Zara dan Raisha segera menghampiri doktor perempuan yang berumur lingkungan 40-an yang baru keluar dari wad Balqis.
“Doktor.Macam mana keadaan menantu saya?" soal Raisha gelisah.
Doktor itu tersenyum kecil.
“Puan jangan risau.Badan puan Balqis amat lemah sekali.Lagi pula dia sedang mengandung 3 minggu.Jadi puan tak perlu risau.Kami akan bekalkan vitamin untuk ibu mengandung dan kandungan."
Raisha dan Zara tersenyum gembira dengan berita yang baru dikhabarkan oleh doktor itu.
“Terima kasih dok." kata Zara.
“Sama².Oh ya! Puan dan cik boleh masuk." balas doktor itu.
Zara dan Raisha mengangguk perlahan.Setelah kelibat doktor itu menghilang mereka segera masuk ke dalam wad vvip Balqis.
“Ibu.Kita nak kasi tahu tak dekat uncle Bad dengan auntie Mira?" soal Zara sambil memegang tangan Balqis yang sejuk.
Raisha mengangguk perlahan.Dia masih tersenyum gembira dengan apa yang baru berlaku.Pipi Balqis di kucup lembut.
Mengenang balik anaknya yang sedang bertarung nyawa dalam bilik bedah membuatkan dia mengeluh.Apalah nasib mereka sekarang ini?
“Sayang.." Zairil muncul dengan Risya yang bengkak matanya.
“Abang." panggil Raisha.Tubuh Zairil segera di peluk manja.
Zara yang baru masuk selepas membuat call kepada Badrul membuat rolling eyes. Sejujurnya dia tersangatlah geli dengan aksi cheezy seperti itu.Tapi jangan risau.Dia straight.Tak bengkok.
“Doktor kata apa?" soal Zairil.
“Erm..Qis mengandung bang. 3 weeks! " kata Raisha teruja.
Zairil mengucap syukur.Wajah lesu Balqis di tatap.Tiba² dia teringat pula Zarish yang masih dalam bilik bedah.Erm..Dia berasa kasihan terhadap anak menantunya.
“Ye? Boy or girl?" soal Risya teruja.Hilang sudah riak mendung diwajahnya tadi.
Tiba² Zara mengetuk kepalanya kuat.
“Jangan nak bengong eh? Budak tu kecik lagi.Mana tahu jantina apa! Eishh!" marah Zara.
Risya sengih sambil menggosok kepalanya yang masih terasa sakit.Mana la tahu.Marah pulak!
“Ibu.."
Mereka menoleh serentak kearah Balqis yang menenyeh matanya.Silau mungkin.
“Ye sayang..Qis nak ibu panggil doktor? Nanti ibu suruh baba panggil."laju saja Raisha mendapatkan menantunya yang lesu.
Balqis menggeleng perlahan.Kepalanya terasa berdenyut.Untuk seketika kepalanya berpusing.
“Pening lagi?" soal Zara pula.
Balqis mengangguk.
“Sikit."
Mereka tersenyum saja.Balqis pula seakan² pelik dengan senyuman mereka.Nak kata gila.Erm..Tak kot.
“Qis..We have surprise for you!" kata Zairil.
“Apa ba?"soal Balqis dengan senyuman kecilnya.
“You is pregnant! 3 weeks sis! " balas Risya gembira.
Balqis menekup mulutnya.Kemudian air mata lesu mengalir jatuh ke pipinya.Gembira.Ya saat yang paling menggembirakan.Perutnya diusap perlahan.Tiba² wajahnya menjadi muram.
“Kan seronok kalau Rish ada.." katanya perlahan.
Suara Balqis yang perlahan dapat ditangkap oleh pendengaran mereka berempat.Hati masing² sakit, sebak.
Bahu Balqis diusap oleh Raisha lembut.Menyalurkan kekuatan kepada menantunya.Balqis tersenyum hambar.
#######
Keadaan dalam bilik bedah semakin kecoh.Segala usaha dikerah mereka dengan sehabis baik.
“Cepat alat bantuan pernafasan!" gesa doktor Farid.
Untuk seketika dia berasa tertekan dengan apa yang terjadi.Jangan katakan dia sorang je, yang lain turut merasakan tekanan dalam diri masing².
Alat bantuan pernafasan itu dipakaikan ke muka Zarish yang pucat seperti tiada darah.
“On! " jerit doktor Farid.
Nada suaranya tidak ubah seperti berperang dengan musuh.Tapi sekarang dia sedang berperang dengan nyawa pesakitnya.
Darah yang melekat di wajahnya dibiarkan.Hanyir darah Zarish tidak memberikan kesan mendalam terhadap dirinya.Dia tidak kisah.Tapi yang dikisahkan sekarang adalah nyawa Zarish!
“Doktor." nurse lelaki itu memanggil doktor Farid.
Wajahnya diangkat perlahan².Matanya lurus memandang mesin bacaan jantung Zarish.Keluhan berat keluar dari bibirnya.
##########
Zairil berjalan mundar mandir di tempat menunggu berhadapan bilik pembedahan.Kemudian punggung dilabuhkan keatas kerusi yang tersedia.
“Abang.."
Zairil mengangkat wajahnya seraya menoleh ke sisi.Raisha berlari anak kearahnya dengan satu beg plastik ditangan.
“Nah.Takkan nak biar perut kosong je?" roti berperisa coklat dihulur kepada suaminya.
“Erm..Thanks." gumam Zairil.
Raisha membalas seraya melabuhkan punggung di sebelah suaminya.Pintu bilik bedah dipandang.
“Lama lagi ke?" soal Raisha.Tidak mengeluh.
Zairil hanya diam tidak membalas.Dia berasa kosong saat ini.Roti yang kunyah terasa tawar.Perlahan dia memasukkan semula roti tadi ke dalam plastik.
“Saya risau.." kata Zairil perlahan.
Serentak itu Raisha memandang kearahnya.Menanti kata² suaminya.
“Saya risau kalau ada something berlaku dekat anak kita." bisiknya pula.Tangan dirapatkan dan diletak kedahinya.
Raisha mengeluh.Bukannya dia tidak merasa apa².Tetapi dia cuba menghindarkan diri dari berfikir perkara² negatif. Lagi pula dia tidak mahu menyuramkan lagi suasana yang mendung seperti ini.
Tangan Zairil dicapai.Digenggam erat bagai tidak mahu melepaskannya lagi.Matanya ditangkap oleh mata suaminya.
“Encik..Puan.."
Tiba² seirang doktor keluar dari bilik bedah dan pastinya Raisha mengenali doktor muda itu.Doktor Farid.
“Ya..Macam mana keadaan anak saya?" soal Zairil kalut².
Doktor Farid diam.Menunduk sambil menanggalkan mask di wajahnya.Kemudian wajahnya diangkat memandang kedua² wajah tua dihadapannya.
Zairil yang melihat pandangan doktor Farid tidak dapat menangkap apa yang ingin di katakannya.
“Doktor.." panggil Raisha.Menanti kata² doktor muda itu.
Doktor Farid menelan air liurnya.Sejujurnya tangannya masih menggigil selepas melakukan pembedahan tadi.
“Doktor." Zairil menekan sedikit suaranya.
Doktor Farid memandang mereka berdua dan membuka mulutnya.
#######
yeah! done! sorry readers yang setia menunggu chap ni.Ouh tq sbb brani comment d chap sbelom nih..HAHAHA! jgn mrh.. teruskan vote n comment!
YOU ARE READING
Crazy marriage
RandomKali ni sis nk buat dua² psiko.Best jgak la.Si heroin tu jenis mood x menentu...Hero pula...entah