Rish x Qis - #10

16.8K 294 8
                                    

Zairil terus meluru ke arah Zarish yang menunduk saja.Hatinya sudah geram.Bagai mahu saja ditelan Zarish sekarang ini.

Zarish yang menunduk terus bangun dari kerusi bila terpandang wajah bengis Zairil.

“Ba.."

PANGGG!!

Tanpa sempat menjelaskan apa yang berlaku, pipi kirinya di hinggapi tangan kasar Zairil.

“Abang!"jerit Raisha yang baru tiba dengan Risya.

Zarish menunduk.Pipi yang terasa berpijar dibiarkan.

“Baba tak pernah ajar anak² baba buat macam ni! Apa? Along ingat si Balqis tu macam haiwan ke hah?!"

Diam.

Raisha merapati mereka.Suasana mula tegang.Belum sempat bibir dibuka untuk membela anaknya, sudah dicantas oleh suami.

“Sayang jangan masuk campur.Ni antara abang dengan dia!"

Raisha kembali membisu.Risya pula memainkan peranannya.Ditarik ibunya ke kerusi yang masih kosong.

“Baba..Along tak tahu.Along tak fikir pun nak buat Qis macam tu.Along tahu halal haram baba.." sayu saja suara Zarish ingin membela dirinya.

Zairil merengus geram.Ni lah jadinya.

“Zairil.."

Mereka menoleh kearah suara itu.Kelihatan Badrul dan Mira dengan wajah sayu mereka.Manakala Balqis di peluk oleh Mira.Bahunya terenjut² menahan tangisan.

“Bad..Aku minta maaf la sangat sebab anak aku.."

“Eh²..Tak pe².Kami dah bincang.Kita nikahkan diorang malam ni je." Badrul cuba untuk mengelakkan perbalahan yang akan berlaku nanti.

“Betul ni?"soal Zairil.

“Ye.."jawab Badrul yakin.

“Baiklah kalau macam tu.Ha..Tunggu apa lagi?! Minta maaf cepat!"gesa Zairil.

Zarish malu.Namun dia cuba untuk mengusirkan perasaannya itu.

“Maaf uncle.Rish tak sengaja.Qis.."

Balqis mengalihkan pandangannya kearah lain.Tidak mahu lagi melihat wajah lelaki yang dulunya pernah bertakhta di hati.

Badrul dan Mira berbalas pandangan.

“Jom..Kita selesaikan dekat dalam."ajak Badrul.

Keadaaan menjadi kekok.Tak seorang pun bercakap mahupun membantah.

######

Zarish memandang wajah Balqis yang sudah diulit mimpi.Matanya melorot melihat tubuh si isteri.Kemudian beralih pula ke tapak tangannya.

“Macam mana la aku boleh buat macam tu? "soal Zarish perlahan.Seolah² hanya bercakap dengan diri sendiri.

Balqis yang masih belum tidur mendengar saja bisikan suaminya.Walaupun dia redha, tapi hatinya masih sakit dengan apa yang Zarish lakukan.

“Qis.."

Diam.

Zarish meraup wajahnya.Rambutnya pula sudah kusut.Ditambah pula dengan fikirannya yang serabut sekarang ini.

Balqis membatukan diri bila tubuhnya dipusing oleh Zarish.Matanya masih terpejam.

“Qis..I'm so sorry baby.."

Zarish memandang wajah Balqis yang masih menunjukkan bahawa gadis itu tidur nyenyak.

“Qissss..I want to hear your voice..Please.."rayu Zarish.

Balqis menahan sebak di dada.Bukannya dia mahu menyusahkan suaminya, tapi dia tak mahu nanti hanya kata² dusta yang keluar dari bibirnya.

Zarish mengeluh berat.Melahirkan lagi rasa sedih di dada Balqis.

“Tak pe lah..Rish tidur dekat sofa.Nite baby.."

Rambut ikal Balqis di selak sebelum dahi isterinya dikucup dengan rasa sesal.

Balqis menggigit bibirnya.Cuba menahan tangisan yang kian membara.

Zarish melihat lagi wajah ayu isterinya.Matanya cekap menangkap butir air mata yang jatuh di pipi Balqis.Laju saja dia memeluk tubuh kecil itu.

Balqis yang tidak dapat menahan tangisan terus menangis semahunya di dada suaminya.Pelukan dibalas.

“Sshhh..Please..Maaf kan Rish?"

Balqis diam.Angguk tidak geleng pun tidak.Hanya tangisan saja yang menyapa telinga Zarish.

“Ok?"soal Zarish bila Balqis melepaskan pelukkannya.Tangisan gadis itu juga reda.

Balqis mengangguk.Tiba² dia malu.Tangan naik menekup wajahnya.Sekarang mesti matanya sudah bengkak.Yang pasti hidungnya, konpem merah.

“Aik?"Zarish pelik.Aish..Dah kenapa isteri aku ni?

“Bukak la..Nangis?"

Balqis menggeleng perlahan.Walaupun dia marah akan Zarish, tapi perasaan malu itu tetap ada.

“Lah..Kenapa?"soal Zarish lembut.

“Malu."balas Balqis di sebalik tangannya.

Zarish diam sebelum dia ketawa kuat.Habis air mata keluar doe!

Balqis mencebik.Tangan di alihkan dan..

CUP!

Balqis terkedu.Zarish tersenyum lebar.Gembira dapat melihat wajah terkejut + cute isterinya.

“For forgivenes?"

Balqis mengerdipkan matanya berkali².Rasanya dia tak silap.Memang Zarish kiss bibirnya tadi!! Ok nak pitam.

“Hey.."Zarish melambaikan tangannya dihadapan wajah Balqis.

“Hah?"soal Balqis tiba².

Zarish hanya mampu sengih.

“Sorry?"

Balqis diam.Entah kenapa.Tapi hatinya ingin memaafkan suaminya itu.Akalnya pula menidakkan hal yang sebenar.

“Qis?"panggil Zarish.Wajah blurr isterinya di tatap penuh minat.

Balqis mengangkat perlahan² wajahnya.Dan anak mata mereka saling berhubung.Seperti aliran elektrik bervoltan tinggi.Cepat² Balqis menunduk.Kalah akan renungan anak mata hijau itu.

“Erm.."

Zarish senyum sehingga ke telinga.Aku tak salah dengar kan? Ye tak?

“Qis dah maafkan Rish?"

Balqis mengangguk separa tunduk.Eishh..Dah maafkan pun nak tanya lagi.Malu lah!

“Ok..Rish janji takkan buat lagi.Boleh?"

Jari kelingking diangkat.

Balqis melihat tangan suaminya sebelum anak mata mereka kembali bertaut.Tanpa diduga, jarinya mengait jari suaminya.

Zarish senyum senget.Tubuh isterinya di rangkul kejap.Bagaikan tidak mahu melepaskan lagi kekasih hatinya itu.

“You will be mine.Forever mine." bisiknya perlahan di telinga kanan isterinya.

Balqis tersenyum bahagia.Belakang Zarish diusap perlahan.Menyalurkan rasa sayang yang kian membara.

Tapi lain pula di pihak Zarish.Dia tersenyum lebar.Bagaikan meraikan kemenangan yang kian menyebelahinya.

That's him.

###########







done! sorry klau chap sblom ni x mnrik..i will try the best! thanks for vote n comment! bubye!

Crazy marriageWhere stories live. Discover now