" ONE , TWO , THREE . "
Klikkk !
Naayla menghampiri Ayden Kaiser untuk melihat gambar yang ditangkapnya . " Kalau macam ni lah hasilnya , kau jadi photographer aku hari-hari sajalah . " kata Naayla , cantik betul gambar yang ditangkapnya tambah-tambah lagi dengan berlatar belakangkan bandar Toronto . Memang tak dapat disangkalkan lagi , pemandangan dari puncak CN Tower itu memang cantik dan indah .
Tangan lelaki itu ditarik mendekatinya , kamera diangkat tinggi . " Senyum ! " kata Naayla ceria , Ayden tersenyum halus sambil matanya memandang lensa kamera tersebut . " Lagi sekali . " kata Naayla lagi . Kononnya lagi sekali tapi berkali-kali , biasalah dah nama pun perempuan .
Kali ini , mata Ayden memandang wajah ceria Naayla di sebelah , tanpa sedar kamera sudah menangkap momen itu . Gadis itu tersenyum melihat kesemua gambar yang ditangkap itu , ada bermacam-macam riak wajah yang dibuat .
" Jom , aku bawa pergi tempat lain pula . " ajak Ayden lalu beredar bersama Naayla . Sebenarnya dia rasa bersalah kerana tidak dapat bersiar-siar lama bersama Naayla . Selepas perlawanan semalam dia terus menghadap sidang media , pagi pula dia perlu bersarapan dengan pihak-pihak yang terlibat dalam MFC . Tidak sangka , pada waktu petang barulah dia bebas dari jadual padatnya sudahlah malam mereka harus bergerak pulang ke Malaysia .
Terus dia menyuruh yang lain menguruskan apa yang patut , katanya dia akan tiba bersama Naayla di lapangan terbang nanti .
Beberapa minit di dalam kereta sewa , mereka berdua tiba di Ripley's Aquarium Of Canada . Setelah membuat pembayaran , Naayla mengikut langkah Ayden .
Masuk sahaja di dalam tempat itu , sekelilingnya terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang berenang . Dia terus mengeluarkan kameranya untuk merakam detik-detik indah di negara asing itu . Bahu Ayden dicuit menyebabkan dia terus menoleh memandang lensa kamera .
" Saya nak tanya , apa perasaan awak dating dengan Naayla Zahra ? " tanya Naayla pura-pura menjadi wartawan . Lelaki itu ketawa kecil , " Kalau dia nak dating lagi dengan saya , saya- "
Matanya tiba-tiba memandang tepat pada wajah gadis itu , Naayla terpaku . " Memang taklah saya setuju , penat saya layan dia sepanjang hari . " sambungnya lalu dia memusing kembali berjalan . Bahunya ditolak kasar , " Kau memang tak boleh nak romantik sikit ke ? "
" Nak aku melamar dekat sini ? " tanya Ayden selamba , dia tidak tahu bahawa dengan ayat itu cukup membuatkan pipi rakannya itu membahang teruk ! Saat matanya berpaut dengan lelaki itu , dia terus menoleh memandang ke arah lain . " Muka ikan tu macam kau lah , Ayd ! " tiba-tiba ayat itu keluar dari mulutnya . Ayden menggeleng melihat karenahnya .
Apa-apa sahajalah , Naayla .
Beberapa jam berjalan mengelilingi tempat itu , perut Naayla mula berbunyi minta diisi . Oleh sebab itu , mereka membuat keputusan untuk ke kedai makan sebelum bertolak ke lapangan terbang .
Destinasi terakhir itu membuatkan Naayla sedikit sedih . Ikutkan hati , dia mahu duduk di sini selama seminggu tetapi ini bukan percutian lagipun dia cuma mengikut Ayden kerja . Haih ,
Rindulah dia dengan Canada nanti !
TURUN SAHAJA di lapangan terbang , Naayla menggeliat kecil . Akhirnya mereka tiba di Malaysia setelah menempuhi perjalanan yang hampir sehari dari Toronto , Canada . Ayden Kaiser berjalan di sebelahnya sambil menarik bagasi hitam untuk mencari Farid dan Aliya yang sedia menunggu ketibaan mereka berdua .
Langkah mereka terhenti apabila seorang lelaki menghalang jalan . Dia tersenyum memandang wajah Naayla .
" You Naayla Zahra kan ? " tanyanya . Naayla sekadar mengangguk sambil membalas senyuman manakala Ayden berpeluk tubuh di sebelah . " I suka sangat dengan persembahan you . Just to let you know , I pernah sponsor majlis dekat Jakarta baru-baru ni . " Naayla blur sebentar sambil melihat dia hairan .
" Oh ! You Encik Harris Qalish kan ? " barulah dia dapat menangkap siapa pemuda kacak itu sebenarnya . " Panggil I Harris , I tak kahwin lagi pun . Tak perlu encik encik . " katanya lalu tertawa kecil . Ayden membuat muka di sebelah , nak mengorat tu cakap saja .
" Naayla ! Ayden ! " panggil Aliya yang tidak jauh dari mereka berdua . Mereka bertiga menoleh , Naayla terus melambai tangan ke arahnya teruja . Ayden mengalih pandangan pada lelaki tadi . " I'm sorry Har- "
" Harris . "
" Oh ya , nevermind . We need to go . " kata Ayden lalu menarik Naayla menjauhi Harris , dahlah berbual tak ingat dia di sebelah . Ingat dia tiang ke dekat situ ? Tiba-tiba nama Naayla dipanggil .
" Can I have your number ? "
" Manalah tahu kita boleh kenal-kenal ke nanti kan ? Bincang pasal kerja ke ? " sambung Harris , Naayla mengangguk lalu dia beri nombor telefonnya . Tidak salah kalau dia beri pada lelaki itu , rezeki tidak salah alamat . Mungkin , dia akan dapat tawaran membuat persembahan lagi selepas ini .
" Nice to meet you , Harris . " kata Naayla sebelum beredar .
" Can I have you number bla bla bla nanti ajak date pula . " sindir Ayden perlahan , ingatkan Naayla tidak mendengarnya malah dia membulatkan mata memandang lelaki itu . " Ayden , tak baiklah . " namun Ayden hanya menjelingnya , dia bukan cemburu malah dia tak kisah pun jika Naayla bercinta tetapi itulah lelaki tadi memang pelik . Datang dari mana terus berlagak taja majlis besar . Poyo sangat !
Lupakan lelaki bernama Harris Qalish itu , mereka terus masuk ke dalam kereta untuk beredar pulang ke rumah masing-masing . Farid tersenyum ke arah Naayla dan Ayden .
" Kau berdua dah macam baru balik honeymoon aku tengok . " kata Farid .
" Honeymoon apa , sampai je Naayla ni kena ngorat . " balas Aliya di sebelah , walaupun dari jauh nampak sangat wajah lelaki tadi ingin mengorat rakannya itu . Ayden tertawa sinis mendengar balasan itu , maksudnya semua nampak lelaki tadi mempunyai makna tersiratlah cuma Naayla ni saja yang masih buta .
"Pandai-pandai je kau ni , dia yang taja majlis dekat Jakarta haritu . Memang taklah dia nak ngorat aku , dia tu kaya . " kata Naayla lalu mengalihkan pandangan ke luar tingkap .
" Eh lupa ! Naayla masih setia dengan crush lama dia Raiz tu kan . " serentak itu , Farid memandang Aliya tajam . Amboi mulut tak ada insurans langsung ! Macam tak tahu Naayla kena reject setelah luahkan perasaan selepas SPM dahulu . Dahulu , dia luahkan perasaan tetapi Raiz tidak memberi jawapan malah dia terus beredar meninggalkan Naayla sendirian berdiri di luar dewan peperiksaan . Kira cinta dia kena tolaklah kan ?
Suasana sunyi sepanjang perjalanan sampailah tiba di kawasan perumahan Naayla dan Ayden .
" Sorry tau Naayla . " ucap Aliya sebelum beredar , Naayla tersenyum halus . " Tak apalah . Dah bye , take care ! " lagipun memang benar dia masih menyimpan perasaan terhadap lelaki itu cuma sejak hari itu dia tidak pernah berjumpa dengan Raiz Affan .
" Are you okay ? " tanya Ayden dibalas dengan anggukan . Lelaki itu membelai rambut hitam gadis itu , " Jangan lupa rest . " Kemudian mereka masuk ke rumah masing-masing .
Baru sahaja Naayla menghempas tubuhnya ke atas sofa , skrin telefon bernyala . Nombor tak dikenali timbul pada skrin .
- Hi , Naayla . I Harris .
- Boleh kita jumpa esok ?Jari runcingnya terus menari-nari di skrin telefon membalas pesanan dari lelaki bernama Harris tersebut . Cepat sahaja gadis itu bersetuju dengan ajakannya memandangkan dia masih tidak sibuk pada hari esok .
Disebabkan penat dengan perjalanan yang jauh , matanya lama-kelamaan tertutup lena .
YOU ARE READING
KAISER : The Hidden King
Romance[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak mengenali Benjamins? Keluarga mafia terkuat di US dengan legasi paling mewah. Namun di sebalik keluar...