Rish x Qis - #4

17.8K 266 13
                                    

Zarish mengemas segala peralatan belajarnya dan dimasukkan dalam beg galasnya.Dengan tergesa² dia cuba berlari.

“BALQIS!!" jeritnya.

Zarish mengejar langkah Balqis yang semakin jauh di hadapannya.

"Qis!"

"Balqis!"

Langkah dihentikan.Tapi badannya masih tidak di pusing.

Zarish yang semput berhenti.Udara disedut sebelum di lepaskan.

"Sa..S..Sa..Ya.Saya.."

“Balqis!Jom!"

Badrul menurunkan cermin keretanya.Matanya tertancap pada anaknya tapi budak lelaki di belakang anaknya itu bukannya Zarish?

“Bye Rish.."suara perlahan Balqis ditangkap oleh pendengaran Zarish.

“Kejap!"

Beg sekolah pink milik Balqis ditarik.Serta merta langkah Balqis terhenti.

“Awak nak apa?"soal Balqis perlahan.

Badrul siap merakamkan lagi ‘drama' mereka dari dalam kereta.Siap letak lagu sedih lagi sebagai lagu latar.

“Urm.."Zarish masih tidak dapat meluahkan isi hatinya.Lagipun dia akan bertolak esok ke Australia.

“Dah la Zarish.."badannya di pusing.

Zarish terdiam.Tapi mulutnya bergerak-gerak sedikit.

“Ouh..Come on Zarish..You can do it!"bisik Badrul perlahan dari dalam keretanya.

Zarish menggenggam kedua-dua tangannya.Mengumpul kekuatan dalam diri.

Tiba-tiba Balqis menoleh lalu melangkah tapi langkahnya terhenti dengan kata-kata Zarish.

“Saya suka awak!Saya cinta awak Qis!"jerit Zarish.Dadanya berombak.

Badrul menutup mulut.Balqis sudah terpaku.Zarish tersenyum dari tempatnya berdiri.

Balqis menoleh perlahan-lahan.Matanya sudah kabur dengan air matanya.Esakkan kecil mula kedengaran.

Zarish berlari untuk mendapatkan Balqis.Tubuh kecil itu dipeluknya kejap.Kemudian pipi Balqis diciumnya.

“OMG!!"Badrul sudah terjerit dari dalam kereta.

Balqis terkedu.Tangisannya juga terhenti tiba-tiba.Zarish hanya tersengih menampakkan kedua-dua lesung pipitnya.

***********

Malamnya ialah di mana malam Zarish dan Balqis akan berpisah sebentar.

“Along jaga diri ok? Jangan lupa solat makan minum sekali."

Pesanan Raisha hanya disambut dengan anggukan malas Zarish.

Zairil menguruskan passport Zarish.Walaupun masih kecil, Zarish tahu apa yang babanya buat.Dia juga pernah naik flight ke luar negara untuk bercuti.

“Along kalau balik jangan lupa hadiah untuk Isya."

Risya yang berkepit dengan lengannya di luku.Hadiah je yang dia nampak.Risya mengaduh sakit.

Tiba² muncul Balqis yang entah dari mana.Dengan satu bungkusan yang berbalut elok.

“Rish.."nafasnya kedengaran semput.

Risya yang seakan tahu segera mengundur diri ke arah Raisha yang tersenyum melihat drama yang bakal bermula.

“Qis?"soal Zarish tidak percaya.

Crazy marriageWhere stories live. Discover now