TANGAN yang melingkari pinggang dari belakang menyebabkan Naayla Zahra terus terjerit kecil dan menenangkan jantungnya yang berdegup kencang kerana terkejut. Serentak itu tawa halus berdekatan telinganya kedengaran.
Mulalah panas hati Naayla.
" Amboi... Jantung isteri dia hampir tercabut, dia boleh ketawa? " sindirnya setelah memusingkan badan menghadap si pelaku di belakang. " Alolo kesian sayang saya ni. Anak papa pun terkejut juga ke? " Ayden Kaiser membongkok separas perut Naayla yang sarat mengandung.
" Ayden... "
Dia mendongak memandang Naayla, " Tanya anak je ke? Naayla ni siapa nak kisah? Ingat tau siapa yang bawa anak Ayd ni. " senyuman terukir pada bibir nipis lelaki itu lalu hidung isterinya ditarik perlahan.
Kedua-dua bahagian pipi Naayla ditekup sebelum dia mengucup dahinya, " Kalau macamni okay, hm? " mata memandang tepat pada wajah milik Naayla. Perkara yang paling dia suka tentang Naayla sejak dahulu adalah pipi wanita itu yang memerah apabila malu. Comel!
Tubuh Ayden ditolak menjauh, " Memang dari dulu miang eh? " balas Naayla. Baru sahaja dia hendak beredar, tangannya diraih. " Balaslah balik. " Naayla menjeling namun dia tetap mendekati suaminya itu semula.
" Ayd! Kau pernah kena tumbuk dengan aku tak? " suara seseorang menghampiri bilik mereka berdua membuatkan Ayden cepat-cepat memeluk Naayla melindunginya.
" Mama dengan papa kenapa peluk-peluk ni? " tanya seorang budak kecil berumur 3 tahun dalam dukungan empunya suara tadi. " Patutlah tinggal Alara kat bawah... Rupa-rupanya.. "
Pap!
Terdiam terus dia apabila satu bantal mendarat ke mukanya. " Isteri aku tak pakai tudunglah Lion! Kau keluar sekarang! " Lion dan Alara memandang satu sama lain. " Oops, my bad. " ucapnya lalu dia beredar.
" Oops.. " kedengaran suara comel Alara yang mengikut apa yang dikatakan Lion tadi.
Ayden melepaskan pelukan lalu dia mengambil shawl hitam dan menggayakan pada Naayla. Terukir senyuman manis wanita itu memandang wajah suaminya dari bawah. " My heart beats so fast right now, Naayla. Stop looking at me like that. " Walaupun dilarang namun Naayla masih tetap menatapnya sehingga Ayden selesai.
" Baby... Tengoklah mama awak ni, cakap orang miang padahal dia yang miang. Tak sedar diri. " usikan Ayden dibalas dengan cubitan pada perutnya. " Sakiti suami tu dosa tau sayang. " bertambah-tambah usikan yang diajukan.
" Dahlah miang lepastu acah-acah bad boy! Malaslah nak layan perangai poyo papa awak ni kan, baby? " perutnya diusap sambil mengutuk suaminya sendiri. Ayden berdecit seketika. " Bad boy lah ramai perempuan suka. "
" Memanglah diorang suka bad boy tapi bukan Ayd. " balas Naayla lalu dia melangkah meninggalkan Ayden di bilik sendirian. " Memanglah bukan saya dah awak yang dapat saya dulu. " ada saja balasan yang keluar dari mulutnya.
YOU ARE READING
KAISER : The Hidden King
Romance[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak mengenali Benjamins? Keluarga mafia terkuat di US dengan legasi paling mewah. Namun di sebalik keluar...