Setelah beberapa bulan berlalu, pergi checkup berkali-kali untuk pastikan kesihatan anak dan ibu sentiasa dalam keadaan baik.
Yujin yang telah sarat terbangun dari tidur pada pukul 5pagi kerana rasakan sakit pada perut.
Dia cuba mengejutkan Taeil yang masih lagi tidur disebelah.
"Abang bangunlah. Perut Yujin sakit" Yujin memukul tangan Taeil dan tak berjaya. Taeil tarik selimut selubung satu badan.
Yujin mengendahkan rasa sakit dan sambung tidur semula.
Tiba-tiba dia merasakan kontrasi serta sesak nafas, Yujin menjangkakan dia akan bersalin pada pagi itu juga.
"Abang, bangunlah saya nak bersalin ni!" Yujin menampar pipi suaminya dengan kuat dengan harapan Taeil bangun daripada alam mimpi.
"Kenapa? " Taeil bangun daripada tidurnya tapi masih mamai.
"Saya nak bersalin!! " Yujin menjerit dengan kuat.
"Bersalin? Esok jelah" balas Taeil yang sedang mamai kemudian menyambung tidurnya balik.
"MOON TAEIL!! " Yujin menampar kedua belah pipinya membuatkan dia serta-merta tersedar daripada mamainya.
"Kenapa basah ni ? Awak kencing eh? " Taeil merasakan katil basah dengan cairan. Yujin menahan sakit tapi masih lagi ada tenaga untuk memukul Taeil.
"Itu air ketuban bocor lah! " Yujin menangis kerana tidak dapat menahan kesakitan.
Taeil terus bangun dari katil dan dengan kelam-kabut kemaskan apa yang patut dan hantar Yujin ke hospital pada pagi itu.
"Tarik nafas dalam-dalam ya sayang. Kita mungkin dapat sampai dengan kelajuan ni " Kata Taeil yang sedang memandu secara berbahaya.
Memanglah masih gelap lagi tapi bagaimana kalau tiba-tiba ada kenderaan lalu dan tak sempat tekan brek?
"Kau nak aku mati ke apa bawa bahaya macamni?! " Yujin menarik nafasnya dalam-dalam lalu hembus . Dia lakukan ia berulang-ulang kali.
"Kejap lagi kita sampai" Taeil membelok ke belah kanan dan masuk kawasan Hospital.
Sampai sahaja di hospital.
Taeil terus mengangkat Yujin meletaknya di kerusi roda.
Jururawat terus membawanya masuk ke dalam bilik bersalin.Taeil juga ada disampingnya ketika sedang bertarung melahirkan zuriat.
"Sikit lagi puan" Ujar doktor yang menyambut bayi mereka. Manakala Taeil genggam tangan Yujin dengan kuat sambil mengelap peluh muka isterinya.
"Awak kena tahan sikit lagi tau. Anak kita dah nak lahir ni. Dia tak sabar nak jumpa omma dia" Taeil memberi kata-kata semangat.
"Tahniah puan. Puan dapat anak lelaki" Ujar doktor yang menyambut kelahiran anak mereka berdua.
Taeil diberi peluang untuk potong tali pusat anak lelakinya.
Walaupun tangan dia menggetar. Dia lakukan juga."Anak appa tahan sikit ya.
Appa nak potong tali pusat ni"Yujin tersenyum melihat bayinya selamat dilahirkan dan matanya perlahan-lahan mahu tertutup.
"Puan jangan tutup mata! " jururawat menampar lembut pipinya supaya Yujin tidak tidur.
++++
"Maaf datang lambat sebab aku terikat dengan kerja" Ujar Doyoung yang termengah-mengah setelah penat berlari dari tingkat satu sampai 3.
"Takpe, ambil udara dulu lagipun Doktor tengah check anak aku" balas Taeil.
"Mesti dia penat" Ujar Doyoung sambil memandang wajah Yujin yang sedang tidur.
YOU ARE READING
Without You | 견딜만해 | Moon Taeil
Fiksi PenggemarMoon Taeil, Kim Dongyoung dan Jung Yoon Oh adalah adik-beradik berlainan bapa. Walaupun begitu, mereka sangat rapat seperti isi dengan kuku dan tidak mahu berpisah. Segalanya normal sehinggalah Taeil mula berkelakuan aneh dan jadi pendiam. Hal itu...