039

11.3K 664 4
                                    

KUNCI KERETA dicampak ke atas katil lalu dia mengaturkan langkah ke sebuah bilik kecil yang mempunyai sebuah sofa kulit dan papan kenyataan besar tergantung pada dinding . Raiz Affan duduk di sofa tersebut sambil berpeluk tubuh , satu persatu gambar yang terpapar di papan kenyataan itu direnung bermula daripada Jonas Benjamin , Ethan Benjamin , Ayden Kaiser , Aryan Haider sewaktu kecil dan beberapa orang yang berkait rapat dengan keluarga tersebut .

Kemudian , dia memandang pula tulisan yang terukir di bahagian atas .

Benjamins .

Tidak sangka sudah 5 tahun dia menyiasat tentang latar belakang keluarga bahaya itu . Mengikut penyiasatannya , Jonas Benjamin mempunyai dua orang anak . Ethan dan Eva , Ethan berkahwin dengan Aishah dah dikurniakan dua orang anak Ayden Kaiser dan Aryan Haider . Namun berita kematian Aryan Haider dan Aishah banyak tersebar di internet beberapa tahun lepas .

Aishah dikatakan hilang dan Aryan Haider meninggal dunia disebabkan sakit .

Kali ini , Raiz memandang pula lukisan mata yang dilukisnya . Mata seorang lelaki yang dilihat berbual bersama Ayden Kaiser semasa mereka berumur 17 tahun . Dia jugalah yang membunuh ibu bapanya tetapi siapakah dia ? Siapa pula mayat seorang wanita yang dia nampak dahulu ?

Persoalan-persoalan itulah yang selalu bermain di minda sepanjang dia menyiasat punca kemalangan keluarganya 13 tahun lalu .

Mata Raiz mengikut tali merah yang menghubungkan gambar Ayden Kaiser dan Naayla Zahra . Sepatutnya mereka berdua sudahpun menjadi pasangan suami isteri dua bulan lepas , malangnya Ayden menghilangkan diri ke US secara tiba-tiba disebabkan urusan kerja .

Jika Ayden benar-benar sayangkan gadis itu tetapi kenapa dia menghilangkan diri ?

Raiz menggeleng perlahan lalu dia menampal sekeping gambar lagi . Gambar Benjamin's Holdings dibulatkan dengan pen berwarna merah . Kemudian dia memegang proposal yang bakal dia tunjuk pada seorang lelaki esok hari .

Langkah diatur keluar lalu dia memandang bingkai gambar lama keluarganya sambil meneguk perlahan secawan jus oren .

" Iz janji Iz akan balas apa yang diorang buat dahulu . "

Serentak itu , pintu rumahnya diketuk membuatkan Raiz terus menghampiri pintu tersebut . Muncullah wajah Doktor Nazri dengan sebuah kotak bersaiz sederhana ditangan . Belum Raiz menjemputnya masuk , lelaki itu sudahpun masuk dan duduk di sebuah sofa .

" Stress je muka . Kenapa , bro ? " tanya Doktor Nazri apabila lelaki itu duduk dihadapannya . " Aku baru nak rehat ada orang datang malam-malam buta macam ni , siapa je tak stress ? " sindir Raiz dibalas dengan tawa halus Doktor Nazri .

Jari ditunding ke arah kotak tadi yang diletakkan di atas meja , " Arwah Meera bawa ni masa dekat hospital dulu , dia kata kalau ada apa-apa jadi dia suruh aku bagi kau . Aku asyik lupa , sorry bro . " Raiz mengangguk sambil mengerling ke arah isi kandungan kotak itu .

Telekung , long dress dan patung beruang yang dia pernah bagi pada Meera sewaktu dia mahu mengambil hati gadis itu dahulu  semuanya disimpan di dalam kotak itu . Patutlah selama ini dia mencari semua itu namun tiada , fikirkan Meera sudahpun buang kerana Meera agak jual mahal dahulu tetapi rupa-rupanya disimpan di hospital .

" Thank you , Nazri . " ucap Raiz .

Doktor Nazri mengangguk lalu dia merenung wajah lelaki itu , " Kau dari mana pakai macamni ? Dating ke ? " tanyanya hairan , selalunya lelaki itu jarang keluar kerana rutin hariannya cuma di pejabat dan rumah . Pelik pula malam-malam sebegini lelaki itu tampak kemas .

" Aku tolong kawan . "

" Ohh , ingatkan keluar dating . " seretak itu kaki Doktor Nazri ditendang perlahan , " Aku tak akan cari pengganti Meera tau . " dengar sahaja balasan daripada rakannya itu , keluhan terbit dimulutnya .

Bahu Raiz ditepuk , " Sampai bila kau nak hidup seorang diri macam ini ? Meera mesti nak tengok kau bahagia dengan keluarga kau sendiri . "

Namun , Raiz menggeleng lalu dia bersandar pada sofa tersebut sambil meneguk jus orennya sekali . " Kau tahu kan aku tak pernah cintakan perempuan lain selain Meera ? Biarlah dia yang jadi pertama dan terakhir dalam hidup aku . " kata Raiz , Doktor Nazri mengangguk faham . Sejak pertama kali Raiz bertemu dengan Meera lagi dia dapat nampak perasaan rakannya itu lain apatah lagi apabila mereka berkahwin , walaupun tempoh itu tidaklah lama Raiz Affan menjaga dan memberi kasih sayang secukupnya hinggalah nafas terakhir Meera .

" Aku hormat keputusan kau , Raiz . Aku singgah sini pun sebab nak bagi ni je , kalau ada apa-apa kau call aku . " kata Doktor Nazri , mereka berdua bersalaman sebelum Doktor Nazri beredar pergi .

Apabila Doktor Nazri keluar daripada rumahnya , potret dia bersama Meera sewaktu majlis perkahwinan mereka yang tergantung di ruang tamu dipandang lama .

Rindu senyuman manis itu .

JAM DITANGAN dikemaskan sebelum Raiz Affan masuk ke dalam sebuah syarikat terkemuka dihadapannya , papan tanda mewah yang terukir Benjamin's Holdings dipandang dengan senyuman sinis .

Seorang pekerja wanita menghampirinya lalu dia menunduk hormat . " Selamat datang ke Benjamin's Holdings , Encik Raiz Affan . Sila ikut saya ke pejabat Tuan Ethan . " katanya sopan lalu dia mengaturkan langkah ke sebuah lif diikuti Raiz dibelakang .

Nombor 10 ditekan , apabila pintu lif terbuka sebuah pejabat mewah dengan dinding berwarna maroon hitam menghias pandangan . Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 50-an sedang berdiri memandang pemandangan pada sebuah tingkap besar .

" Tuan Ethan , Encik Raiz sudah sampai . "

Lelaki itu menoleh ke belakang memandang Raiz Affan . Kemudian , dia memandang pekerja wanita itu sekilas . " Thanks . " katanya sekali gus pekerja tersebut beredar meninggalkan mereka berdua di situ .

Raiz menghampirinya lalu dia menghulurkan tangan untuk bersalaman . " Nice to meet you , Tuan Ethan Benjamin . " katanya dengan senyuman palsu , inilah langkah pertama untuk dia mencari siapakah manusia yang menghancurkan hidupnya itu .

" Nice to meet you too , Encik Raiz Affan . Duduklah . " balasnya lalu mereka duduk di sebuah sofa yang tersedia di dalam pejabat tersebut . Proposal yang telah disiapkan diletak di atas meja , Encik Ethan mengambil proposal itu lalu membaca setiap halaman .

" So , Encik Raiz betul nak jadi partner dalam projek Ludic Apartment ini ? " tanya Encik Ethan memandang Raiz serius . Raiz mengangguk dengan yakin , " Yes , saya faham juga konsep Ludic Apartment . Itu sebab saya tertarik dengan projek ni . " balasnya .

Encik Ethan mengangguk berkali-kali . " Ludic Apartment membawa konsep full of fun . Apa yang Encik Raiz boleh huraikan ? " Suasana di situ penuh dengan urusan kerja membuatkan Encik Ethan terus memberi perhatian sepenuhnya untuk projek terbaru itu .

" Sports , guns and martial arts . Kita boleh wujudkan ruang untuk belajar menembak dan sebagainya . Full of fun . " katanya penuh makna tersirat , dia memandang wajah Encik Ethan yang semakin tertarik dengan ideanya .

Senyuman sinis terukir sekali lagi , " Saya dengar cerita Tuan Ethan pandai menembak . " Encik Ethan tersentak lalu dia membalas pandangan anak muda yang kreatif dengan idea di hadapannya itu . " Saya belajar menembak sejak kecil , jadi saya suka dengan idea Encik Raiz . " balasnya tenang .

" Jadi , maksudnya Tuan Ethan setuju atau tidak dengan rancangan saya ? " tanya Raiz . Encik Ethan mengemaskan sutnya lalu dia berdiri menghulurkan tangan ke arah Raiz Affan .

" Setuju . "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now