LAMPU PENTAS bertukar ungu , berdirilah Naayla Zahra dengan dress panjang berwarna merah bersama Aqashah berpakaian sut biru gelap bersedia membuat persembahan pada malam itu . Petikan gitar berbunyi dimainkan oleh Karl membuatkan semua mata tertumpu kepada mereka .
Perjalanan masih jauh menuju hatimu
Naayla memejam matanya menyanyikan bait lirik itu seolah-olah ceritanya dimasukkan ke dalam nyanyian . Aqashah pula menggenggam mikrofon sambil matanya mengerling ke arah gadis itu .
Hingga tak terasa kehadiranku.
Saat Naayla memandang ke arah penonton , dia terlihat Raiz Affan yang baru sahaja tiba berpakaian sut hitam sendirian . Matanya berpaut apabila Raiz melihatnya di atas pentas . Namun nyanyian tetap diteruskan sambil memandang tepat ke dalam mata lelaki itu dan Raiz pula berdiri kaku memandang gadis yang disakitinya tempoh hari .
Biarpun kau begitu,
Usiaku setia menunggu.
Kerna ku mahu kau jadi milikkuJika ini hari dan malam terakhir dia bertemu Raiz biarlah dia meluahkan segalanya yang terbuku di dalam hati . Cukuplah dia simpan sejak dahulu hinggalah saat dia ternampak Raiz dan isterinya yang kini sudah berbahagia .
Sekiranya Raiz bahagia , tak akanlah dia mahu merampas kebahagiaan itu . Biarkan perasaannya terus hilang bersama malam itu .
Perasaan masih aku merindui kamu,
Aqashah berinteraksi bersama Naayla menggunakan pandangan mata . Siapa sangka dia telah lama menyukainya dalam diam sejak dahulu , dia tidak berani . Cukup sekadar melihat dari jauh dan memberi Naayla barang-barang kegemarannya.
Ya , dialah insan yang memberi Naayla sebotol mineral dan coklat Hershey di dalam dewan pada hari itu dan dia jugalah yang Naayla terlanggar di hadapan kelas Raiz .
Hingga tuhan selalu mendengar namamu.
Biarpun kau begitu,
Masih aku setia menunggu.Nama Naayla Zahra sentiasa berada di dalam doanya , jika dia jodohnya pasti Allah akan ketemukan mereka satu hari nanti . Itulah harapan dia , namun sekiranya telah tertulis bahawa gadis itu bukanlah untuknya dia akan redha .
Hingga kau mahu menjadi milikku.
Entah kenapa saat lirik itu disampaikan mata Ayden yang sedang berdiri di sudut dengan segelas jus ditangan memerhatikan Naayla .
Dipisah lautan dunia namun cintaku tetap ada dan bergelora,
Untuk menjadi cahaya bahagia hidupmu.Tangannya dimasukkan ke dalam poket menyentuh kotak cincin mempersoalkan keputusan yang dibuat itu . Dunianya penuh kegelapan namun tidak gadis itu . Apakah patut dia bawa gadis yang disayangi itu ke dalam dunia miliknya ? Dia tidak mahu kisah cinta ibu bapanya terulang sekali lagi .
Biarpun kau begitu,
Masih aku setia menunggu.
Kerna ku mahu,Tanpa disedari Naayla sudahpun menitiskan air matanya . Para penonton menyatukan kedua tangan , nyanyian itu betul-betul sampai ke hati mereka .
Hingga kau mahu menjadi milikku.
Tiba-tiba telefon Raiz Affan berdering , dia memandang skrin telefon dengan degupan jantung yang laju . Dia berdebar apabila memandang nama rakannya muncul .
" Raiz , Meera ... " , dengar sahaja nama itu Raiz terus meninggalkan majlis sekolahnya , dia terus berlari ke kereta dan memecut untuk datang melihat isterinya di hospital .
YOU ARE READING
KAISER : The Hidden King
Romance[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak mengenali Benjamins? Keluarga mafia terkuat di US dengan legasi paling mewah. Namun di sebalik keluar...