“Lama ke tunggu?Sorry la..Ni ha Mira nak sangat makan jeruk tadi.Tak pepasal kena patah balik ke rumah.Nak beli dekat kedai malas pulak."ramah sekali Badrul bersuara.
Mira yang memboyot itu memegang erat tangan anak mereka,Balqis.
“Qis..Salam dengan aunty dan uncle."ujar Mira.
Balqis yang tahu apa yang patut dibuatnya hanya menurut.Disalam dengan Ikram dulu baru diikuti dengan yang lain.
“Eh..Berdiri pulak.Duduk la Bad.Mira."pelawa Raisha.
“Umi..Qis nak ke sana jap."kata Balqis.Senyuman diukir.
*******
Zarish terpandangkan seseorang yang sangat dikenalinya.BALQIS!Cepat² dia keluar dari air dan berjalan menuju ke batu² yang besar untuk bersembunyi.
“Eh kak Balqis!!"jerit Imani dan Risha hampir serentak.
Balqis tersenyum senang.Kepala mereka diusapnya.
“Akak pun datang sini?"tanya Imani dengan pelatnya.
“Haah..Cuti sekolah selalu keluar."balas Balqis.
“Erm mana abang Zarish eh? Akak tak nampak pun?"soal Balqis.
Risha dan Imani juga turut meliarkan mata ke sekeliling.Dan mata Risha menangkap kelibat abangnya yang terhendap-hendap di sebalik batu.
“HA! ALONG!!" suara Risha bergema.
Zarish pula sudah membebel memarahi adiknya kerana menyebabkan rancangannya untuk bersembunyi gagal.
“Hai."kata Zarish.
Balqis tersenyum lalu membalas.
“Hai."
“Dah jom Imani.Tu ada orang gatal la.."
Belum sempat Zarish mencubit pipinya, Risha sudah membuka langkah seribu.Sempat Imani di tariknya sekali.
“Erm sorry la adik saya tu."Zarish memegang kepalanya.
Balqis ketawa kecil.
“Tak pe."balas Balqis.
*********
Zarish rasa hidupnya tak lengkap kalau tak jumpa Balqis.
“Balqis.."panggilnya perlahan.
“Along!"
Suara Raisha bergema dalam rumah itu.Cepat² dia masuk ke dalam rumah.
“Ha kenapa ibu?"soalnya termengah-mengah.
Raisha pula rasa nak ketawa je tengok anaknya sorang ini.
“Erm nanti pergi kedai eh? Belikan tepung gandum."
Kata² yang keluar dari mulut Raisha menyebabkan Zarish mengeluh.
“Alaa..Baba kan ada?"
“Baba balik malam.Dah la. Pergi je.Nah duit.Lebih tu upah."
Dengar je perkataan ‘upah' terus Zarish merampas duit dari Raisha dan berlari keluar.Basikal dikayuh laju.
“Hesyh! Anak bertuah.."
**********
Sreettt..
Bunyi tayar belakang basikal dengan tanah bergesel bila di brek.
“Uncle! Tepung gandum satu!"
Jerit Zarish kuat.Uncle Lee angkat simbol ok lalu ke belakang.
Zarish pula cepat saja merapati peti ais yang menempatkan aiskrim².Yang pasti semuanya sejuk dan pasti enak di makan bila panas² macam ni.
YOU ARE READING
Crazy marriage
RandomKali ni sis nk buat dua² psiko.Best jgak la.Si heroin tu jenis mood x menentu...Hero pula...entah