part 6

115K 1K 11
                                    

Apa yang berlaku tadi?Raisha bangun dari pembaringan sambil memegang kepalanya yang memberat.

“Aduh!"

Bahagian sensitifnya terasa sengal dan sakit.Raisha cuba ingat apa yang terjadi.

“Bukan aku.."

Dia menggeleng perlahan.Takkan la kot.Tapi..

“Morning.."

Suara itu..Raisha menoleh pantas kearah pintu bilik air yang di tutup oleh seseorang.

“Hey..Whats wrong?"

Zairil berjalan menghampiri katil.Tempat mereka melepaskan nafsu semalam.

“Apa yang awak buat dalam ni?"soal Raisha kasar.

Zairil memandang kearah isterinya dengan pandangan pelik.Aik?Amnesia ke apa ni?

“Kau tak ingat?"soal Zairil pula.

Raisha diam.Cuba mengingati apa yang berlaku.Tapi kepalanya terlalu pening.

“Ingat apa?"suaranya semakin perlahan.

Zairil cepat-cepat jalan menghampiri katil.Dia duduk dibirai katil.

“Yang kita dah buat benda tu."

Raisha mengangkat kepalanya memandang Zairil.Dahi berkerut seribu.

“Secara rela.."sambung Zairil.

“Aduh..!"

Zairil sudah kalut bila melihat isterinya menekan di bahagian bawah perut.

“Kenapa?"soalnya gelisah.

“Bawah ni..Sakit.."adu Raisha.

Zairil tergamam.Takkan la sebab aku buat banyak kali malam tadi?Aduh!Mampus aku..

“Eh..Jom kita pergi hospital."

“Saya tak boleh nak bangun la..Sakit sangat ni.."

Zairil tidak menunggu lama.Terus tubuh Raisha dicempung ke bilik air.
+++++

Zairil gelisah menanti di tempat menunggu.Matanya setia melekat di pintu bilik yang merawat isterinya.Jantung pula sudah membuat paluan gendang.

“Encik Zairil?"

Panggil seorang doktor perempuan yang keluar dari bilik yang merawat isterinya.

“Ya..Ya saya."Zairil bingkas berdiri.

“Sila ikut saya.."

Zairil diam sebelum langkahnya laju mengejar langkah doktor tersebut.
+++++

Dalam bilik lain..

“Silakan duduk."

Doktor itu duduk dikerusi biru berhadapan dengan Zairil.Meja sederhana besar menjadi pemisah mereka.

“Macam mana wife saya?Dia ok?"soal Zairil gelisah.Sapa tak sayang bini oii..?

Doktor yang bertag nama ‘Liza' menarik nafas dalam-dalam sebelum dilepaskan.

“Saya tanya direct la.Boleh encik Zairil?"soal Doktor Liza.

Zairil menganggukkan kepalanya laju.Jangan la apa-apa berlaku.Tangan digenggam.

“Well..Di sini ada dua news.One good and..one bad."

Zairil menanti dengan penuh sabar.Tangannya sudah berpeluh walaupun dalam bilik itu berpenghawa dingin.

“Encik nak tahu good or bad news?"soal doktor Liza.Cermin mata dinaikkan sedikit.

“Erm.."Zairil sudah gelisah.

“Kalau encik taknak pilih tak apa..Saya direct terus."

Doktor Liza memandang lelaki dihadapannya.Kesian pula bila diberi pilihan, tak tahu nak pilih.

“Ha?Aa..Ya ya.."gagap pula Zairil ni.

“Baiklah..Saya beritahu good new dulu."Doktor Liza mencatit sesuatu.

Hesh..!Spoil betul la doktor ni.Lama betul nak cakap!

“Good newnya..isteri encik mengandung 3 weeks."

“Alhamdulillah..Ye ke doc?Saya bakal jadi ayah?"soal Zairil teruja.

“Ya..Tahniah saya ucapkan.."doktor Liza mengukir senyuman kecil.

“Tapi..Yang bad new nya pulak?"Zairil kian tidak sabar.

Doktor Liza diam sambil melihat sesuatu di atas kertas yang dipegangnya.

“Bad newnya...isteri encik.."








what?!Raisha sakit ape eh?meh la sma² kita nntikan😈😈😈

Crazy marriageWhere stories live. Discover now