GHS 16

4K 193 8
                                    

Pov Hana dah habis. Korg dah tau Hana suka sapa kan?

Untuk dinner bersama Tengku Aminah, Hana hanya memakai Jumpsuit warna blue black bersama t-shirt lengan pendek hitam putih. Cermin matanya tidak dipakai. Ye la tu hanya hiasan di sekolah je.

"Hana siap dah ke?" Suara Pn Hani melaung dari luar menyebabkan Hana kalut mencalitkan lip balm perisa Vanila di bibirnya. Selepas itu dia menyembur perfume jenama victoria secret. Sling bag bewarna hitam dicapai dan power bank bersama usb dicampak ke dalamnya.

Dia keluar dari bilik bersama riak tidak bersalahnya.

"Lambat!" Marah Qashah di muka pintu. Hana buat dunno dan turun bawah dengan selamba badaknya.

"Adline!!!" Jeritan Qashah menguasai bunglo milik keluatga mereka. Adline yang sudah tiba di bawah hanya gelak dan masuk ke dalam kereta Toyota Vellfire.

"Adline sampai dulu. Qashah lambat" perli Hana sebaik kelibat abang sulungnya muncul. Dia mengambil tempat di sebelah seat pemandu. Pada malam itu papa yang akan bawa kereta sebab nenda tak suka tengok ada org luar yg cuba campur tangan dalam hal urusan keluarga.

"Kamu berduai ni asyik nak bertelagah je"tegur Pn Hani yang sedang meriba Adib. Hana hanya membalas dengan sengihan manakala Qashah membalas dengan peace.

"Malam ni Raykal ada sekali dinner dengan kita" Pn Hani memulakan perbualan setelah suasana dalam.kereta agak hambar.
Hana yang sedang ralit meniknati pemandangan luar terteleng melihat Pn Hani.

"Kenapa dia ada pulak?" Soal Hana. Earplug ditelinganya ditarik keluar sebaik sahaja nama Raykal masuk.
Pertemuan dengan Raykat dia aeom terimbas kembali.

Raykal dengan Rayyan macam pernah kenal rapat? Tapi dia orang macam musuh. But macam mana Rayyan kenal Raykal?

Hana terdiam. Biarkan hatinya berbicara bersama persoalan di otaknya.

"Raykal kan kawan kamu? Dia baru balik dari New York jadi nenda ajak la makan sama sebelum dia mula sekolah dekat Golddes" Jawab Puan Hani.Adib diribaannya ditepuk2 sedikit.

"Tak salah pun kan Adline? Raykal kan kawan rapat kamu masa kita dekat NY dulu"tambah Tan Sri Farhin tanpa teragak.

'Kawan rapat sangat papa... kawan psycho macam dia'kata Hana dalam hati. Dia mula membenci Raykal selepas kes dia  diculik oleh Raykal semasa di NY dulu selepas Raykal mendapat tahu bahawa Hana akam berpindah dan meninggalkannya. Seminggu berada dalam tahanan Raykal cukup buat hidup Hana terseksa.

"Yeayyy dah sampai! Adib nak jumpa nenda!" Adib terloncat2 di atas riba Puan Hani. Hana menjeling geram ke arah adik bongsunya itu.

"Tu mula la tu nak marah2. Raykal sendiri cakap sorry dah kan? Dia bawak Hana pergi holiday tak bagitau papa dengan mama. Alah hal kecik aje Hana. Janganlah ambil hati sangat." Tegur Tan Sri Zahin. Haha holiday sangat. Raykal,lelaki yang pandai bermain kata. Sweet talker.

Pintu kereta dibuka. Seorang demi seorang keluar dari kereta. Rumah bunglo 2 kali ganda lebih besar daripada rumah keluarga Zahin dipandangnya.

Kesemua 100 orang bibik beratur menanti ketibaan tuan muda,puan muda dan cik muda mereka. Tengku Aminah menunggu di pintu utama bersama senyumannya. Di samping Tengku Aminah terdapat Raykal yang turut tersenyum manis menjemput keluarga Tan Sri Fahrin.

'Fake punya laki!' Bentak hati Hana apabila melihat senyuman fake milik Raykal. Hana,Qashah dan Adib menyalami tangan Tengku Aminah. Qashah pula beramah mesra dengan Raykal.

Hana menonong masuk dalam rumah. Bibik2 menunduk separuh apabila cik muda mereka melalui di tengah laluan antara mereka.

"Selamat datang cik muda Adline" kata mereka semua serentak. Hana hanya mengangguk dan menuju ke ruang tamu atas. Dia ingin menyambung menonoton drama School 2017.

Golddes || HighschoolWhere stories live. Discover now