Zarish masih bertapa dalam biliknya.Hatinya masih terasa akan kejadian semalam.
“Baba tak sayang along dah ke?"
Akhirnya dia menangis.Dari esakkan kecil hinggalah menjadi meroyan.Habis bantal dengan selimut berselerak.
“Zarish!"
Cepat² Zarish tekup mulut dengan tangan.Alamak.Camne boleh kantoi ni?
“Nangis ke? Buka la pintu ni.. Ibu nak masuk sayang."
Zarish mengambil nafas dalam² sebelum menghembuskan dengan perlahan-lahan.
“Tak pe bu! Along tak nangis la! Ibu pergi la dulu memana."
Raisha mengeluh.Kalau bukan sebab mulut lancang suaminya tentu anak lelakinya itu tidak terasa.
********
“Along keluar dah ke?" soal Zairil di meja makan.
“Tak.Nanti dia keluar kot." balas Raisha malas.
Zairil angkat kening.
“Aaaihh..Sha pun marah abang ke?"
“Eh tak lah..Mana ada..Kalau marah dah lama senduk naik atas kepala.Betul tak bang?" perli Raisha kembali.
Zairil menelan air liur.Mata pula melihat senduk nasi yang di pegang isterinya.
“Janganlah.. Nanti kepala ni jendul dah tak hensem.."
“Ada saya kesah? Biar tak hensem! Nanti tak de siapa pun nak abang!"
“Ha? Sayang pun?" soal Zairil dengan resah.
Raisha mengangguk laju.Tahu pula nak takut kalau kepala jendul.Yang hati anak aku tu bengkak tak kesah pulak dia!
*********
Hampir setiap pagi ke sekolah mesti Zarish akan turun awal.Selepas solat subuh je terus dia bersiap untuk ke sekolah.
Dan dia langsung tidak turun makan kalau babanya ada.
Tapi Risya pula yang berkomplot dengannya bila dia tidak turun makan.Apa taknya.Budak kecik tu selalu bawak naik jajan je.Lepastu tidur lewat.
“Along?"
Zarish tersentak bila suara babanya menegur.Jam atroman ditangan di kerling.Awal lagi dan macam biasa je. Matahari pun tak de lagi.
“Long.." kali ini suara Zairil semakin mendekat.
Zarish membeku di sisi basikalnya.Ni yang dinamakan masalah gamaknya.
“Along."
Suara Zairil tegas.Tubuh kecil Zarish di pusing.Ternyata mata anak kecil itu terkebil-kebil.
“Hey! Along!"
Badan Zarish di goncang sedikit kuat.
Zarish terus pura² tersedar dari lamunan.Memang hebat taktik ko Rish!
Zairil mengeluh lega.Ingatkan anaknya dah jadi patung tadi..Tidak berkutik langsung.
“Baba.."
“Along pergi dulu k? Bubye!"
Cepat basikal di tunggang.Tidak mahu menanti kata² babanya yang seterusnya.
Zairil mengeluh.Aku nak bagi duit saku je pun..
********
Balqis mencuri tengok Zarish yang asyik berkhayal.
“Duit tak cukup lagi.."
YOU ARE READING
Crazy marriage
LosoweKali ni sis nk buat dua² psiko.Best jgak la.Si heroin tu jenis mood x menentu...Hero pula...entah