011

15.4K 823 1
                                    

BUKU RUJUKAN ditolak jauh ke sudut meja , kemudian kepala ditongkat . Disebabkan percubaan SPM akan tiba tidak lama lagi , Naayla Zahra meminta untuk menyertai Raiz Affan mengulangkaji di perpustakaan . Namun mustahillah gadis itu akan memberi perhatian sepanjang satu jam tersebut .

Dia baru sahaja hendak melelapkan matanya , buku rujukan tadi dikembalikan kepadanya semula . " Aku tak suka tengok orang tidur masa aku belajar . " kata Raiz mengerlingnya sekilas . Naayla memaksa diri untuk terus duduk tegak , buku rujukan itu dibaca sekali lagi . Tidak tahulah bagaimana Raiz boleh kekal fokus selama empat jam di perpustakaan sekolah ini .

" Raiz . " panggil Naayla .

Tanpa memandangnya , Raiz hanya mengangkat kening . " Apa kata lepasni kita pergi mak- "

Cadangan Naayla dipintas apabila dua orang lelaki menarik kerusi bersebelahan dengan Raiz . Plastik berisi beberapa air kotak itu diletakkan di hadapannya , wajah dua lelaki itu dipandang . Apabila pandangannya beralih kepada lelaki wajah dingin itu matanya dikecilkan seolah-olah tidak suka . Lelaki tersebut sekadar tersenyum sinis membalasnya .

" Awal eh korang dating ? " usik Farid lalu menyedut air milonya . Raiz Affan memandangnya geram , " Kau tak nampak tu ? " tanya Raiz sambil menunjuk ke arah papan tanda ' dilarang membawa minuman dan makanan ' yang tergantung berhampiran pintu masuk .

Seorang perpustakawan perempuan baru sahaja mahu melangkah ke arah mereka namun Farid pantas mengeyitkan mata lagak lelaki buaya . Serentak itu , perpustakawan itu duduk semula di tempatnya . " Come on la , ini Farid . " serentak itu air disedut sekali lagi .

Dalam masa yang sama , buku rujukan yang dipegang Naayla ditarik oleh Ayden . Pensel dipegang lalu dia menulis sesuatu di dalam buku . Kemudian , buku itu dikembalikan .

' Kau nak usha Raiz je kan ? '

Naayla menjeling Ayden sebelum membaca ayat kedua di buku itu .

' Aku dah siap kemas makmal . '

Baru dia teringat tentang denda itu , sudah beberapa hari dia mengabaikan tugas tersebut . Oleh sebab itu , Ayden terpaksa siapkan semuanya sendiri .

" Kita makan dekat kedai hujung jalan ni nak tak ? Aku dengar ada pekerja situ cantik . " ajak Farid . Raiz dan Ayden dipandangnya teruja . Pandangannya dialihkan ke arah Naayla pula . " Oops , kalau kau nak ikut pun boleh . " namun ajakan itu dibalas dengan gelengan dari Naayla . Tak sanggup mahu lihat Raiz memandang gadis lain . Pfft .

Tiba-tiba Raiz bangun dari duduk . " Jom , aku belanja . " kata Raiz serentak itu Farid terus merangkul leher rakannya itu . " Jomlah Naayla , bukan selalu Raiz nak melabur duit dia dekat kita . "

" Okay , fine . " kata Naayla lalu mengikuti langkah Raiz dan Farid dihadapan manakala Ayden berjalan di belakangnya . Mereka berempat berjalan keluar dari sekolah untuk ke kafe berdekatan .

Sampai sahaja di kafe itu , seorang pekerja menghampiri mereka dengan buku menu di tangan .

" Selamat datang , nak order apa ? " tanya perkerja itu namun riaknya berubah apabila wajah-wajah yang dikenali itu dipandang . " Hannah ? " sapa Naayla , Raiz yang sedang mengemaskan bajunya itu mengangkat wajah memandang Naayla kemudian beralih ke Hannah .

Hannah tersentak .

" Eh kau kenapa kerja sini ? " tanya Farid . Setahu dia , satu sekolah beranggapan Hannah ini merupakan anak dato' yang selalu membeli-belah sana sini dan sering bercuti di negara luar . " A-aku .. Ehem ! Korang salah orang kot . " katanya serentak itu dia beredar ke bahagian dapur .

Seorang lelaki tua dalam lingkungan 60-an menghampiri mereka dengan senyuman . " Maafkan anak pakcik ya , anak-anak nak makan apa ? " tanya pakcik itu . Farid membulatkan matanya , jangan cakap yang selama ini Hannah sekadar berpura-pura menjadi anak dato' di Emerald High School itu .

" Itu anak pakcik ? " tanya Farid lagi kemudian tangannya disiku Ayden perlahan . " Buat hal kau dah la . " bisiknya . " Haah , kamu semua kawan Hannah ke ? " tanya pakcik tersebut dibalas dengan anggukan dari Ayden Kaiser .

" Saya nak kopi panas saja eh pakcik , terima kasih . " kata Raiz , sebelum Farid makin mengajukan pelbagai soalan berkenaan hidup peribadi Hannah baik dia terus tukar topik . Selesai mengambil pesanan , Farid menepuk meja perlahan berkali-kali . Matanya memandang Naayla Zahra . " Kau mesti tahu lama kan Hannah sebenarnya- "

" Kalau dia tahu pun , kenapa ? " tanya Raiz . Ayden Kaiser yang berpeluk tubuh itu sekadar memandang mereka bertiga . Apabila Raiz berkata sebegitu Farid terus terdiam kerana dia tahu Raiz tidak suka untuk bercerita tentang hidup orang lain . Apalah nasib Raiz Affan mendapat rakan yang tentu-tentunya suka akan gosip sebegitu .

Masa diluangkan dengan perbualan kosong antara mereka berempat . Satu jam kemudian , masing-masing mula pulang hinggalah Raiz ditinggal sendirian di situ . Raiz mengerling ke tingkap kedai makan tersebut . Kelihatan seorang lelaki bersuit hitam dan rokok dimulutnya berjalan di luar , Raiz hanya memerhatinya .

Wajah Raiz serta merta berubah terkejut apabila mata mereka bertentang manakala lelaki itu hanya memandangnya sekilas sebelum berbual dengan seseorang di telefon . Apabila bayangan lelaki itu mula menghilang , Raiz terus keluar dan memecut laju dengan motorsikal hitamnya .

Satu persatu memori lama datang semula ke mindanya .

Kereta yang dinaiki lelaki tadi dipandangnya . Lampu isyarat merah dilanggar malah dia terus memecut mengabaikan hon bising dari kereta-kereta di jalan itu .

Namun malangnya , kereta lelaki itu menghilang . Motorsikal dihentikan di tepi jalan kemudian dia menepuk motornya kuat . " Bod*hlah Raiz ! " jeritnya .

Mata hazel yang dipandang tadi amat dia kenal . Pandangan mata itu juga masih segar di ingatannya . Kerana itulah , dia menjadi seorang anak yatim piatu kini . Tiba-tiba telefonnya berdering , nama Aqashah muncul di skrin telefon .

" Hello ? "

" Kau dekat mana Iz ? Aku cari dekat sekolah tadi tak ada , ibu risau tahu tak ? " tanya Aqashah .

" Aku nak balik dah ni . " katanya . Apabila telefon dimatikan , Raiz mengemaskan rambutnya lalu topi keledar dipakai semula untuk pulang ke rumah . Dia tekad untuk berjumpa dengan lelaki tadi satu hari nanti untuk lelaki itu membalas semua perbuatannya .

Kalau bukan sebabnya , ibu bapa dia masih hidup kini .






KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now