Raisha menunggu di ruang yang telah disediakan oleh pihak hospital.Zara dan Risya diam. Tidak lagi bertekak seperti sebelumnya.
“Erm..Siapa di sini keluarga kepada Encik Zarish?"
Tiba² doktor lelaki bertag nama Farid keluar dari bilik kecemasan. Matanya memandang antara dua gadis dan seorang wanita yang sudah berdiri.
“Saya.Saya ibu dia." kata Raisha kalut².
Zara memeluk lengan Risya.Takut akan sesuatu yang bakal menimpa hero keluarga mereka.
“Baiklah.Mari." ajak Doktor Farid.Sempat dikerling kearah Zara.
#######
“Jangan kacau aku larh bodoh!!" jerit Balqis.
BUKK!!
PAK!!
Segala buah silat dibuka.Jangan ingat dia ayu dia tak belajar semua tu.Bukan setakat buah catur jer taw..
Perempuan yang memakai mask itu meraung sakit.Kenapalah dia tak bawak sekali rakan² nya yang lebih besar.Biar wanita dihadapannya jadi lempeng.
“Sakitlah sial!!" jerit wanita itu.Rambutnya habis kusut ditarik dan di tonyoh Balqis seperti menguli doh.
“Sape kau cakap sial? Hah ni sialnya!"
Balqis masih menarik rambut perempuan itu.Geram punya fasal.Dah lah pukul laki aku sampai koma..Meh aku pukul kau sampai mati!
Bila perempuan itu ingin menarik rambutnya, cepat² Balqis buat back hand dekat dia.Apa lagi..Meraung lah si malaun tuh.
“Kau ingat aku suka ker ganas dengan orang macam ni? Hah?!" nafasnya berderu kuat.Hormon adrenalinnya semakin bertambah.
“Lepaslah bongok!" jerit perempuan itu sambil menarik tangan Balqis yang kuat mencengkam rambut pony tailnya.
Balqis yang terlalu geram terus menindih tubuh wanita itu.Ditarik rambut dan ditampar muka perempuan itu berkali².
Perempuan itu pula sudah kehabisan tenaga.Tak sangka Balqis kuat walaupun hanya sekadar suri rumah.Asal? Tak tengok kungfu? Semua benda dekat rumah boleh praktik jadi seni mempertahankan diri taw.
“Tau pun tak larat.Tu baru sikit. Fuhh.." Balqis meniup rambutnya yang terjunta di dahinya sebelum bangun dari tubuh perempuan itu.
“Balqis?!"
Balqis terkejut.Serta merta kedua² tangan diangkat separa telinga.Wajah bapa mertuanya di muka pintu yang terbuka luas dipandang.
“Baba.."
##########
“Silakan duduk. Puan.."
“Raisha."
Doktor Farid tersengih.Belakang leher digosok.Cuba meredakan rasa gugupnya.Kerja doktor mana pernah tak berat beb! Salah potong abis..
“Macam ni lah puan Raisha.Saya berterus terang sajalah."
Raisha melihat sedikit kearah dokumen yang diselak oleh pemuda dihadapannya.Dia hanya memerhati tingkah doktor muda itu.
“Anak puan..Tengku Zarish Rafiqi mengalami pendarahan yang serius.Darah dibahagian belakang otaknya membeku terlalu cepat." dia berjeda seketika.
“Pastu? Apa yang boleh doktor buat? Saya sanggup bayar berapa saja..Tapi please..Tolong selamatkan anak saya.." air mata Raisha bergenang.
Doktor Farid rasa bersalah.Telinga digaru perlahan.Janggal sekali rasanya.
“Saya tak persoalkan pasal pembiayaan kos hospital ni.Saya pasti puan mampu.Tapi yang merisaukan saya bila mana kedua²nya akan ‘terlepas'." Doktor Farid cuba bertapis kata.
Raisha mengerutkan dahinya.Terlepas? Apa yang terlepas?
“Maksud doktor?" soal Raisha bingung.
Doktor Farid senyum nipis.
“Saya hanya boleh katakan sebagai ‘jangkaan'.Walaupun saya doktor.Saya bukannya tuhan. Sejujurnya saya insan yang biasa.Tapi ikhlas saya katakan. Pembedahan yang akan dilakukan nanti mungkin agak berisiko tinggi."
“Jadi?"soal Raisha lagi.Agak terkesan dengan kata² anak muda itu.
“Peluang untuk encik Zarish hidup sangat tipis.Saya hanya ada satu pilihan di sini.Operation."
Raisha tergamam.Matanya membulat terkejut dengan apa yang dikatakan oleh doktor muda itu.
“Operate?" soalnya bersama getar.
“Ya.Jadi saya tegaskan di sini.Kita hanya mampu berserah kepada Allah sebagai pencipta seluruh alam iniSaya hanya perlukan persetujuan puan.Kalau puan mahu saya jalan prosedur pembedahan?"
Doktor Farid tersenyum hambar.Tangannya diletakkan atas meja panjang dalam bilik itu.Menanti jawapan yang bakal keluar dari bibir seorang ibu yang sangat sayangkan anaknya.
“Jadi puan?" soalnya lagi.
Raisha bermain jari di bawah.Kepalanya menunduk.
Apakah jawapan yang sesuai untuk saat genting sekarang ini?
#######
Zairil masuk perlahan² kedalam rumah anaknya itu.Perempuan yang sudah lemah dipukul oleh Balqis dipandang.
“Qis tak buat apa pun.. Dia tiba² serang." Balqis cuba memberi penjelasan.
Zairil diam sebelum ketawa halus.Wajah polos itu dipandang.
“Qis ni kuat jugak eh? Nasib lah yang serang ni perempuan.Tak pe lah..Nanti polis sampai.Qis naik atas pakai tudung.Nanti baba bawak pergi hospital, jenguk Rish." kata Zairil.
Balqis mengangguk malu kerana pujian bapa mertuanya.Sepantas kilat dia berlari ke bilik.
Zairil di bawah melihat kearah perempuan yang separa sedar itu.Perlahan dia menghampiri.
“Woii..Aku nak tanya.Sapa yang memandai hantar korang pukul anak menantu aku?! Jawab!" kata Zairil tegas.
Perempuan itu menggeleng lemah.Memang dia tak tahu apa².Dia hanya kuli saja.
Zairil mendengus kasar.Kemudian kedengaran siren polis menghampiri banglo milik Zarish itu.
#########
Raisha keluar dari bilik doktor Farid dengan langkah yang perlahan.Zara dan Risya yang perasan akan hal itu cepat² memapah ibu mereka ke tempat duduk.
“Doktor kata apa bu?" soal Zara ingin tahu.
Risya juga mengangguk perlahan.Menyetujui kata² adiknya.Wajah Raisha dipandang penuh harapan.
“Ibu..Doktor kata apa?" desak Zara.Bukannya dia mahu ibunya stress.Tapi dia juga berhak tahu.
Raisha pandang Risya dan Zara.Kemudian laju saja air matanya jatuh ke pipi.
Zara dan Risya tergamam.Kenapa ibu mereka menangis? Zara dan Risya saling berbalas pandangan.
############
hai guys! bertemu lagii! btw..korg nk sad or happy ending? sis rsa mcm sad.. mls nk buat happy..muak larhh.. hahaha! lwk jer.. comment n vote!

ANDA SEDANG MEMBACA
Crazy marriage
RandomKali ni sis nk buat dua² psiko.Best jgak la.Si heroin tu jenis mood x menentu...Hero pula...entah