013

14.2K 909 1
                                    

MEMANDANGKAN percubaan SPM sudah tamat beberapa minggu yang lalu , Emerald High School sering mengadakan kelas tambahan , motivasi dan sebagainya untuk persediaan menghadapi SPM sebenar . Setiap kali motivasi diadakan , Naayla Zahra pasti tiba awal kerana itulah satu-satunya cara untuk dia memerhatikan Raiz Affan sepanjang motivasi tersebut . Dia fokus ? Memang tak lah !

Namun malangnya hari ini tiada sesi motivasi untuk gadis itu . Hari pelajar Emerald High School penuh dengan kelas tambahan . Pen hitam ditangannya diketuk-ketuk ke atas permukaan meja perlahan sambil memerhati papan putih di hadapan yang penuh dengan jalan kira Addmath .

Laws of Indices , laws of surds , laws of logarithms satu apa pun tidak masuk ke dalam otak seolah-olah ada pagar yang menghalang setiap penjelasan cikgunya di hadapan . Pandangan dialihkan ke arah Aliya yang sedang menunduk membaca novel di laci meja , lengan gadis itu di siku .

" Shh , aku tengah baca part sweet , " serentak itu Naayla menjelingnya . Nampaknya terpaksalah Naayla memberi perhatian pada pembelajaran . Nasib kau lah , Naayla Zahra .

" Aku baru nak ajak kau ponteng . " rungutnya perlahan .

Beberapa minit kemudian , seisi kelas melepaskan keluhan berat setelah loceng berbunyi menandakan tamat waktu Addmath . Ayden menolak belakang kerusi Naayla menyebabkan gadis itu menoleh geram ke arahnya . Satu hoodie putih dibaling ke arahnya , Naayla menyambutnya dengan penuh tanda tanya .

" Aku nak ponteng , kau nak ikut tak ? " tanya Ayden sambil mengeluarkan hoodie hitamnya dari beg galas . Naayla menggaru kepalanya yang tidak gatal itu lalu dia memandang Aliya . " Aku nak belajar sejarah . " kata Naayla .

Kedengaran tawa halus dari Aliya , " Kau bawa je la dia ni Ayden , nanti aku cover . Minah ni mana minat sejarah . " kata Aliya . Serentak itu , Ayden bangun keluar dari kelas manakala Naayla cepat-cepat mengejar langkah lelaki itu . Tiba sahaja di belakang sekolah , Ayden terus menyarung hoodie hitam pada tubuhnya lalu dia memanjat pagar tersebut .

Dia memandang Naayla di dalam kawasan sekolah saat mendarat ke tanah . Naayla masih ragu-ragu . " Hurry up . " kata Ayden , gadis itu memegang kuat pagar tersebut . " Aku takutlah . "

" K bye . "

Nampak sahaja Ayden sudah mahu beredar pergi , Naayla dengan pantas dan takut memanjat pagar sekolah itu . Malangnya , bukan kaki yang mendarat dahulu . Ayden ketawa melihat Naayla yang jatuh di tanah , " You aren't supposed to laugh ! "

" Am I ? " tanya Ayden kembali dengan sisa tawanya . Naayla berdiri lalu menyapu kotoran di uniform sekolahnya itu .

" Ugh ! Where are we going right now ? "

" My place . " membuntang mata Naayla mendengar Ayden mahu mengajaknya ke tempat lelaki itu . " Pfft lol , tempat haritu lah . " sedar perubahan riak wajah Naayla membuatkan Ayden menafikan fikiran Naayla pantas , memang taklah dia mahu mengajak Naayla ke rumahnya .

Ayden mengeluarkan telefonnya dari poket lalu menelefon pemandunya untuk membawa mereka berdua ke tempat tersebut . Beberapa minit kemudian , mereka berdua tiba di destinasi tersebut . Pemandunya sudahpun beredar manakala Naayla terus duduk memandang pemandangan di hadapannya .

Buku berwarna putih dikeluarkan lalu gadis itu mula melukis manakala Ayden berdiri menikmati angin yang bertiup , Naayla memandang lelaki itu sekilas , dia seperti pernah lihat susuk tubuh itu . Kemudian , dia teringat peristiwa yang berlaku beberapa bulan yang lalu .

Seorang lelaki berhoodie hitam yang memecut laju ke arahnya !

Lelaki itu menarik lengan baju hoodie-nya ke depan hingga menutup telapak tangan , Naayla hanya memerhati . Dia tersentak apabila lelaki itu menghulurkan tangan untuk membantunya berdiri . Dengan perlahan , hulurannya disambut .

" Lain kali kalau tak pandai bawa motor , jalan kaki saja . " kata lelaki itu , Naayla agak terkejut . Eh ? Bukankah lelaki itu yang memecut laju macam jalan ini dialah pemiliknya ? Lelaki tersebut melangkah untuk masuk ke dalam keretanya semula setelah meninggalkan payung itu kepada Naayla .

Naayla terus menarik tangannya , serentak itu lelaki itu mengaduh kesakitan . " Are you okay ? " tanya Naayla , lelaki itu menoleh namun wajahnya masih tidak kelihatan . Dia memandang tangannya yang luka berdarah itu . " It's not your business . " katanya lalu masuk ke dalam kereta dan beredar .

" K-kau yang langgar aku haritu kan ? " tanya Naayla secara tiba-tiba , Ayden terus menolehnya . Langkah diaturkan ke arah Ayden , dia mendongak memandang wajah lelaki itu . " Betul kan ? Masa hujan haritu , kau- "

Gadis itu semakin terkejut apabila melihat anggukan dari lelaki itu . " And you owe me something that day . " katanya . Naayla menggeleng , sudahlah dia cukup geram dengan lelaki yang hampir melanggarnya hari itu . Sebab itulah badannya lenguh-lenguh apabila pulang . Tak guna !

" Sebab kau , luka aku makin sakit tau . " usik Ayden . Naayla mencebik , " Manalah aku tahu , kau cedera masatu . Ingat aku sempat ke nak belek-belek ? " , sekali gus Ayden tersenyum sinis . Dia sengaja mahu mengusik gadis itu lagipun untuk dia tolong sewaktu itu . Ikutkan hati mahu saja dia tinggal .

Tiba-tiba matanya menangkap sekeping gambar yang tercicir di atas rumput bersebalahan dengan buku milik Naayla . Gambar dua kanak-kanak itu ditenung lama olehnya , sehinggalah nama seseorang muncul di mindanya .

" Siapa tu ? Kawan kau ? " tanya Ayden .

Naayla mencebik , " Jangan nak ubah topik , mana ada kawan aku dekat sini . Liar . " riak wajah Ayden berubah serius , dia menghampiri gambar tersebut lalu ditunjuk ke arah Naayla .

" This kid . " Ayden menunjuk wajah kanak-kanak lelaki dengan mata berwarna hazel yang sedang merangkul leher seorang kanak-kanak perempuan iras Naayla Zahra . Naayla mengangguk , benar kanak-kanak itu merupakan kawan sewaktu dia masih 7 tahun . Sudah 10 tahun mereka tidak bertemu malah hubungan mereka terus terputus tidak mendengar khabar masing-masing .

" Dia Aryan Haider , adik aku . "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now