SAMPAI SAHAJA di perkarangan rumah Naayla , Raiz menoleh ke arahnya . " Naayla . " panggilnya membuatkan tindakan Naayla untuk membuka pintu kereta terbatal , dia terus memandang wajah lelaki itu . Raiz berdehem seketika sebelum menyambung ayatnya .
" I'm sorry . "
Naayla hairan , kenapa Raiz Affan tiba-tiba sahaja meminta maaf ? Setahu dia tiada apa pun yang salah disini . Seketika , dia memegang dahinya . " Oh , kalau pasal ni tak apa . Tak sakit sangat pun . " kata Naayla dengan senyuman halus namun senyumannya itu pudar apabila mendapat gelengan daripada lelaki itu .
" Aku minta maaf pasal dulu . Aku tinggal kau tanpa jawapan bukan sebab aku benci kau . " akhirnya , dia boleh mengatakan maaf kepada gadis itu . Sejak hari itu , rasa bersalah asyik menyelubungi fikirannya . Terasa jahat meninggalkan Naayla sunyi hanya disebabkan Ayden Kaiser .
Naayla menunduk , " Tak apa lagipun kita kan tak matang lagi dulu . So , aku faham kalau kau tak selesa and aku tak simpan apa-apa perasaan pun sejak tu . " serentak itu senyuman terukir di bibir Raiz . " Lega sikit dengar , aku takut kalau aku sakitkan hati kau masa tu just sebab masalah aku dengan Ayden saja . " balas Raiz . Tanpa disedari semua yang dikatakan Naayla itu semuanya dusta .
Dia cuma dapat lupakan perasaannya untuk Raiz sejak dia bertemu lelaki itu bahagia bersama isterinya . Dan ya , itulah keputusan yang paling tepat . Cukuplah meletakkan harapan tinggi untuk seseorang sampai diri sendiri yang terluka .
" Aku harap kita tak kekok lah lepasni sebab kejadian itu . " kata Raiz lagi membuatkan Naayla tersenyum . " Okay , kita kosong-kosong . " katanya , Raiz ketawa halus .
" By the way , kau tak nak berbaik dengan Ayden ? " tanya Naayla namun dibalas dengan gelengan daripada lelaki itu . " Aku tak nak ada kaitan dengan dia . Cukuplah semuanya dah terbongkar , orang yang selama ni aku cari sebenarnya ada depan mata . " Naayla sekadar mengangguk , dia yakin lama-lama pasti akan ada terdetik jauh di sudut hati untuk berbaik dan kembali rapat seperti dahulu .
" Ehem , kau betul ke tak nak pergi klinik ? " Raiz menukar topik perbualan sambil memerhatikan dahi Naayla yang terkena bola keranjang tadi . " Sikit saja ni , esok dah baik . " balasnya . " Jangan masuk rumah nanti nangis pula . " usik Raiz membuatkan Naayla ketawa .
" Aku bukan budak-budak tau , Raiz . "
SEORANG LELAKI berpeluk tubuh sambil memandang dua manusia yang sedang berbual di dalam sebuah kereta berwarna putih , dia menjongketkan kening sebelah apabila memandang senyuman yang terukir di bibir mereka .
Dia semakin panas melihat perbualan yang seakan-akan mesra di sana . Oleh itu , dia terus melangkah mendekati kereta tersebut , pintu di bahagian penumpang bersebelahan pemandu dibuka lalu dia membongkok dan menahan tangannya di kerusi tersebut sambil memandang tajam wajah si pemandu .
" Are you trying to flirt her or what , Raiz Affan ? "
Si pemandu membalas pandangannya tanpa riak . " Is she yours ? " serentak itu lelaki tadi tersenyum sinis . " Yes , she is . " katanya lalu dia menarik tangan gadis itu keluar daripada kereta tersebut . Kelam-kabut gadis itu mengucapkan terima kasih sebelum Raiz memecut laju beredar .
Dia terus menepis tangan lelaki itu sambil memandangnya geram . " Kau kenapa , Ayden ? " bahu dijongketkan dengan muka tidak bersalah . " Kenapa dia yang hantar kau ? Bukan ke kau keluar dengan Aliya dan Farid ? " persoalan demi persoalan muncul dari Ayden Kaiser .
" Tak salahkan kalau ada Raiz sekali ? Dia pun kawan kita . " balas Naayla selamba , wajah Ayden semakin serius . " Okay fine but aku tak suka kau senyum macam tadi dengan dia , faham ? " serentak itu Naayla tersenyum mengusik , jari ditunding kepada wajah lelaki itu . " Eee Ayden jealous . " Baru sahaja dia ingin menarik jari milik gadis itu , jarinya sudahpun disorokkan .
" Jealous ? Me ? Never . "
Naayla masih dengan senyuman sambil dia menoleh ke belakang untuk masuk ke dalam rumahnya , tiba-tiba tangannya diraih membuatkan tubuhnya terdorong menghampiri Ayden Kaiser yang berdiri tegak . " Dahi kau kenapa merah ? " terus gadis itu menutup dahinya . " Kau jatuh ? " teka Ayden .
" Aku terkena bola . " kata Naayla , serentak itu dia ditarik masuk ke dalam rumah milik lelaki itu . Eh ? Dia ingin pulang ke rumahnya ! Masuk sahaja ke dalam rumah tersebut , Mak Siti dipanggil . " Mak Siti , Naayla cedera ! " suara Ayden dikuatkan , serentak itu Mak Siti datang menghampiri mereka berdua dengan wajah bimbang .
" Naayla kenapa ni , sayang ? " pipi Naayla dipegang olehnya sambil dahinya diperhatikan lama . " Ya Allah , Naayla okay lah . Ayden ni ha semua benda dia pandang serius . " rungutnya . Ayden duduk di sebelahnya lalu dagu ditongkatkan sambil mata memandang gadis itu .
" Aku serius sebab risau , sayang . "
Sayang ?!
Depan Mak Siti dia selamba saja panggil Naayla Zahra dengan panggilan itu ?
Dengan pantas tangan Ayden ditepuk Mak Siti , " Jangan mengada-ngada nak panggil anak dara orang sayang bagai eh , Ayd . Miang sangat ni kenapa ? " marah Mak Siti . Ayden ketawa halus melihat orang gajinya itu sudah gelabah , dia sengaja saja memanggil menggunakan nama panggilan itu . Bukannya dia panggil isteri orang pun kan ?
" Tak boleh ke ? " sengaja dia mengajukan soalan itu . Mak Siti memandangnya tajam , " Kahwin dulu baru boleh panggil macam tu , Ayd . " Ayden semakin tersenyum nakal lalu dia mengerling ke arah Naayla kembali .
Naayla seolah-olah boleh agak Ayden mahu bercakap apa terus menekup telinganya rapat . " Jomlah kahwin esok . " nampak sahaja muka gugup gadis itu Ayden sudah ketawa perlahan , suka betul dia melihat wajah takut itu .
" Ya Allah Ayd ni kan , haih . " kata Mak Siti sebelum berlalu ke dapur untuk menghidangkan minuman untuk Naayla . Maka kini hanya tinggal Naayla Zahra dan Ayden Kaiser sahaja di meja makan . " Kau kenapa cakap macam tu depan Mak Siti , buat malu je . " rungut gadis itu .
Ayden berpeluk tubuh sambil bersandar di kerusi , " Maksudnya boleh cakap macamtu kalau tak ada Mak Siti lah kan ? " usiknya lagi . " Ugh ! Malaslah aku layan kau . " kata Naayla lalu dia berjalan menuju ke sofa , matanya menangkap cincin yang terletak kemas di atas meja berhadapan televisyen lalu dia mengambil cincin tersebut .
" Cincin Mak Siti ke ? " tanya Naayla .
Lelaki itu terus menghampirinya lalu mengambil ia masuk ke dalam poket hoodie-nya .
" Yep , Mak Siti punya . "
YOU ARE READING
KAISER : The Hidden King
Romance[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak mengenali Benjamins? Keluarga mafia terkuat di US dengan legasi paling mewah. Namun di sebalik keluar...