Ep4

213 23 19
                                    

Koeun Highschool.

"Bangun~ Selamat petang Cikgu Yoon Oh" Ketua kelas bernama Renjun bangun dan diikuti murid yang lain.

"Selamat petang Cikgu Yoon Oh"
ujar murid yang lain.

"Selamat petang murid-murid. Kamu semua boleh duduk" balas Jaehyun.

"Cikgu! Kenapa Cikgu macam letih je? " tanya seorang muridnya iaitu Chenle.

"Huh? Kemarin Cikgu main futsal dengan kawan" balas Jaehyun kepada muridnya.

"Cikgu dah kahwin belum?. " tanya muridnya yang bernama Sorn. Pelajar yang berasal dari Thailand

"Cikgu belum kahwin lagi . Awek pun takde" balas Jaehyun kepada Sorn.

"Kenapa cikgu tak couple? " muridnya yang bernama Jaemin pula soal.

"Sebab Cikgu tak sedia lagi nak bercinta" Jaehyun menulis nota di atas papan putih.

"Ke Cikgu kena friendzone? " Jisung ketawa diikuti satu kelasnya.

"Dari zaman belajar lagi Cikgu takde awek" Jaehyun mula malas nak jawab soalan muridnya.

"Cikgu betul ni taknak couple? " tanya Mark .

"Ada jodoh couple lepastu naik ke jinjang pelamin" balas Jaehyun.

"Cikgu, Saya ada kakak! " kata Haechan.

"Minta maaflah Cikgu tak berminat"

"Cikgu belum tengok Cikgu belum tahu! " kata Haechan bersungguh -sungguh .

"Minta maaflah Cikgu memang tak berminat dan sekarang salin semua kat papan ni " Jaehyun menyuruh muridnya membuat kerja.

"Cikgu! "

"Ya Jeno. Ada apa lagi? "

"Kerja semalam nak kena hantar ke? " Jeno menunjukkan buku nota .

"LEE JENO!! " satu kelas memarahinya.

"Ha! Bagus pun kamu ingatkan. Letakkan di atas meja Cikgu sekarang " arah Jaehyun.

Semua murid meletakkan kerja sekolah di atas mejanya sambil menjeling ke arah Jeno.

Habislah kau Jeno ~

++++

Doyoung menaip papan kekunci dengan laju. Masih banyak lagi kerja yang belum selesai. Dia mengerling ke arah jam, hampir masuk waktu rehat.

Doyoung sambung kerja dan telefon berbunyi menandakan ada orang menghubungi.

Dia berhenti menaip dan menjawab panggilan.

"Doyoung ni aku, Kun"
Kun memulakan perbualan.

"Ada apa call aku?" Doyoung melihat jam di tangan. Sudah masuk waktu rehat

"Jom pergi lepak 7e ada benda nak borak" balas Kun.

"Okaylah, dah masuk waktu rehat aku ni " balas Doyoung lalu mematikan panggilan serta mengambil beg dan turun tangga.

++++

7eleven

"Apa benda yang ko nak cakap kat sini? " Kata Doyoung kepada Kun sebaik sahaja dia masuk  ke dalam 7e. Kun menghulur Koreano Coffee kepada Doyoung.

"Ko kenal Lalisa? " tanya Kun menginginkan kepastian.

"Lalisa? Hmm... Adik Ten Chittaphon tu ke? "

"Ko tau tak? Dia dah koma 3 bulan?! " Kun tercakap kuat dan semua orang dalam 7e terus pandang.

"Woi agak-agaklah ko ni"  Doyoung memarahinya serta memukul tangan Kun perlahan .

"Semoga penumbuk aku harini tak terlepas" Doyoung sudah mengepal tangan dan tinggal tunggu masa dilancarkan .

"Hehehe" Kun menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ada kutuk lah kot.

"Macamana dia boleh koma? Dia sakit apa? Ke orang langgar dia? " Tanya Doyoung bertubi-tubi. Bahkan lebih laju dari rap Eminem .

"Ten cakap Lalisa kena langgar depan mata dia" balas Kun sambil meminum Chino Coffee.

"Habistu orang yang langgar dia macamana? dah kena tangkap ke?" Tanya Doyoung cemas.

"Belum ditangkap lagi" balas Kun mengeluh.

"Kesiannya Ten . Selalu aku tengok dia happy je dengan Jaehyun sekali kat belakang Aduh!! Takleh lah cerita sedih nanti keluar airmata jantan"

"Ko rasa Jaehyun tau tak? " tanya Kun.

"Mana aku tahu, aku cuma adik dia je bukan boleh baca fikiran orang " balas Doyoung sambil mengunyah biskut Win2x.

"Rehat aku sekejap jelah. Harap kita berjumpa lagi" Doyoung peluk Kun dan melangkah keluar.

++++

Hospital besar Seoul.

"Taeil, betul ke kamu taknak bagitau adik-beradik kamu? "

"Saya mohon tolonglah jangan bagitau adik-beradik pasal penyakit saya " Taeil merayu kepada Doktor Youngho sampai menangis dengan teruk.

"Saya bukannya apa takkan dah teruk baru nak bagitau ?" Doktor Youngho begitu risau tentang keadaan Taeil.

"Saya taknak susahkan diorang"

"Diorang berhak tau juga. Kamu tau tak penyakit kamu ni boleh bawa maut?! " Doktor Youngho tidak pernah memarahi pesakit sebelum ini tapi Taeil sangat-sangat degil.

"Saya akan makan ubat secara teratur"

"Saya taktau nak cakap apa dengan kamu ni! " Doktor Youngho sudah penat menasihati Taeil.

"Moon Taeil" Panggil  jururawat di farmasi.

"Ini ubatnya. Kalau ubat dah habis datang ke farmasi bawa surat ni dan kamu kena datang perjumpaan dengan Doktor Youngho" Jururawat menunjuk jenis ubat yang dia perlu makan .

"Baiklah nurse " Taeil membayar ubat dan Yujin mendekatinya.

"Apa doktor cakap tadi?"

"Doktor cakap abang cuma penat je makan ubat nanti sihatlah" Taeil senyum kelat dan mencubit pipi Yujin.

"Eh banyaknya ubat?" Soal Yujin hairan.

"Nak sihat kena makan banyak ubat kalau tidak macamana nak naik pelamin dengan Yujin nanti" Taeil bergurau dan picit hidung Yujin pula.

++++

Universiti. 

"Yujin, Apa tajuk projek kita? " Winwin cuba mengingat tapi dia terminum semut tadi pagi .

"Aku tak ingatlah tanyalah Yuta" balas Yujin.

"Sikit-sikit lupa . Nanti dah kahwin dengan Taeil tu anak dalam kereta pun ko boleh lupa" Winwin meletakkan tangan di bahu.

Yujin hanya menjeling ke arah Winwin.

"Yuta, apa tajuk projek kita? " tanya Winwin kepada Yuta sambil mengedik.

"Aku pun tak ingat shuh-" Yuta menolak Winwin pergi jauh.

"Jom lepak" Taeyong membuka mulut.

"Ko tak nampak ke kitaorang tengah sibuk buat kerja ni" balas Taeil.

"Kalau tak boleh aku pergi dengan Amber" Taeyong mengacah.

"Pergilah" Taeil menarik nafas sebentar.

"Betul ni tak kisah? "

"Pergilah aku tengah siapkan kerja ni"

"Kalau camtu aku pergi dulu lah" Taeyong pergi mengambil jaket kemudian keluar dari bilik.

"Apa-apa jelah budak tu" ujar Taeil.

"Arghh..." Taeil memegang dada dan berlari ke tandas yang berdekatan.

"Nak pergi mana tu? " Yujin berhenti membuat kerja.

-TBC

Without You | 견딜만해 | Moon Taeil Where stories live. Discover now