043

12.4K 749 20
                                        

PINGGAN disusun di atas meja sambil mulutnya terkumat-kamit menyanyikan lagu dengan ceria. Tiba-tiba tubuh Naayla Zahra didakap dari belakang membuatkan nyanyiannya terhenti.

" Good morning, my wife. " suara itu berbisik di telinga, terus Naayla menoleh kebelakang dengan tangan suaminya itu masih memegang pinggang rampingnya erat. Kemudian, tubuh itu ditolak perlahan menjauhi dia namun tidak bergerak sedikit pun. Naayla memandang geram, " Nanti orang nampaklah, Ayd..."

Senyuman halus terukir pada bibir Ayden Kaiser sambil mencuit hidung isterinya . " I'm your husband, tak ada siapa akan marah pun. " katanya , Naayla mencubit lembut perut Ayden sambil mengetap giginya geram . Kalau orang nampak pasti mereka berdua akan malu , sudahlah selepas majlis semalam mereka tidur di rumah keluarga Naayla . Bukan setakat keluarganya saja yang ada tetapi saudara-saudara yang datang dari jauh juga tidur dirumahnya .

" Ehem! " seseorang berdehem sambil berpeluk tubuh bersandar pada dinding ruang makan memandang pasangan pengantin baru. Tanpa hiraukan manusia yang berdiri di situ, Ayden mengucup sekilas pipi milik Naayla sebelum beredar memanggil yang lain untuk sarapan di ruang tamu manakala Naayla menyambung kembali menyusun pinggan mangkuk di atas meja.

" Seronoklah kau kahwin dengan lelaki handsome macam Ayden tu. " seorang perempuan duduk di kerusi meja makan sambil menongkat dagu memandangnya. Naayla tersenyum halus lalu beredar mengambil minuman di dapur manakala perempuan tadi menjelingnya tajam. Apabila Naayla datang semula ke ruang makan, perempuan tadi berdiri menghampiri dia dengan wajah yang angkuh.

Rambut Naayla ditepis perlahan, " Aku rasa kau tak layak kahwin dengan Ayden tu dan mungkin aku lagi layak rasanya. " Pandangan angkuh itu dibalas dengan tawa perlahan daripada Naayla, " Ayden pun taknak perempuan mulut jahat macam kau, Damia. " balasnya, sudah lama dia geram dengan saudaranya yang satu itu. Sejak dahulu tidak suka nampak Naayla gembira sedikit malah pernah dahulu saudaranya Damia itu menolak dia ke dalam sungai di kampung hanya sebab nenek mereka memuji Naayla.

Baru sahaja Damia mahu membalas, keluarga mereka sudahpun tiba memenuhi ruang makan. Ayden Kaiser mengambil tempat di sebelah Naayla, belum sempat Naayla menuangkan air untuk suaminya Damia dari awal sudah menghulurkan secawan teh panas kepada Ayden dengan senyuman yang terukir di bibir.

Ayden mengambil huluran tersebut menyebabkan Naayla mencebik perlahan, isteri ada boleh pula dia ambil air daripada orang lain. Namun berbeza pula dari pemikiran, secawan teh panas itu diberi kepada Encik Yusuf di sebelah. Terus Naayla tersenyum memandang suaminya.

Secawan teh panas Naayla letakkan di hadapan Ayden, nampak sahaja lelaki itu menghirup perlahan Damia terus merengus kasar lalu dia menyuap mi goreng yang Puan Hafiza hidangkan ke dalam mulut dengan geram.

" Ayden dengan Naayla balik rumah korang tengah hari nanti ya? Perabot semua dah ada ke dekat sana? " tanya Encik Yusuf dibalas dengan anggukan Ayden. " Ya, balik tengah hari nanti. Tentang perabot jangan risaulah pa, semua Ayd dah selesaikan. " katanya.

" Nanti share alamat tau, boleh Damia datang mengorat Ayden. " selamba sahaja bait ayat tersebut keluar dari mulut Damia seolah-olah tidak tahu bahawa lelaki di hadapannya itu merupakan suami orang.

" Damia. " Encik Ismail mendatar memanggil nama anaknya.

" Apalah Damia ni, Ayden kan suami Naayla. " kata Naufal Zaid pula. Bukan dia tidak tahu perangai saudaranya yang suka mencari isu untuk bergaduh itu.

Naayla menghirup teh panasnya sambil mengerling ke arah Ayden di sebelah, nasib dia tidak membalas kalau tidak makin sakit hati dibuatnya. Dalam masa yang sama, Ayden merenung wajah Naayla seakan-akan cemburu dengan ayat tersebut. Oleh itu, dia meraih tangan Naayla lalu dibawa ke bibirnya semasa perhatian semua orang disitu diberikan kepada Damia.

SAMPAI SAHAJA di sebuah rumah vila putih yang terletak agak jauh dengan kawasan awam, Naayla sudah hairan. Mata Naayla beralih pada Ayden yang sedang mengeluarkan bagasi mereka. " Ingatkan kita tinggal dekat rumah Ayd. " katanya.

" Rumah sana Mak Siti jaga and now this is our house. " balas Ayden lalu melangkah masuk ke dalam rumah diikuti Naayla di belakang.

Apabila masuk ke dalam vila tersebut, Naayla tergamam melihat ruang vila dihiasi dengan perabot-perabot berwarna putih. Dia mendekati piano yang berada di bawah lampu chandelier di tengah ruang. Perlahan-lahan tangannya memegang setiap permukaan piano dengan senyuman yang terukir. Ayden Kaiser mendekati Naayla lalu dagu ditongkat pada bahunya.

" Close your eyes. "

Tanpa mengaju pelbagai soalan, Naayla akur mendengar arahan Ayden lalu tangannya ditarik dibawa ke sebuah tempat. Apabila langkah terhenti, pegangan tangan dilepaskan. " You can open your eyes now. " apabila mendengar suara Ayden, Naayla membuka matanya.

Wajahnya terus teruja melihat halaman rumah yang luas dihias dengan buaian, kolam renang dan sebuah gazebo putih dikelilingi bunga-bungaan. Tubuh Ayden didakap erat, " Thank you so much, Ayd! " ucapnya membuatkan Ayden tersenyum manis namun Naayla tiba-tiba mendapat idea nakal.

Sekali gus, tubuh Ayden ditolak masuk ke dalam kolam renang. Lihat sahaja Ayden yang berada di dalam kolam renang dengan baju kemeja putih yang masih tersarung pada tubuh, Naayla ketawa besar. Puas dapat mengenakan lelaki itu. Ayden meraup rambutnya yang basah sambil memandang geram terhadap isterinya.

Tangan dihulurkan.

Naayla menyambut tangan Ayden untuk membantu naik ke atas kerana kesian dengan Ayden yang basah kuyup. Tiba-tiba rasa bersalah datang ke hati, tak baik dia buat suami sebegitu rupa.

Baru mahu berbaik, kali ini dirinya pula yang ditarik masuk serta ke dalam kolam. Memandangkan dia bukannya pandai berenang, dia mula tercungap-cungap mengambil udara. Ayden memegang tangannya erat dengan sisa tawa melihat Naayla sudah terjerat di dalam perangkap.

" Aku tak pandai berenanglah Ayd! " marah Naayla sambil meraup wajahnya. Bila marah, terus keluar panggilan aku-kau dari mulutnya. Geram sangat agaknya!

" Siapa kenakan siapa dulu? Dapatlah balasan dia. " balas Ayden selamba, Naayla berdecit. " Kalau Naayla mati lemas tadi macammana?! " Naayla masih memarahi dia. Ayden tersenyum halus lalu dia merangkul pinggang Naayla mendekatinya, dahi isterinya itu dikucup lembut.

" Don't worry, I'm going to keep you safe with me, Naayla Zahra. " katanya sambil memandang tepat pada wajah Naayla yang masih lagi memuncungkan mulut berjauh hati.

Hidung Naayla dicuit, " And I'll kiss you if you don't stop making that face. " sambung Ayden sambil mengenyitkan mata sebelum dia mengusik dengan mendekatkan wajah kepada Naayla.

" Ayden! "

KAISER : The Hidden KingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang