Ep14

145 15 1
                                    

"Abang kena janji dengan Lalisa . Kalau jadi apa-apa kat adik . Abang jangan menangis..."

Ten tersedar daripada tidurnya.
Seperti tanda sesuatu bakal berlaku

Dia mahu kembali tidur tetapi seperti sesuatu telah menghalangnya .

"Kenapa aku mimpi adik ni? . Harap takde apa-apa yang buruk akan berlaku " Ten melihat waktu di telefon bimbitnya.

Dia terbangun pada pukul 3 pagi.

                         

"Okay tak ni? " Tanya Kun cemas lepas tengok muka Ten agak pucat.

"Aku okay.. " Ten menguap kerana tak cukup tidur .

"Ko nak pergi hospital ke? " tanya Kun kepadanya.

"Aku asyik pergi je . Kelas pon aku ponteng" balas Ten sedang dengar penerangan pensyarah.

"Takpe aku boleh tolong " Kun menepuk bahu Ten.

"Aku tak boleh pergi kerap sangat.." balas Ten sambil tampar muka bagi segar balik.

"Ko dah nak habis belajar dah ni rugilah kalau ko berhenti."

"Aku tau" Balas Ten acuh tak acuh.

 
++++

Hospital besar Seoul. 

"Jaehyun, siapa je yan--"

"Tahu-- "

"Aku masuk hospital!!?" setiap kali Taeil tanya soalan . 
Jaehyun sumbat bubur ke mulut .

Mana tak berang si Taeil tu. Asyik kena sumbat je. Tak bagi peluang nak cakap langsung.

"Kawan ko, pelajar aku dengan Doyoung je" balas Jaehyun sambil bersihkan meja selepas menyuap Taeil makan.

"Asal student ko boleh tau?? "

"Sukahati aku lah" Jaehyun merenjis air ke muka Taeil.

"Dasar kurang asam anak Jung ni" Taeil lap mukanya .

"Korang berdua jaga aku bergilir-gilir ke? " SoalTaeil selepas habis lap muka.

"Haah" balas Jaehyun.

"Tak payah lah . Rasanya aku boleh jaga diri aku" kata Taeil dengan nada acah acah angkuh gitu.

"Ko cakap rasanya. Nanti macam hari tu lagi" kata Jaehyun mengingatkan tentang dia pengsan itu.

"Aku tengah risaukan kelas aku ni" Muncul benda tak elok fikiran Taeil.

"Apasal?" Jaehyun malas nak layan Taeil.

"Tahun ni aku dah boleh habis belajar . Aku taknak sambung tahun depan"  Taeil memukul dadanya perlahan.

Jaehyun beri air mineral dan ubat.

"Jangan risau . Ko mesti boleh habis belajar punya " Jaehyun memberi semangat.
               
 
  ++++

Hansol masuk bilik yang menempatkan Lalisa untuk memeriksa keadaannya.

Semasa dia memeriksa keadaan Lalisa . Tiba-tiba alat denyutan jantungnya berbunyi.

Dia kelam-kabut mencari Doktor Bambam .

"Buat cpr kat dia! " arah Doktor Bambam sambil memeriksa bantuan oksigen Lalisa.

"Doktor! Dia semakin lemah! " Hansol sedaya upaya melakukan cpr terhadap Lalisa.

Tetapi semuanya telah terlambat... Lalisa telah disahkan meninggal dunia.

"Waktu kematian adalah 3.46 petang" Doktor Bambam segera menutup badan Lalisa dengan selimut.

Hansol disebelahnya sibuk mencatat tarikh kematian.
  

"Dah lama aku tak letak bunga mawar kat bilik Lalisa.  Mesti dia suka bunga ni" Ujar ten yang teruja. Sejambak bunga mawar yang dibelinya dipegang erat.

Ketika Ten sedang membelek-belek bunga Mawar itu . Dia nampak Doktor Bambam dan Hansol mengusung sebuah katil di atasnya ada sekujur jasad ditutup kain putih keluar daripada bilik Lalisa.

Ten terus berlari ke arah mereka.

Bunga mawar yang dipegangnya dibiarkan jatuh .

"Dok..doktor.. jangan cakap.. ni.. " Ten menyelak kain putih menutupi jasad itu.

Doktor Bambam hanya sekadar mengangguk sahaja. 
Dia berat hati mahu bagitahu Ten dan keluarganya.

Nampaknya Ten datang pada waktu yang tepat.

Ten tergamam selepas menyelak kain itu.

Adiknya iaitu Lalisa sudah menghembus nafasnya yang terakhir tanpa dia ada disisi.

"Kenapa adik meninggal tak tunggu abang?! " Ten memeluk tubuh kaku itu. Dia menjerit dan menangis semahunya.

"Ten, Aku harap ko tabah " Hansol menepuk badan Ten supaya bersabar.

Ten merasakan separuh semangat hidupnya sedang terbang keluar dari tubuhnya .

                     
++++

"moominsaranghae online"

"moominsaranghae typing.. "

moominsaranghae
cikgu, harini sorn tak masuk kelas.

"casper typing.. "

casper
kenapa dia tak datang kelas?

"moominsaranghae typing.. "

moomingsaranghae
taktau.

"casper typing... "

casper
takpelah, terima kasih sebab maklumkan ketidakhadiran dia.

"moominsaranghae typing.. "

moominsaranghae
sama-sama 💝

"moominsaranghae offline"

-TBC

Without You | 견딜만해 | Moon Taeil Where stories live. Discover now