NAAYLA ZAHRA menongkat dagu di atas meja sambil melihat bentangan plan pentas yang disediakan oleh kumpulannya untuk persembahan khas yang akan diadakan pada hujung bulan . Dia antara orang penting menghadiri mesyuarat tersebut kerana dia merupakan orang utama untuk malam persembahan tersebut .
" Kalau tema nanti kita buat full black Cik Naayla okay tak ? " tanya Sue sebagai ketua interior designer . Naayla memandang plan yang ditunjukkan oleh Sue itu dengan wajah serius . " Baju saya maroon kan ? " tanya Naayla , takut dirinya tenggelam pula dengan warna hitam di atas pentas nanti . Pertanyaan disambut oleh stylist Naayla yang sedang menyenaraikan alat-alat solek yang perlu dibeli baru .
" Yep , I ambil baju you warna maroon . " kata Adi lalu menyambung tugasnya .
Sue mengangguk perlahan sambil memandang wajah Naayla Zahra , " Kita buat dark theme . Why not kita buat semua pakai topeng ? " cadang Sue , dia membuat muka bangga dengan ideanya yang bernas itu . Memandangkan ini merupakan persembahan khas pertama Naayla Zahra di Malaysia , kenapa tidak buat lain daripada yang lain kan ?
" Woah , perfect ! Manalah tahu Cik Naayla kita jumpa jodoh misteri dekat sana nanti kan . OMG !! " Adi mula menjerit suka sambil menepuk-nepuk meja . Walaupun dia lelaki , sifatnya sedikit lembut membuatkan semua pekerja di situ selesa dengannya . Naayla menggeleng kepala melihat karenah mereka , " Saya okay saja , bukannya saya pro pun dalam benda macamni . " kata Naayla sambil tersenyum halus .
" Tak apa , Cik Naayla . Saya boleh bayangkan macammana suasana dewan tu nanti . Setakat ini , semua okay . So , mesyuarat kita tamat dah lah . " Sue menyusun kertas-kertas masuk ke dalam fail manakala Naayla terus bangun . " Thank you semua , saya ada hal sikit . Apa-apa call saja , saya terus datang sini . " kata Naayla sebelum dia beredar .
Kereta putih yang menunggunya di hadapan bangunan besar itu dituju dengan senyuman . Masuk sahaja ke dalam kereta tersebut , seorang kanak-kanak perempuan memeluknya erat .
" Kak Naayla ! " sapanya teruja . Naufal Zaid dan isterinya , Qaisara yang berada di bahagian hadapan tersenyum melihat hubungan mesra mereka berdua . " Hai Qaseh , cantiknya Qaseh harini . " balas Naayla lalu mengusap rambut Qaseh lembut , Qaseh pula tersipu malu mendapat pujian .
Qaisara menoleh ke belakang memandang Naayla , " Sorry tau ganggu Naayla , akak dengan Abang Naufal ada nak beli barang sikit . Qaseh tak nak tinggal dengan mama pula . " Naayla mengangguk . " Tak apalah , dah lama tak jumpa Qaseh comel ni . "
Beberapa minit kemudian , mereka tiba di sebuah shopping mall . Disebabkan Naayla agak malas untuk mengikut Qaisara dan Naufal mencari barang yang hendak dibeli , dia memimpin tangan Qaseh berjalan sekeliling tempat itu . " Kak Naayla , tengok tu . Comellah teddy tu . " kata Qaseh , belum sempat Naayla membalas dia sudahpun berlari ke arah patung beruang tersebut .
" Qaseh nak ke ? " serentak itu Qaseh mengangguk sambil membuat muka comel untuk memujuk gadis itu . Aduh , lemah betul kalau macam ini . Naayla memimpin Qaseh ke kaunter , kemudian wang RM40 diberi kepada juruwang tersebut sekaligus mengukirkan senyuman riang pada wajahnya .
Keluar sahaja dari kedai tersebut , Naayla terdorong ke belakang apabila seseorang melanggarnya . " Sorry sorry , saya tak perasan " katanya , apabila mata mereka berpaut masing-masing tersentak .
" Eh Naayla ! " sapanya . Naayla membalas senyumannya kepada perempuan berhijab labuh itu lalu matanya mengerling ke arah perut yang agak sarat mengandung . " Dah lama tak jumpa kau . " tangannya diraih secara tiba-tiba . Macam tidak percaya dia akan jumpa Hannah buat pertama kalinya setelah kejadian di tandas dahulu . " Wahh , ada baby . " kata Qaseh teruja melihat perut besar Hannah itu . Hannah tersenyum manis memandangnya .
" Kau marahkan aku pasal dulu tu ke ? " tanya Hannah . " Eh taklah , aku cuma terkejut sekejap . Tak tahu boleh jumpa kau semula . " balas Naayla . " Kalau kau marah ke apa , aku minta maaf tau . Aku dah buat rawatan semua , aku okay sekarang . Aku tak tahu kenapa aku teruk betul dulu , terus tuduh kau macam-macam . " kata Hannah , ikhlas meminta maaf . Mereka duduk di sebuah bangku yang tersedia di situ .
Naayla memandang wajah Hannah , " Kau kahwin tak jemput aku pun , tahu-tahu mengandung . Mesti comel macam mak dia kan nanti ? " katanya namun senyuman Hannah terus hilang , dia mengusap perutnya seketika
" Aku tak kahwin pun . Lepas bapa aku meninggal , keluarga pak cik aku jaga aku . Senang cerita dia kaki judi , tak bayar hutang . Dia jual aku dan aku kena layan teruk dekat sana sampaikan aku buat keputusan nak lari . Tapi aku sayang anak ni itu sebab aku tak buang dia . " luah Hannah . Tangan Naayla menepuk belakangnya perlahan supaya emosinya terkawal sedikit . " Dah berapa bulan ? " tanya Naayla .
" Lapan . " Hannah tersenyum halus .
" Baby ni mesti comel macam Qaseh nanti ! " kata Qaseh dengan sengihannya memandang Hannah . " Comelnya Qaseh ni ! Anak kau ke , Naayla ? "
Naayla menggeleng pantas , " Anak abang aku , bapanya entah jalan mana dengan mak dia . " kata Naayla disambut tawanya . Sejujurnya , diri Hannah yang sekarang amat berbeza dengan diri Hannah yang dulu .
Tenang sahaja apabila memandangnya .
SUE DAN ADI menanti respon daripada lelaki berkaca mata Ray Ban hitam setelah memberi kertas perbincangan tadi . " Dia setuju kan semua rancangan tu ? Any problems ? " tanya lelaki itu sambil memerhatikan Sue dan Adi yang sedang memandangnya dari tadi .
Sue cepat-cepat menggelengkan kepala , " Semua berjalan dengan lancar , Cik Naayla setuju pasal tema semua . " lelaki itu menganggukkan kepalanya lalu sehelai cek diberikan kepada Sue .
" Ini untuk majlis , selebihnya korang ambil . " katanya lalu Sue mengambil huluran tersebut . Wang yang tertulis itu lebih daripada cukup untuk perbelanjaan nanti malah cukup jika dibahagi tiga . Kalaulah hari-hari buat perancangan sebegini , dia boleh beli beg keluaran terbaru !
" Terima kasih , selebihnya kami akan selesaikan nanti . Jangan risau . " kata Adi lalu dia merampas cek itu daripada Sue , jelingan diberikan . Tahu sangat perangai lelaki itu , nampak duit terus teruja . " Semuanya akan berjalan macam encik nak . " kata Sue pula .
" Good . " lelaki itu terus beredar keluar daripada tempat itu , masuk sahaja ke dalam kereta dia terus membelek cincin yang baru dibeli tadi .
Dia tersenyum membayangkan cincin itu tersarung pada jari Naayla Zahra suatu hari nanti .
I'm in love with her .
ANDA SEDANG MEMBACA
KAISER : The Hidden King
Romance[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak mengenali Benjamins? Keluarga mafia terkuat di US dengan legasi paling mewah. Namun di sebalik keluar...
