Ep3

229 22 4
                                    

"Abang, nak main dengan Lisa tak? "

"Lalisa, hati-hati main!"

"Marilah main dengan Lisa!"

"Lalisa!! hati-hati!! Ada kenderaan kat belakang!"

Ten terbangun dan memegang dada. Dia cuba mengingat kembali mimpinya.

"Aku mimpi yang sama lagi.."

Ten bangun daripada katil dan mencapai tuala kemudian mandi. Dia perlu bersiap-siap untuk pergi ke satu tempat.

Setelah segalanya selesai. Ten menghubungi seorang rakan menjadi peneman.

"Hello Qian kun bin Qian di sini . Ada apa boleh saya bantu?"

"Kun, boleh temankan aku tak?"

"Ini siapa?"

"ini Ten lah tak guna! Takkan dah lupa?! "

"Sorry my friend! Sorry lah wei. Aku ni pelupa anemia, insommia, mysophobia, semuanya aku ada! " Kun memulakan borak yang aneh-aneh . Ten membuat muka pelik.

"Temankan aku jap boleh?"

"Gi mane? " tanya Kun.

"Pergi hospital"

"Buat apa kat sana? "Banyak soal pula mamat chino ni.

"Ko dah lupa ke? " Soal Ten yang mendengus geram.

"Jap aku ingat balik. Melawat adik ko kan? " Teka Kun dengan betul.

"Kau ni kena makan banyak kismis betul lah" ujar Ten yang asyik melihat jam di tangan.

"Ko tunggu kat luar aku pergi siap-siap dulu" ujar Kun.

"Ko pergi hospital tak payah hipster sangat bukannya nak ngorat awek pun"

"Hmmm.. Yelah tunggu tau! "

Kun meletakkan telefonnya di atas meja dan mandi.

++++

"Weh lama lagi ke weh? " soal Kun kepada Ten .

"Kejap lagi sampailah sabar sikit" Balas Ten yang sedang fokus memandu . Tak mahulah hilang duit nanti .

"Panas giler lah harini. Apasal ko tak buka aircond? " tangan nakal Kun mula menyentuh radio.

"Aircond rosak dan lagi satu jangan suka suka hati pegang benda kat sini macam milik mak bapak ko punya" ceramah panjang Ten.

"Yelah aku tak sentuh apa-apa" ujar Kun yang mula duduk diam.

"Hah , Dah sampai pun" Ten mematikan enjin kereta.

"Dah sampai? " Kun menggosok-gosok dulu matanya kerana baru bangun dari tido.

"Tido rupanya patutlah tak dengar suara ko dari tadi" perli
Ten.

"Diamlah . Orang dah temankan datang sini pun perli lagi" Kun membuat muka seposen di depan Ten dan malangnya dia langsung tak kisah dengan apa yang Kun buat.

"Kita nak naik tingkat berapa ni?" mereka berdua masuk lif.

"tingkat 7" Ten menekan butang bernombor 7 .

"Okay dah sampai sila keluar tuan-tuan dan puan" Kun tiba-tiba jadi pramugara dan Ten terus meninggalkannya di belakang.

"Ten!! Tunggulah kawan hang yang cute ni!! " Kun terjerit dan ditegur seorang jururawat di hospital itu.

"Adik, Kat sini hospital jangan buat bising" tegur jururawat itu.

"Padan muka" kata Ten sambil menjelirkan lidah dan tunjuk tanda bagus ke arah Kun.

"Sampai hati awuk "

"Kita dah sampai bilik adik aku. Jangan buat bising" ujar Ten kepada Kun.

Kun memasuki bilik itu.
Tertulis bilik vvip di pintu.
dan Kun lihat satu tubuh badan yang berbaring lemah diatas katil.

"Ten.. Ni ke adik ko tu? ..'" Kun menghampiri katil.

"Nama dia Lalisa. Umur dia baru 14 tahun" Ten duduk disebelah Lalisa dan menggenggam tangannya.

"Macamana boleh jadi macamni? "

"Dia kena langgar, masa tu dia ajak aku main tapi.. aku taktahu sama ada itu kereta atau lori sebab aku sibuk nak selamatkan dia tapi tak sempat.  Dia kena langgar depan mata aku.

Dah 3 bulan dia terlantar kat sini dan pihak polis sampai sekarang tak dapat tangkap suspek." Sedikit demi sedikit air mata Ten jatuh ke lantai.

"Aku tumpang sedih"

"Terima kasih sebab ambil berat" Ten memegang tangan Kun.

"Kita ni kan kawan. Kawan mesti tolong kawan" balas Kun.

Ten senyum mendengarnya. Andai waktu dapat diputarkan semula. Dia mahu dirinya yang dilanggar bukan adiknya.

Ten mengesat airmata yang mengalir. Kun menghulurkan tisu kepada Ten.

"Boleh tak aku pegang tangan adik kau dan borak dengan dia? " Kun menghulurkan satu lagi tisu.
"Boleh" Ten membersihkan hingus yang terkeluar semasa dia menangis tadi.

Ten memberi ruang kepada Kun untuk mendekati Lalisa.

"Hai, nama abang, Kun. Abang doakan awak cepat sembuh dan dapat peluk abang awak nanti" Kun pegang tangan Lalisa dengan perlahan. Kun merasakan sesuatu yang pelik namun dia menghiraukan.

"Terima kasih sebab temankan aku melawat Lalisa. Sebenarnya boleh je aku datang seorang diri tapi entahlah. Aku dah pesan awal-awal lagi dekat kau" Ten memasukkan tangan dalam poket jaketnya. Kun memeluk Ten secara tiba-tiba.

"Aku harap Lalisa cepat sembuh semula"

-TBC

Without You | 견딜만해 | Moon Taeil Where stories live. Discover now