part 12

81.5K 930 20
                                    

5 tahun kemudian..

Rumput yang tumbuh di cabut.Senyuman diukir.Tiba-tiba bahu kanannya ditepuk perlahan.

“Airil.."

“Umm.."dia bergumam seraya menoleh.

Tan sri Mustafa yang sedang mengendong anak lelaki sulungnya dilihat bersama senyuman.

“Jom balik..Mama dekat dalam kereta dengan Risya.Budak tu meragam nak balik."ujar Tan Sri Mustafa.

“Ye la pa.."batu nisan disentuh bersama senyuman.Yassin dimasukkan dalam kocek seluar.Tikat digulung.

“Eh dah tidur?"

Zairil menggelengkan kepalanya bila melihat anak lelaki sulungnya, Zarish terlentok di bahu Tan Sri Mustafa.

“Ha ha ha..Ikut Airil la ni..Kaki tidur."ejek Tan Sri Mustafa.Hidung Zarish dicuit.

Wajah Zairil memerah.Malu pula kena ejek.

“Ala pa..Malu la.."belakang kepala digaru perlahan.

Tan Sri Mustafa mengerutkan dahinya.

“Aikk?! Nak malu apanya?Tapi tak pe.Boleh papa tengok muka malu kamu tu.Kalau tak asyik tegang je."cebik Tan Sri Mustafa.

Zairil ketawa perlahan.

“Kerja pa..Mana boleh main."Zairil cuba memberi alasan.

“Kerja-kerja jugak.Anak kamu ni?Takkan nak abai je?"kata Tan Sri Mustafa sambil membetulkan sedikit postur badan Zarish.

“Airil cuba pa.."Zairil menunduk.

“Tugas ketua dalam keluarga bukannya mudah Airil..Ada masanya kita kena luangkan masa bersama family."

Zairil mengangguk perlahan sebelum mereka sama-sama membuka langkah meninggalkan kawasan perkuburan itu.

Dalam hati dia bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk menjadi ayah.Ya.Ayah..
*****

“Opah.."panggil Risya manja.Ada la tu nak minta..

“Ye.."balas Puan sri Zarida.Senyuman lebar di beri kepada cucu perempuannya.

“Eem..Isya nak.."

Zarish yang datang entah dari mana terus mencebik lalu memotong cakap adik kembarnya.

“Oi..Tak payah la nak bodek opah belikan patung.Berlambak dalam bilik tu along tengok."

Risya menghentak kakinya ke lantai.Geram plan hancur + kantoi dengan abang sendiri.

“Apa along ni!Suka kantoikan Isya!"marahnya.Puan Sri Zarida yang sibuk memotong sayur dihampiri.

“Ala..Mengadu la tu!"cemik Zarish.Balang biskut diambil lalu memerhati adik kembarnya yang sedang mengadu.

“Biar aah..Opah..Tengok along tu..Suka kacau Isya.."adu Risya.Lengan Puan Sri Zarida di goncang perlahan.

Zarish menjulingkan matanya ke atas.

“Kan dah cakap.."

“Rish..Sudah la tu.Adik kamu ni kan perempuan.Mengalah la sikit."tegur Puan Sri Zaridah.

“Ala..Rish kan tua dari dia.."balas Zarish selamba.

“Tua berapa minit je.Dah tak payah lagi kacau adik kamu."Puan Sri Zarida memandang sekilas cucunya itu.

Risya di sisi mengangkat kening dan ‘thumbs up'.Isyarat ‘padan muka' turut dihantar.Gembira bila opahnya membela dirinya.Kau ado?

“Ish..!Meh sini along cubit mulut tu!"

Crazy marriageWhere stories live. Discover now