"Aku dah balik" Doyoung membuka kasutnya lalu diletakkan atas rak kasut.
"Oh, Doyoung awal ko balik harini? " ujar Jaehyun. Dia bekerja sebagai Cikgu bahasa English di sekolah pada waktu petang . Manakala Doyoung pula hanyalah pekerja pejabat biasa. Taeil pula masih sambung belajar kerana terpaksa tangguhkan atas sebab pribadi ketika dulu.
"Bos bagi balik awal sebab dia kata dia ada hal dengan family dia" balas Doyoung.
"Mana tau bini dia tiba-tiba nak bersalin ke mana tau hahaha"
kata Jaehyun sambil bergurau . Dia memang suka buat lawak sendiri lepastu gelak"Takdenya . Dia bujang lagi lah bahalol " Doyoung membalas kata-kata Jaehyun sambil membuat muka menyampah.
"Jangan lah ambik hati aku gurau je" Jaehyun terus memeluk Doyoung ketat seketatnya.
"Woi apa ni! aku bukan kunyit lah!! " Doyoung terus meronta minta Jaehyun berhenti memeluknya.
"Aku dah balik" Taeil membuka pintu dan meletakkan kasut di dalam rak.
"Eh, Taeil awal balik?" Doyoung menoleh ke arah Taeil.
Taeil langsung tidak pertanyaan Doyoung kemudian masuk bilik lalu menghempas pintu. Bergegar satu rumah.
"kenapa Taeil tu? gaduh dengan awek ke? " Jaehyun yang masih memeluk Doyoung berasa hairan.
"Mana aku tau, aku bukan bomoh. Dah lah aku nak naik atas nak mandi " Doyoung melepaskan pelukan Jaehyun dan masuk ke dalam bilik yang berada di tingkat 2.
++++
Keesokkan harinya Doyoung bangun awal sebab dia kena bekerja shift pagi gantikan kawan sekerja yang demam.
Taeil turun tangga dengan berhati-hati. Doyoung tarik kerusi untuk Taeil.
"Taeil, jomlah sarapan sekali" Ajak Jaehyun.
"Takpelah aku dah lambat nak pergi kelas . Nanti kat kantin aku makan" Taeil hanya membalas pendek memakai kasut.
"Aku nak tanya sikit" Jaehyun berhenti makan, Doyoung juga berhenti menuang air.
"Kenapa? Aku nak cepat ni" Taeil kelam kabut sampai ikat tali kasut salah.
"Kenapa kau sejak kebelakangan ni asyik hempas pintu je setiap kali balik rumah? Terkejut kitaorang tau tengah tidur kadang-kadang" Jaehyun menyilangkan tangan kerana sedikit marah.
"Aku... mana aku hempas pintu. Merepek korang semua. Takde kerja nak rosakkan barang orang" Taeil senyum tapi Doyoung dapat mengagak sesuatu.
"Taeil, kalau ada masalah kongsi lah kat kitaorang. Lagipun kitaorang bukannya orang asing." Doyoung menepuk bahu Taeil.
" Aku.. dah lambat.. Aku pergi dulu.. " Taeil mengalihkan tangan Doyoung dan keluar tanpa ucap selamat tinggal.
"Jaehyun, Lebih baik buat masa sekarang ni jangan kacau Taeil. Mana tau dia stress pasal assignment ke? "
"Urmm.. betul juga " Jaehyun tidak memikirkan tentang perkara lain . Mungkin abangnya cuma penat dan stress kerana banyak kerja perlua dilakukan.
++++
"Hai , masuk awal harini?"
Kim Yujin atau dipanggil Yujin, sebenarnya menganjing Taeil sebab datang lambat adalah kawan sekelas dan 'teman istimewa'."Abang rasa tak sihatlah hari ni. Sebab buat assignment kot." Taeil berpura-pura urut leher untuk tarik perhatian Yujin.
"Dah urut guna minyak angin? "
Yujin menolong mengurut badannya. Taeil tersenyum kerana Yujin tertipu."Aigoo! Sepatutnya minta tolong Doyoung atau Jaehyun minta urutkan belakang! " Yujin mengurut sambil marah. Taeil mengerang kesakitan kerana dipukul.
"Dua pasangan sama cantik sama padan dah sampai! " Taeyong, kawan kepada Taeil dan selalu datang lambat sehingga mendapat gelaran 'Raja datang lambat'.
"Taeyong, Kalau mulut kau kena selotip jangan salahkan aku"
Taeil memuncungkan mulut."Weh Taeil, nanti nak pinjam ps4 Doyoung" Taeyong tiba-tiba melutut didepan Taeil. Terkejut satu kelas dengan tidakan dia.
"Pergilah minta kat dia sendiri!" Taeil memarahinya sebab dia langsung takde mood hari itu.
"Jangan marah nanti cepat tua" kata Yujin kepada Taeil.
"Okay... okay abang tak marah lagi" kata Taeil sambil mengurut dadanya.
"Pensyarah dah masuk" Taeyong duduk di kerusi dengan senyap.
++++
Waktu kerjanya telah habis dan rakan sekerja telah datang untuk sambung shift seterusnya.
Doyoung keluar dari tempat kerja tanpa menyedari sesuatu yang penting telah tercicir.
"Anak! Tunggu dulu!"
Kelihatan seorang wanita separuh abad melambai-melambai tangan pada Doyoung.
Doyoung menoleh ke belakang dan menghiraukan namun wanita itu masih lagi memanggil.
"Anak, tunggu dulu!"
Langkah Doyoung terus terhenti dan wanita separuh abad itu terus datang mendekatinya.
"Ya makcik nak apa?" Tanya Doyoung lembut dan sopan.
"Dompet kamu tadi terjatuh" Kata wanita separuh abad itu.
Selepas mendengar ayat yang keluar dari mulut wanita itu, Doyoung memeriksa baju dan seluarnya.
Sah.. memang terjatuh.
Doyoung terus mengambil dompet itu dari tangan wanita itu dan Doyoung mengucapkan terima kasih kepada wanita itu .
"Makcik daripada mana? Tak pernah nampak makcik pun kat sini" Doyoung cuba meramah mesra kepada wanita itu .
"Makcik daripada Busan"
"Disebabkan saya rasa terhutang budi saya nak belanja makcik minum boleh? "
"Kamu macam pelajar . Makcik rasa keberatan pula" Balas wanita itu sambil tersenyum .
"Eh, tak makcik, saya dah bekerja" Doyoung tersengih seperti kerang busuk.
"Kalau itu yang kamu nak Makcik tak kisah"
Starkbuck Cafe
"Makcik orang sini atau datang sini ? " Doyoung menghirup airnya sedikit demi sedikit.
"Makcik datang nak jenguk anak cucu" Balas wanita itu yang mesra dipanggil Puan Ma sambil menikmati kopi suam.
"Diorang semua tinggal kat mana? " Doyoung meminum air lagi sehingga terkena gigi ngilu.
"Makcik pun baru nak cari lokasi rumah mereka. Makcik ada minta tolong dengan orang awam" Balas Puan Ma dengan lembut.
Sesiapa yang dengar tentu cair dengan suaranya yang lembut.
Setelah lama mereka berbual. Puan Ma meminta diri untuk pergi ke rumah anaknya. Begitu juga dengan Doyoung yang perlu balik ke rumah.
+TBC+
Note : Cerita ni pernah diterbitkan dulu tapi aku unpublish sebab ada masalah.
Aku tak kisah pasal vote tapi komen lah sesuatu, aku rasa bosan tengok orang baca tapi tak meriah pun sebab takde komen-komen
YOU ARE READING
Without You | 견딜만해 | Moon Taeil
FanfictionMoon Taeil, Kim Dongyoung dan Jung Yoon Oh adalah adik-beradik berlainan bapa. Walaupun begitu, mereka sangat rapat seperti isi dengan kuku dan tidak mahu berpisah. Segalanya normal sehinggalah Taeil mula berkelakuan aneh dan jadi pendiam. Hal itu...