KAKI diaturkan ke ruang bawah tanah sambil membalut kedua tangan dengan kain putih , kemudian baju singlet hitam disarung pada tubuhnya . Sampai sahaja di ruang berwarna kelabu gelap dengan cermin besar sekeliling ruang itu Ayden Kaiser mencampak botol airnya ke atas sofa .
Dia menuju ke arah punching bag yang tergantung di tengah ruang tersebut , segala yang berlaku pada petang tadi antaranya dan Raiz Affan seolah-olah bermain di mindanya . Dia sangat benci jika dia dikaitkan dengan datuknya , Jonas Benjamin .
Satu tumbukan dilepaskan pada punching bag tersebut .
" He killed my mom too ! "
Beberapa tumbukan diberi sebelum lelaki itu memeluk punching bag itu kecewa , sewaktu kecil dia amat banggakan kemewahan datuknya itu namun siapa sangka datuknya itulah yang memperlaku ibunya seperti objek .
17 Oktober , peristiwa 7 tahun lepas akan kekal di dalam ruang memorinya buat selama-lamanya di mana dia kehilangan wanita tersayang di hadapan mata . Semestinya perit buat semua orang untuk melihat pemergian seseorang apatah lagi yang tersayang .
Ayden baring di atas lantai lalu tangannya diangkat menutup matanya , senyuman ibunya yang manis terus muncul di pandangannya indah hinggakan lelaki itu tertidur tanpa disedari .
" Cantik tak rantai mama ? " tanya Puan Aishah kepadanya dengan senyuman manis . Ayden Kaiser memandang dirinya sewaktu kecil yang mendongak memandang Puan Aishah dengan senyuman . Kanak-kanak itu mengangguk .
" Cantik sangat . Cantik macam mama . " serentak itu kanak-kanak itu memeluk tubuh ramping ibunya , kedengaran tawa ibunya yang amat dia rindui . " Actually , this is for you sayang . Bila mama tak ada Ayd simpan saja rantai mama ini buat lepas rindu , okay ? " katanya sambil menghulurkan rantai yang terukir nama Aishah itu kepada anak sulungnya .
Huluran tersebut disambut . " Tapi kenapa ? "
" Today is your birthday ! So , take it as a present . " kanak-kanak lelaki tersebut berubah riak apabila beberapa buah kereta hitam mengepung mereka , seseorang yang dikenali keluar dari kereta tersebut . Ray-Ban hitamnya ditanggalkan dengan senyuman sinis yang terukir . Puan Aishah terus menyembunyikan anaknya itu di belakangnya .
Ayden Kaiser yang kini hanya mampu melihat peristiwa lama itu dari jauh memandangkan dia tahu ini hanya mimpi seperti biasa . Hampir setiap malam lelaki itu mimpikan perkara yang sama .
Tangan ibunya ditarik kasar ke lorong kosong diikutinya di belakang yang ketakutan . Lelaki itu menolak tubuh Puan Aishah ke dinding lalu mendekatkan sebilah pisau ke leher . Dia memandang Ayden yang menyorok itu sambil tersenyum .
" Happy birthday . "
Kemudian , pandangannya dialihkan semula pada Puan Aishah .
" Well , well finally Ayd turns 10 today . So Mrs Ethan , you need to choose between you and your son . " kata lelaki itu . Puan Aishah menutup matanya , sejak awal kandungan dia lagi bapa mertuanya sudah menetapkan syarat dimana dia perlu memilih antara anaknya atau dirinya yang perlu dibunuh jika anaknya sudah berumur 10 tahun selepas lelaki itu sudah tahu tentang kandungannya . Suaminya menyuruh dia gugurkan kandungan tersebut namun sifat ibu mana sahaja yang tidak sayangkan anaknya ?
Boleh dikatakan keluarga Benjamins sebuah keluarga yang kejam . Perkataan itu yang paling sesuai untuk mereka .
" I always waiting for this moment , beautiful . " pisau itu digerakkan mengikut alur wajah Puan Aishah , dia memandang tepat pada mata hazel lelaki itu namun lelaki itu tidak gerun langsung malah dia cuba mendekatkan wajahnya lagi .
" What goes around comes around , Seyn . "
Puan Aishah tersenyum memandang anaknya yang sedang menangis . " Kill me , Seyn . Don't you ever dare to touch my son . " katanya . Serentak itu Ayden menjerit memanggil ibunya , dia cuba menghalang namun beberapa orang lelaki bersuit hitam menghalangnya .
Ayden Kaiser kini yang melihat dari jauh memejam matanya rapat apabila mendengar jeritan ibunya namun darah yang keluar mengalir dari leher ibunya itu masih terbayang-bayang . Begitu juga , senyuman indah yang sentiasa terhias di wajah Puan Aishah hilang buat selama-lamanya .
Sejak itu Ayden Kaiser bukan lagi budak kecil lemah itu .
Deringan telefonnya membuatkan dia terjaga dari mimpi tersebut , Ayden meraup wajahnya seketika sebelum melihat skrin telefonnya . Nama Naayla Zahra muncul menandakan gadis itu mendailnya , dia terus menjawab panggilan tersebut .
" Hello , Ayden . Boleh tak aku nak datang rumah kau sekejap ? "
Ayden menjongketkan keningnya seketika , " Untuk ? "
" Er , aku lupa nak bagi hoodie kau ni . " kata Naayla ragu-ragu . Ayden agak hairan , gadis itu boleh sahaja beri hoodie tersebut di sekolah . Tak perlukan susahkan dirinya itu .
" Aku nak bagi something juga ni . " sambung Naayla apabila tidak mendengar sebarang respon , pasti Ayden Kaiser pelik terhadapanya kerana ini pertama kali dia mendail nombor telefon tersebut .
" Okay . Tunggu aku dekat tempat selalu je la . " kata Ayden lalu mematikan panggilan sebelum mendapat balasan daripada gadis tersebut . Dia terus melangkah ke bilik pakaiannya lalu menyarung baju t-shirt putih , kunci kereta yang diletakkan di atas meja juga diambil .
NAAYLA ZAHRA memegang beg kertas sambil menunggu kehadiran Ayden . Dalam lima minit kemudian , sebuah kereta putih berhenti berdekatannya lalu keluarlah lelaki itu . Ray-Ban yang dipakai dibaling di atas kerusi penumpang . Dia memandang basikal yang terletak di hadapan keretanya , mungkin Naayla menunggang basikal untuk ke sini . Dia mengabikan sahaja perkara itu lalu dia mendekati Naayla Zahra yang dari tadi asyik merenungnya .
" You gotta stop doing that . "
" What ? " balas Naayla polos .
" Staring at me . "
Naayla Zahra terus mengalihkan pandangannya sambil menyelitkan rambutnya ke telinga , malu ! Dia sekadar memandang Ayden kerana lelaki itu lain dari kebiasaannya , selalunya lelaki itu sekadar menyarungkan hoodie namun tidak hari ini .
" Apa yang kau nak bagi sangat tu ? "
Huluran beg kertas daripada Naayla disambut , Ayden mengintai sedikit kandungannya lalu dia keluarkan bunga ros merah bersama hoodienya . Dia memandang Naayla hairan .
" Dulu , arwah Arian suka sangat dengan bunga sampaikan dia bagi ros macamni dekat aku masa pertama kali aku dengan dia jumpa . " kata Naayla . " Thornless red rose .... " , Ayden tersenyum halus seolah-olah dia tahu maksud disebalik bunga itu kemudian dia beri ros itu pada Naayla semula
" Thornless red rose ini dia bagi khas untuk kau dulu , kau tak boleh bagi aku macam itu saja . " , Naayla hairan , dia tidak faham dengan setiap bait perkataan lelaki itu . Tiba-tiba telefonnya berdering , dia memandang nombor telefon ibunya pada skrin membuatkan dia tidak sedap hati .
" Hello Naayla ? "
Kedengaran suara ibunya yang agak cemas di sebalik panggilan . " Ya , kenapa mama ? "
" Datang hospital cepat Naayla , papa sakit semula . " Dengar sahaja ayat itu , dia terus tidak tenang . Dia memandang Ayden Kaiser di hadapannya dengan riak wajah risau . Beberapa minit kemudian , panggilan dimatikan .
" Are you okay ? "
" Aku nak pergi hospital . "
Baru sahaja Naayla melangkah ke basikalnya , tangannya ditarik menyebabkan dia terdorong ke belakang memandang lelaki itu . " Kau gila ke naik basikal tu je ? " tanya Ayden , air mata Naayla menitis . " Papa aku , Ayden . "
Dia terus menarik Naayla masuk ke tempat penumpang keretanya lalu lelaki itu memecut laju ke hospital . Naayla mula menangis teresak-esak di sebelah , sejujurnya setiap kali bapanya dimasukkan ke hospital emosinya pasti terus tidak terkawal . Dia takut jika sesuatu akan terjadi .
" Shhh , everything will be okay . "
ANDA SEDANG MEMBACA
KAISER : The Hidden King
Romance[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak mengenali Benjamins? Keluarga mafia terkuat di US dengan legasi paling mewah. Namun di sebalik keluar...
