Kini usia perkahwinan Taeil hampir menginjak 3 tahun.
Dia amat menyayangi Kim Yujin, bukan saja sebagai isteri yang menjaga makan minum.
Yujin juga adalah kawan dan pendengar setia. Yujin pernah hampir membunuh diri ketika mendapat tahu dia keguguran anak pertama ketika usia kandungan baru mencecah 4bulan.
Taeil sentiasa memujuk dan mengingatkan Yujin supaya menerima hakikat bahawa anak mereka telah berada di syurga.
Taeil tahu, Yujin sukar untuk terima kerana dia yang mengandung.
Namun semuanya telah berlalu. Yujin dan Taeil sangat bahagia walaupun tidak kaya.
Hampir seminggu Yujin mengalami muntah-muntah dan loya yang luar biasa. Dia juga memilih makanan dan alah dengan bau.
Taeil yang risau terus dengan keadan Yujin ke hospital takut apa-apa terjadi.
Semasa hendak bersiap-siap pergi ke hospital. Yujin tiba-tiba pengsan dan Taeil terpaksa dukung.
"Encik Moon, tahniah. Awak bakal menjadi seorang bapa tak lama lagi" Ujar Doktor setelah membuat pemeriksaan terhadap Yujin.
Taeil tergaman dengar penjelasan doktor.
"Ap-apa doktor? Sebut lagi boleh tak? "
"Tahniah, awak bakal menjadi bapa. Kandungan isteri awak berusia 2 bulan"
Taeil tak dapat berkata apa-apa. Dia terlalu terkejut dengan berita ini.
"Terima kasih tuhan.. " Taeil terduduk dan menangis kerana terlalu gembira.
"Jika tiada apa-apa lagi, saya nak keluar " Doktor itu memegang bahu Taeil dan keluar dari bilik yang menempatkan Yujin.
Taeil bangun dan duduk disebelah Yujin yang masih lagi belum sedar.
Taeil mengenggam tangan Yujin dan cium berkali-kali sehingga Yujin tersedar.
"Abang, saya kat mana ni? " Yujin mengerlingkan mata kerana silau.
"Awak kat hospital sekarang ni. Dan selamat datang ahli keluarga baru" Taeil mengecup dahi Yujin.
Yujin tidak faham dengan kata-kata Taeil sehinggalah beberapa minit kemudian."Ssa-saya mengandung? " Yujin memegang perutnya yang masih lagi kempis tapi sudah ada isi.
"Ya, dah 2 bulan. Doktor cakap anak kita sihat"
Yujin tergamam, dia menangis teresak-esak tidak lama kemudian. Taeil memeluk dan menepuk bahunya supaya bertenang.
"Om-omma akan jaga kamu sebaik mungkin" Ujar Yujin sambil mengusap-usap perut.
Taeil turut letakkan tangan ni perut Yujin.
"Annyeong anak appa. Agak-agaknya muka dia ikut siapa? Omma atau appa?"Yujin pukul tangan Taeil perlahan-lahan.
"Baru dua bulan kot. Tapi saya tak kisah dia ikut siapa. Tapi lagi bagus dia ikut muka appa dia. Nanti takdelah orang gossip saya curang ke apa"
"Sampai ke situ pula awak. Jangan lupa rehat banyak-banyak. Kerja rumah biar saya buat, awak baring je sepanjang hari"
"Awak kan kerja? Takkan nak ponteng?"
"Alohhhh, biarlah"
"Takleh, awak kena kerja juga! "
++++
"Kau dengan Jennie macamana ?" Taeil menelefon Jaehyun untuk menghilangkan rasa bosan di malam hari.
"Okay je. Kenapa call ni? " Balas Jaehyun sambil menanda kerja rumah pelajarnya.
Ehem-ehem. Sebenarnya Jaehyun dah berkahwin dengan Kim Jennie setahun yang lepas.
Cikgu yang selalu gantikan Jaehyun kalau ada hal. Tak sangka dua-dua boleh tersangkut.
"Takde apa-apa. Aku cuma nak bagitahu berita gembira je" Taeil berkias sikit.
"Berita gembira apa?" Jaehyun hanya dapat agak samada Taeil dinaikkan pangkat atau sesuatu.
"Aku bakal jadi appa! A DOUBLE P A ! "
"Ouh? Congrats, chukahae.
WAIT WHAT?!" Jaehyun menyedari tak lama kemudian dan terkejut sehingga mulut terbuka lebar.Jaehyun letakkan telefon dimeja dan mula menjerit seperti dikejar angsa.
"Pahal menjerit macam beruk? Beruk pun lagi senonoh dari kau" Ujar Doyoung yang tak senang tengok tv.
"Ki..kita nak jadi..pakcik.. " balas Jaehyun yang tercungap-cungap .
"MWO??!? " kali ni Doyoung pula yang menjerit macam beruk. Bahkan lebih teruk, mungkin dah termasuk gangguan sakit jiwa.
"Tadi kata aku macam beruk. Dia pula yang macam orang hospital tanjung rambutan terlepas" Bisik hati Jaehyun.
Jennie keluar dari bilik dan mengikat rambut. Cermin mata dipakai.
"Chagi, kenapa bising-bising? Saya terus terbangun . Dengan Doyoung oppa terjerit-jerit macam babun terlepas" Jennie perlahan-lahan turun tangga dan datang ke Jaehyun.
"Takde apa-apa, cuma kita bakal jadi Makcik & Pakcik" Doyoung senyum nakal kepada Jaehyun dan Jennie.
"Apahal? Muka nak kena tampar ke sampai senyum camtu?" Soal Jaehyun yang perasan muka Doyoung.
"Bila korang berdua nak bagi aku anak buah pula? "
"KIM LAHANAT DONGYOUNG!!!"
++++
Ketika kandungannya mencecah beberapa bulan. Yujin memesan semua makanan mesti tiga bungkus.
Taeil tidak kisah dengan permintaan Yujin walaupun kadang-kadang pelik .
Apa patut dia mengidam nak nasi lemak kapal angkasawan?
Kimchi terlampau masin Taeyong?
Telur rebus bertukar goreng Yuta?
Tapi Yujin takkan paksa Taeil kerana ianya terlalu menyusahkan. Dia cuma minta nasi goreng buatan suami je.
"Abang harap anak kita lelaki ke perempuan?" Tanya Yujin ketika menonton televisyen sambil mengusap perut yang makin membesar dari hari ke hari.
"Tak kisah lah jantina apa asalkan dia sihat " Taeil menyandar pada bahu Yujin.
"Abang tak kisah ke dengan Yujin sebab dah gemuk? " Yujin berhenti mengunyah kerepek kentang jenama Baring's (Lay's)
"Yujin kan mengandungkan zuriat abang. Mana mungkin abang cari perempuan lain. Dalam hati abang cuma ada Yujin je" Taeil mencubit pipi Yujin.
"Setahu Yujin dalam hati cuma ada toksik je. Itu cikgu sains Yujin yang cakap masa sekolah"
"Tak tahu ke ayat sawit sekarang ni? " Taeil memuncungkan mulut kerana Yujin tidak tahu trend terkini.
"Nak kena cium ke? " Yujin menjeling tajam.
"Boleh juga" Taeil senyum gatal.
"Taknaklah. Mulut abang macam mulut makcik bawang krt" Yujin susah payah bangun dari sofa menuju ke bilik tidur.
"Abang cuma makan makan je. Mulut abang tak suka bergosip" Taeil tutup tv dan kejar Yujin.
-TBC
panjangnya aku tulis 😂😂
YOU ARE READING
Without You | 견딜만해 | Moon Taeil
FanfictionMoon Taeil, Kim Dongyoung dan Jung Yoon Oh adalah adik-beradik berlainan bapa. Walaupun begitu, mereka sangat rapat seperti isi dengan kuku dan tidak mahu berpisah. Segalanya normal sehinggalah Taeil mula berkelakuan aneh dan jadi pendiam. Hal itu...