Rish x Qis - #20

14.6K 256 5
                                    

“Kau dah gugurkan?"

Suara dingin Zarish menyentak lamunan Balqis di waktu petang itu.Dia menoleh kearah Zarish yang tanpa baju diatas.Hanya seluar tiga suku tersangkut di pinggang lelaki itu.

“Aku tanya kan?" soal Zarish buat kali keduanya.

Balqis mula gelisah.Bila Zarish keluar dari hospital dia menganggap suaminya itu akan lupa mengenai hal kandungannya.Tapi dia silap dalam meneka.

“Jawablah! Susah sangat ke!"

Tengkingan Zarish menyebabkan bahu Balqis terangkat kedua²nya.Serta merta air mata bertakung di hujung mata.

Zarish mendengus kasar sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya.

“Sikit² nangis..Sikit² nangis..Cengeng! Humph!"

Balqis menyeka air matanya yang kian banyak mengalir ke pipinya.Kenapa suaminya harus bersikap begitu? Sedangkan benih dalam kandungannya adalah benih Zarish.

Memori hitam mula terlayar di ruang minda.Memori di mana kesuciannya diragut tanpa rela oleh lelaki yang disayanginya.Malah lelaki yang dipercayainya.

Balqis menggeleng laju, cuba menghilangkan segala bayangan satu sisi Zarish yang dia tidak tahu selama mengenali lelaki itu.

Dengan langkah malas dia turut melangkah masuk ke dalam rumah.

########

Zarish merenung Balqis yang sedap melahap jeruk itu.Tiba² dia terliur pula.

Balqis rasa macam jantungnya akan meloncat keluar dengan kehadiran suaminya di sisi.Wajah beku Zarish ditenung tidak berkelip.Drama korea depan mata pun terus diabaikan.

“Tahu lah aku kacak pun.Tak payah lah nak tenung bagai." kata Zarish dengan mendatar.

Cepat² Balqis menyambung melihat dramanya sambil mengunyah jeruk yang dibeli oleh si An tempoh hari.

Zarish curi² lihat dalam bekas balang jeruk yang di pegang isterinya itu.Urm..Ada buah pala lah..

Balqis yang perasan akan pandangan suaminya terus menghulur balang jeruk itu.

“Apa?"

“Ambil lah rasa."

Teragak² Zarish mengambil satu potong jeruk itu.Dan semestinya buah pala ialah pilihannya.Dikunyah perlahan² dalam mulut.Mmm..Sedapnya..

Balqis menyambung menonton drama koreanya tanpa sedar balang yang berada di pangkuannya telah dirampas oleh Zarish di sebelah.

“Ehh?"

Zarish pandang Balqis yang sedang melihat balang jeruknya yang sudah separuh itu.Belakang leher diusap.Malunyerrr!

“Err..Eh tak pe².Makanlah.Saya ada lagi 3 balang.Makanlah." cepat² Balqis bersuara bila melihat Zarish ingin meletak balang itu diatas meja kecil dihadapan mereka.

Zarish merenung Balqis dalam².Macam ikhlas jerr..

Ambil lah.

Dengan selamba dia kembali menyambung makan jeruk tadi.Tiada langsung riak serba salah mahupun ucapan terima kasih dari bibir merah suaminya.Balqis tidak kisah.Selagi Zarish masih tidak menceraikan dia, dia akan cuba sedaya upaya untuk menggoda suaminya itu.

#########

Syafiq merenung Zarish yang sedang menguis spageti dalam pinggan.Air teh ais limau disedut perlahan² menggunakan straw.

“Hoi..Rindu sangat dengan bini ke? Balik la wei..Tak payah kerja."

Kali ini garfu ditikam pada spageti, sebagai isyarat yang dia akan bunuh Syafiq sekiranya lelaki itu membuka mulut lagi.

Crazy marriageWhere stories live. Discover now