Rayyan,Fawwaz,Danial dan Hadith tiba di HR Cat Cafe dimana lokasi keberadaan Chanli dan Irfan. Mereka turun dari kereta Fawwaz.
"Weih! Tu chanli dan Irfan kan?"soal Danial. Tubuh Chanli dan Irfan yang terbaring di koridor HR Cat Cafe segera didapatkan mereka. Laluan cafe sudahlah senyap mana la ada orang perasan kalau ada apa2 yang berlaku.
Mata dan tepi bibir chanli terdapat kesan lebam dan sedikit luka dengan darah yang masih mengalir. Manakala Irfan pula dahinya berdarah akibat dihentak teruk di dinding bangunan.
"Kita kena bawak dia orang ke Hospital" segera Rayyan beri arahan. Tubuh Chanli ditampung oleh Fawwaz dan Hadith manakala Irfan pula oleh Danial dan Rayyan. Segera hospital Columbia dituju oleh mereka.
Nasib baik kecederaan yang dialami oleh Chanli dan Irfan tidak serius. Cuma Irfan dikenakan 7 jahitan di dahi jendulnya. Sian irfan. #prayforirfan.
Lari peminat dia nanti lepas tgk wajah irfan yang ada kesan jahitan. Mata chanli pula meninggalkan kesan lebam yang agak ketara even orang yang berjarak 60 M dari dia pun boleh nampak.Wad persendirian itu dipenuhi dengan belalang dan cengkerik yang berleluasa. Mereka hanya diam membatu dan tidak tahu mahu cakap ape.
"Ehem ehem!" Deheman Danial buatkan semua memberi tumpuan kedapanya.
"Siapa yang buat korang jadi macam ni? " soal Danial persis seorang inspektor. Dengan kaca mata hipsternya itu siapa sahaja yang melihatnya pasti akan timbul perasaan nak tampar dia. Chanli dan Irfan salin berpandangan.
"Mind to share with us?" Sampuk Rayyan pula.
"Ermmm...tadi kita orang terjumpa dengan Azyati,Ainul and Ain. Lepastu,kebetulan dia orang nak jumpa Hana dengan Farah dekat HR Cat Cafe tu sebab nak trim bulu kucing Farah. Jadi aku dengan Chanli paksa la dia orang bawak kami jumpa dengan Hana sebab ...." tak sempat Irfan nak sambung terus disampuk oleh Rayyan.
"Nak bagitau yang aku dengan Elis tu fake? Come on dude! HR Cat Cafe tu Raykal punya memang ramai la orang dia dekat situ" bentak Rayyan.
"Ok lepastu ape jadi?" Soal Hadith pula.
"Lepastu, tiba2 Elis muncul dengan orang2 dia. Kami dah nak lari tapi sempat orang Elis tangkap and pukul aku dengan Irfan. Ruby pulak dia orang bawak lari."sambung Chanli pula. Membulat mata mereka mendengarnya.
"Kenapa kau orang tak call kita orang!! Apa guna ada telefon mahal tapi tak reti guna ke?!" Jerkah Fawwaz. Chanli Dan Irfan terdiam. Tidak pernah mereka tengok Fawwaz marah sampai macam tu.
"Fawwaz! Bawa mengucap sikit" tegur danial lalu menepuk2? belakang Fawwaz agar dia tenang. Tangan Danial ditepisnya Fawwaz.
"Kau tak faham! Farah ada dengan dia orang. apa2 boleh jadi dekat Farah sebab dia rapat dengan Hana!" Fawwaz duduk di atas kerusi yang disediakan. Dia tundukkan kepala dan merenung lantai hospital.
"Sorry Fawwaz,sebab aku semua orang terlibat. Kalau aku tau jadi macam ni aku tak akan libatkan korang dalam hal ni. Sorry guys" Rayyan memandang setiap satu wajah kawannya yang berada di dalam wad persendirian tersebut.
"Memang salah kau Rayyan. Memang salah kau. Kau jauhkan aku dari Farah ,kau buat Hana sakit hati dengan kau , Kau boleh pergi berambus la Rayyan. Aku sedih ada best friend macam kau. Sanggup kau tengok hidup orang lain musnah hanya disebabkan plan bodo kau tu. Kau terlampau yakin yang Elisha tak akan ganggu atau kacau Hana dan Ruby kalau kita tak dekat dengan dia orang but now Elis dan Raykal dah culik Ruby! Sepatutnya kita ada dengan dia orang,protect dia orang bukan jauhkan diri dari Ruby. "Fawwaz berlalu keluar dari wab tersebut tanpa memandang wajah Rayyan.
"aku pergi tengok dia" Kata Danial dan Hadith serentak. Lalu mereka berdua ikut sama kelaur dari wad tersbut dan tinggal la Rayyan,Chanli dan Irfan .
Unknown place
Hana tersedar dari pengsannya apabila wajahnya disimbah dengan air panas. Terpapar wajah Elis yang tersenyum sinis dihadapnya. Hana cuba untuk gerakkan tangannya tapi malang sudah diikat dengan kuat.
"hai you! Kenapa muka muram je ni?"Pisau ditangannya dimainkan di muka Hana. Hana sedaya upaya menggelak dari mukanya terkena pisau itu.
"Elis,lepaskan aku tolongla. Aku tak dekat dengan Rayyan pun. Aku tak kisah kalau kau nak dia sekalipun. Tolong la" rayu Hana. Elis tergelak sinis. Dia suka bila Hana merayu macam tu.
"selagi kau hidup selagi tu Rayyan tergilakan kau dengan harta kau yang bertimbun tu!"jerkah Elis lalu menolak Hana hingga terjatuh dari kerusi. Hana mangadu kesakitan. Bertambah sakit dengan mukanya yang lebam akibat ditumbuk oleh Elis semasa di Cafe tadi.
"Kau kalau nak kawan-kawan kau selamat dengar cakap aku"ugut Elis seraya lampu di ruang tersebut dinyalakan. Ruby diikat diatas dan di bawah mereka terdapat haiwan peliharaan Elis yang berisap sedia untuk menelan mangsanya. Hana terkeju melihat keadaan kawannya.
"Tolongla! Aku sanggup buat ape yang kau suruh. Jangan bunuh kawan-kawan aku. Ni hal aku dengan kau je dia orang tak terlibat" rayu Hana lagi. Elis tersenyum kemenangan.
Sorry guys pendek. Azwa baru sampai rumah malam semalam and azwa busy dengan homework T^T ingat sekolah baru homework x byk sgt ni sama macam sekolah lama huhuhuhu dengan buku teks sejarah dengan fizik tinggal dekat sekolah... tak tau la macam mana nak buat kerja T^T ok byeeee
Jangan lupa vote and comment. Kalau ada masa azwa balas comment korg ..
xoxo
YOU ARE READING
Golddes || Highschool
Teen FictionAdline Farhana, gadis biasa di luaran tapi dalam diam dia pewaris syarikat Golddes milik keluarganya. Hana terpaksa balik ke Malaysia atas sebab dia perlu belajar menguruskan syarikat Golddes. Kemunculan Hana di Golddes Highschool menjadi tanda tan...