Balqis tersenyum gembira selepas menghias kek kegemaran suaminya.Walaupun tak cantik mana tapi rasa sedap mesti diambil kira.
"Woi..Ibu call.Balik."
Entah dari mana datang suaminya yang sudah siap dengan baju kasualnya.
Balqis senyum hambar dengan panggilan suaminya.Dia 'woi'kan aku lagi?
"Sekarang?"soalnya perlahan.
"Eh tak.Esok jer..Sekarang la." sindir Zarish.
Balqis tidak membalas sebaliknya terus cepat naik ke bilik untuk mandi dan tukar pakaiannya.
******************************
Setiba saja kereta Honda memasuki perkarangan rumah banglo 2 tingkat itu, Raisha sudah berdiri di hadapan muka pintu untuk menyambut anak menantunya.Suaminya berada di belakang rumah menguruskan barbeku.(nth btl ke tdk tu)
“Assalamualaikum ibu." Balqis yang keluar dahulu menyalami ibu mertuanya.
“Waalaikumussalam.Sihat?"soal Raisha ramah.
“Sihat." balas Balqis dengan senyuman nipisnya.
“Ibu." Zarish pula menyalami Raisha.Bahunya ditepuk lembut oleh ibunya.
“Jom masuk.Baba dengan adik² tunggu." ajak Raisha dengan senyuman lebar.
Balqis berjalan seiring dengan Raisha manakala Zarish berada di belakang mereka.
“Hai!"
“Eh?!"
Terkejut.
Dilihat ahli keluarga Balqis dan rakannya siapa lagi kalau bukan si An.Keluarga rakan mertuanya turut ada di situ.
“Appy bufday baba." ucap Zarish.Tubuh Zairil dirangkul kedalam pelukannya.
“Appy Bufday jugak.Tu adik kamu dari tadi muncung sebab kamu tak ucap dekat dia." Zairil ketawa perlahan.
Zarish turut ketawa.Risya yang menyendiri di gazebo segera dihampiri.Kotak kecil yang berada dalam kocek seluar kirinya dikeluarkan.
“Nah."
Risya segera menyambut huluran abang kembarnya dengan gembira.Bila buka saja, menjerit la anak dara tu.
“Eeeiiii!! Apa along ni?! Ha nah amek! AMEKKK!!"
Zarish sudah berlari bila adiknya mengutip apa saja di tanah untuk dijadikan senjata.Sengaja dia menghadiahkan adiknya dengan beberapa ekor anak katak dalam kotak tu.Tak senonoh.
“Qis..Ok?" soal An perlahan.
“Ok." balas Balqis juga perlahan.Seakan² tidak mahu sesiapa mendengar suaranya.
An mengangguk.Berpuas hati dengan jawapan rakannya itu.Walaupun luaran Balqis nampak bahagia dalamnya?
“Mana fiance kau?" soal Balqis sekadar menutup rasa sebal dengan sikap kebudakkan suaminya.
“Izam? Dia kena stay hari ni." suara An berubah nada.Rindu lah tu.
Balqis mengangguk kepalanya perlahan.Bahu rakannya dipeluk dari sisi.
“Kan aku ada.Kau tinggal je dia tu." dengan selamba badaknya.
An pantas menoleh kearah Balqis.Jelingan tajam diberi kepada rakannya yang masih dengan sisa tawanya.
“Kau ingat lawak?" katanya dengan muka yang ketat.
“Macam mana dengan kandungan kau tu?" soalan An beralih kepada perut rakannya yang kelihatan sedikit.
YOU ARE READING
Crazy marriage
RandomKali ni sis nk buat dua² psiko.Best jgak la.Si heroin tu jenis mood x menentu...Hero pula...entah