar mangsanya.

Pada gambar Nuri Alissa dan Syed Azrai telah ditandakan dengan simbol pangkah menandakan kedua-dua mangsanya itu telah menerima pembalasan atas perbuatan mereka terhadap si pembunuh sebelum ini.

Si pembunuh meletak gambar Nuri Alissa dan Syed Azrai di atas meja dan kemudiannya dia mengambil gambar mangsa ketiganya.

Gambar tersebut direnung tajam.

“Wahai bakal jenazah, adakah engkau sudah bersedia untuk berhadapan dengan kematian? Sebuah kematian yang teramat dahsyat? Kau dah bersedia?” kata si pembunuh sendirian.

Gambar mangsa ketiganya itu direnung tajam dengan perasaan marah dan gembira yang bercampur-baur dalam hatinya itu.

Si pembunuh berasa marah apabila mengingatkan semula akan perbuatan lampau yang pernah dilakukan oleh mangsa ketiganya itu terhadap dirinya suatu ketika dahulu. Satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa jua sekalipun.

Dia juga berasa gembira kerana tidak lama lagi dia akan dapat membalas semula perbuatan mangsa ketiganya itu seterusnya membalas perasaan dendam yang terhasil daripada nafsu amarah yang berkubang dalam hatinya.

‘Kau akan mampus tak lama lagi,’ getus si pembunuh itu dalam hatinya.

Seketika kemudian, dia bingkas bangun daripada kerusi dan melangkah menuju ke sebuah papan kenyataan usang.

Gambar mangsa ketiga yang sedang dipegangnya ditampal pada papan kenyataan dengan menggunakan paku tekan.

Kemudian, dia melangkah menuju ke sebuah peti kayu yang ada berdekatan situ lantas dibuka peti simpanan tersebut.

Terlihat akan beberapa senjata berbahaya yang tersimpan di dalam peti tersebut. Sebahagian daripadanya telah diubahsuai supaya azab yang akan dirasai oleh semua mangsanya menjadi berlipat kali ganda.

Si pembunuh tersebut mengeluarkan sebilah pisau dan sepucuk pistol yang telah digunakannya untuk membunuh Nuri Alissa dan Syed Azrai.

Kemudian dia melangkah semula menuju ke papan kenyataan tersebut.

Seperti lelaki psiko dan mental, si pembunuh terus menikam gambar Nuri Alissa dan menembak gambar Syed Azrai dengan menggunakan pisau dan pistol yang diambilnya sebentar tadi.

“Nuri Alissa dan Syed Azrai dah pun mati. Tak lama lagi, kau akan berjumpa dengan mereka berdua,” kata si pembunuh sendirian.

Bibirnya mengukirkan senyuman.

“Aku nak tahu, kau nak aku bunuh kau dengan cara apa?” tanya si pembunuh tersebut sambil merenung gambar mangsa ketiganya.

“Apa dia? Aku tak dengarlah apa kau cakap, cuba kau ulang balik,” katanya lagi seolah-olah dia berbual dengan gambar tersebut.

“Hah, kau tak tahu nak mati dengan cara apa? Dah tu, macam mana? Tak lama lagi kau akan mati. Kau kenalah beritahu pada aku cara terbaik untuk aku bunuh kau dan hantar kau ke alam barzakh. Cepatlah beritahu aku,” kata si pembunuh itu lagi.

Tiada jawapan.

“CEPATLAH BERITAHU AKU!!!” si pembunuh membentak keras. Macam tak betul aje mamat ni!

“Apa dia? Oh, kau nak aku sendiri yang pilih cara-cara untuk aku bunuh kau. Lain kali, cakaplah awal-awal,” kata si pembunuh sambil tersenyum.

Seketika kemudian, dia melangkah semula menuju ke peti simpanan senjatanya.

Dia merenung setiap alatan yang ada di dalam peti tersebut untuk melihat senjata manakah yang paling sesuai untuk membunuh mangsa ketiganya itu.

“Haa... elok jugak kalau aku guna pisau ni,” kata si pembunuh itu.

Pisau yang tersimpan di dalam peti itu diambil dan terus dibelek pisau tersebut daripada hujung mata pisau sehingga ke pemegangnya.

Panjang keseluruhan pisau tersebut adalah lebih kurang setengah hasta. Sememangnya boleh disimpan di dalam jaket yang akan dipakainya nanti ketika memburu mangsa ketiganya.

Pisau tersebut telah ditempa semula oleh si pembunuh itu sendiri agar mangsanya nanti dapat dibunuh dengan sekejam-kejamnya.

Pisau itu dibelek beberapa kali.

Seketika kemudian, si pembunuh itu menjilat perlahan sisi bilah pisau tersebut daripada pangkal hingga ke hujung.

Tiba-tiba dia ketawa besar.

“Kau akan mati tak lama lagi,” kata si pembunuh itu.

Gambar mangsa ketiganya dilihat sambil tangannya memegang pisau yang telah dijilatnya sebentar tadi.

Kemudian, gambar tersebut ditikam keras dengan perasaan marah yang sedang membuak-buak dalam hatinya

“KAU AKAN MATI!!!”

TURUTAN MAUTWhere stories live. Discover now