part 16

64.7K 719 52
                                    

“Here he is.."

Orang yang ditunggu akhirnya tiba.Mereka bersalaman seketika.

Mulut Ikram dan Syafikah masing-masing ternganga besar.Kalau gajah ada,gajah pun boleh masuk dalam mulut diorang.

“Lama ke tunggu?Sorry la..Ni ha Mira nak sangat makan jeruk tadi.Tak pepasal kena patah balik ke rumah.Nak beli dekat kedai malas pulak."ramah sekali Badrul bersuara.

Mira yang memboyot itu memegang erat tangan anak mereka,Balqis.

“Qis..Salam dengan aunty dan uncle."ujar Mira.

Balqis yang tahu apa yang patut dibuatnya hanya menurut.Disalam dengan Ikram dulu baru diikuti dengan yang lain.

“Umur berapa?"soal Syafikah bersama senyuman.

“5 tahun.."balas Balqis turut tersenyum.

“Eh eh..Sama umur dengan twins la.."ujar Raisha teruja.

“Eh..Berdiri pulak.Duduk la Bad.Mira."pelawa Raisha.

“Umi..Qis nak ke sana jap."kata Balqis.Senyuman diukir.

“Uish..Boleh mati aku kena senyuman anak korang."Ikram membuat lawak.

Lawak Ikram disambut dengan ketawa mereka.

“Gila terkejut tadi nampak korang berdua."ujar Syafikah.Almaklumlah kawan lama yang datang.

Ikram mengangguk setuju dengan kata-kata isterinya.

“So..Boleh la cita kan macam mana korang boleh end up sampai macam ni?"Syafikah membuat kening double jerknya.

Mira sudah tersenyum tersipu malu.Perut dipegang.Wajah suami tercinta dipandang.

“Ok fine.Aku citakan.Sebelum make sure korang jangan gelak?"
Amaran keras dari Badrul menyebabkan mereka mengangguk laju tanpa bantahan.Sepanjang cerita diceritakan Badrul,mereka hanya senyum dan menahan ketawa dari meletus.
*****

Balqis bernyanyi kecil ketika berjalan di kawasan air terjun itu.

“La la la.."

Langkah di bawa ke kerusi yang ada.Huurm..Segarnya..

“Er..Assalamualaikum.."

Seseorang yang memberi salam membuatkan dia menoleh kearah itu.

Seseorang budak lelaki tidak berbaju hanya berseluar pendek berkasut selipar dan basah berdiri berhampiran tempat dia duduk.

“Waalaikumussalam."balasnya sambil tersenyum mesra.

Budak lelaki itu terkedu.Jantungnya membuat larian pecut.Tangan naik memegang dadanya.

Balqis terus cuak.

“Eh?Awak ok?"soalnya prihatin.
*****

Zarish memegang dadanya.Kenapa pulak jantung aku berdegup laju ni?

“Eh?Awak ok?"soal budak perempuan itu prihatin.

Zarish mengangguk perlahan.Matanya masih memandang wajah putih itu.Ouh..Cute!

“Eh?Anak mata awak hijau?!" soalnya teruja.Terus dia bangun dari duduknya dan menghampiri Zarish.

“Aa?Urm..Aa..Ya ya.."tergagap pula Zarish saat ini.

Budak perempuan itu tersenyum kecil sebelum Zairil datang memanggil mereka.

“Zarish!Balqis!Meh makan ni! Kami dah tunggu nak makan!" jerit Zairil bila melihat dua kanak-kanak itu seperti berbual.

“Ye baba!"balas Zarish.

“Cepat!"kata Zairil sebelum terus berjalan pergi.

“Erm..Jom."ajak Zairil.

Balqis tersenyum kecil.Langkah dibuka lalu Zarish mengikutnya dari belakang.

Balqis..
*****

3 tahun kemudian..

“Along!Along!Ish..!"

Isya menghentak kedua kakinya di lantai.Marah betul kali ni.

Raisha yang mendengar anaknya menjerit cepat-cepat berlari anak ke bilik anak sulungnya.

“Isya..Kenapa ni?"soal Raisha sambil mengusap kepala anaknya.

“Tengok la along tu!Dah panggil pun tak dengar lagi!"Risya mencemik.

Raisha melihat pula ke arah anak sulungnya.Zarish masih baring di atas sofa sambil tersengih.

“Along.."panggil Raisha pulak.Ish..Dah kenapa anak aku ni?

“Along.."Raisha mencuba lagi.Tapi sama.Zarish hanya berbaring sambil tersengih-sengih.

“Sayang kenapa  ni?"soal Zairil yang turut ke bilik anaknya kerana mendengar suara isterinya.

“Tu.."Raisha memuncungkan bibirnya ke arah Zarish.

Zairil melihat ke arah yang ditunjuk oleh isterinya.Uish..Dah pehal anak aku tu?

“Zar.."

Belum sempat Zairil hendak memanggil.Zarish sudah berdiri dan menjerit

“Baba!Along nak kahwin!"penuh bersemangat waja lagi.

“APA?!"

Terus mereka bertiga terkejut.Mulut Risya sudah ternganga besar.Zairil menelan air liur yang terasa kelat.Raisha hanya diam membisu.

Zarish senyum ke arah mereka.Erm..Tak sabarnya nak kahwin!
*****









Hahaha..😂Apa yg jdi smpaikn zarish nk khwin pd usia muda?😏Huerm tunggu lah next chap!

Crazy marriageWhere stories live. Discover now