063

11.3K 540 21
                                    

SEBALDI AIR disimbah kepada wajah Jonas Benjamin yang terikat pada kerusi oleh Lion. Lelaki tua itu terbatuk-batuk selepas tersedar dari lenanya lalu memandang tempat yang asing baginya. Dia tidak tahu apa terjadi, setahunya dia mendengar Ayden Kaiser memanggil dengan gelaran yang selama ini dia tunggu namun selepas itu dia sudah tidak ingat lagi.

Tiba-tiba Ayden Kaiser menongkat tangan di tepi kerusi yang Jonas duduk sambil memegang dagunya. " What are you doing? You're my grandson! " tengking Jonas dengan wajah bengis mengundang tawa hambar Ayden. " I told you before, I'm not your family anymore. " pipi Jonas ditepuk lembut berkali-kali dilakukan seperti budak kecil.

" You killed our mom. So what do you expect? Admit that you are my grandpa? Hell no! " kata Ayden cukup membuatkan Jonas sakit hati lalu dia kembali berdiri di sebelah Lion. Kali ini, Lion pula yang berdiri di hadapannya bersama besi panjang di tangan. " Unfortunately, you're just a disappointment and a f*cking lonely old man. " setiap kata keji yang dikeluarkan besi itu dihentak pada kaki datuknya tanpa rasa kasihan melihat dia mengadu sakit.

Mana tidaknya jika datuknya tidak terbawa-bawa perasaan amarah berpunca dari nenek mereka meninggal ketika melahirkan anak perempuan dahulu sudah tentu prinsip perempuan tidak perlu di dalam keluarga Benjamins itu tiada. Kerana prinsip itu makcik mereka, Eva dibuang keluarga dan tidak kembali lagi. Kerana prinsip itu jugalah Puan Aishah meninggal dunia di hadapan mata Ayden Kaiser.

Semua kerana prinsip yang dicipta oleh Jonas Benjamin.

" I wish you were never born, Lion. " dengar ayat yang keluar dari Jonas, Lion terus membuat muka sambil mengangkat kedua tangan. " Aww.. Disappointed but not surprised. " katanya lalu dia mengayunkan besi tersebut tepat terkena betis datuknya itu. Sudah lama dia bayangkan untuk memukul lelaki tua itu sepertimana yang dia pernah lalui sewaktu kecil.

" Cukup, Lion. " tegur Ayden di belakang.

Lion merengus kasar lalu dia hulurkan dokumen kepada Jonas. " I want you to give all of your legacies. That's it or I will take it myself. " katanya mengugut Jonas dengan besi tanda dia mahu memukul lelaki tua itu lagi jika tidak mahu menurunkan kesemua harta atas nama abangnya. Mengikut perancangan mereka cuma mahu ambil segala legasi sekali gus menjatuhkan Jonas Benjamin tanpa sebarang harta. " Kill me if you want to but I'll never give my legacy to both of you. "

Mata Ayden menikam tajam ke wajahnya. " Don't be stupid. You won't be any fun if you're dead. "katanya. Sudah cukup untuk mereka tidak membunuh lelaki itu mengikut kemahuan hati namun Jonas tetap dengan pendiriannya sendiri.

Sekali lagi suara jeritan Jonas memenuhi ruang apabila besi tadi memukul kakinya yang sudah lemah. " Okay fine! " jerit Jonas lalu ikatan tangannya dibuka untuk menandatangani dokumen. Dengan itu syarikat yang dia sudah lama usahakan serta merta jatuh di tangan Ayden Kaiser dan Lion. " I still believe there is a good person in you. " kata Ayden perlahan. Sejujurnya dia tidak sanggup melihat Lion terus memukul datuk sendiri memandangkan lelaki itu juga merupakan warga emas.

Wajah Jonas mengangkat memandang Ayden, entah kenapa air matanya mengalir perlahan ke pipi dengan rasa kesal dengan diri sendiri dalam melindungi keluarga sendiri. Kemudian matanya beralih pada Lion, cucu bongsu yang sering tersakiti akibat dia. 

" Please forgive me, Lion. " katanya lemah, Lion menjongketkan kening. " Lol, this is the funniest thing I've ever heard. " katanya sarkastik lalu merampas dokumen dari tangan Jonas untuk diletakkan di atas meja kecil di sudut bilik. Ayden mendekati datuknya " We won't kill you. I just hope you'll be a better person next time, Jonas. "

Bangg !

Tiba-tiba kedengaran suara huru-hara di luar bilik tersebut. Baru sahaja Ayden mahu keluar, pintu sudahpun dikuak dan muncul wajah Seyn bersama pistol di tangan. Lion menoleh apabila Seyn sudahpun mengacukan pistol kepada Ayden.

" Ayd! " jerit Lion serentak dia berdiri di hadapan Ayden apabila picu pistol ditarik.

Bangg !

Ayden tersentak memandang tubuh adiknya rebah ke tanah dengan darah yang mengalir manakala Jonas terbuntang mata, dia baru sahaja memohon maaf pada cucu bongsunya itu.

Bangg !

Sekali lagi bunyi tembakan dilepaskan namun bukan dari pistol milik Seyn dan begitu juga Seyn terus rebah ke tanah disebabkan peluru yang dilepaskan ke kepalanya oleh Zach yang berdiri di belakang.

Darah yang mengalir pada kaki disebabkan tembakan Seyn sebentar tadi diabaikan malah dia paksa kakinya melangkah laju ke arah Lion yang terlantar di tanah. Raiz pula terus mendail nombor ambulans untuk datang.

" Kau bodoh ke? Kenapa kau tak biarkan aku saja yang kena tembak?! " marah Ayden bercampur dengan emosinya.  Walaupun darah mengalir Lion masih tertawa halus. " Mama su-suruh kau protect aku tapi a-aku nak juga protect k-kau. " tersekat-sekat suara Lion menahan sakit.

" Apa kau cakap ni? Kau tak perlu protect aku pun. Hilang kau sekali lagi boleh buat aku menyesal seumur hidup. " kata Ayden yang sedang meriba kepala adiknya itu. Air mata mengalir keluar melihat wajah Lion yang semakin pucat.

Lion tersenyum. " Ayd... Is everything supposed to be dark? " tanya Lion apabila pandangannya semakin lama semakin kabur dan gelap.

" Thank you sebab k-kau tak tinggalkan aku m-macam dulu. " sambung Lion sebelum dia menutup mata.

" Aryan Haider! "

SEPANJANG Lion di dalam bilik kecemasan, Ayden Kaiser cuma menunduk memandang lantai berharap adiknya itu akan selamat. Dia tidak mahu hilang ahli keluarga pada hari lahirnya lagi seperti dahulu.

Kemudian dia bersandar pada kerusi sambil menutup mata menenangkan fikiran untuk berfikir secara positif.

Setengah jam kemudian, seorang doktor menghampiri dengan wajah hampa. Ayden terkebil-kebil memandang doktor tersebut. Dalam masa yang sama hatinya hancur apabila doktor itu menggeleng perlahan.

" We tried our best but we can't save him. I'm so sorry for your loss. "

Terus Ayden Kaiser terduduk semula sambil meraup wajahnya dengan keluhan berat.

" Kau yang tinggalkan aku, Aryan. "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now