Jaehyun berlari laju ke bilik pembedahan. Sampai sahaja di bilik pembedahan semuanya masih lagi tidur dan doktor juga masih didalam bilik pembedahan.
Jaehyun mengeluh penat dan duduk disebelah Doyoung yang sedang mengigau.
"Apa kena dengan abang aku ni" Jaehyun menggeleng kepala dan sesekali merenung ke arah bilik pembedahan.
Yuta dan Taeyong terbangun tidur serentak. Taeyong menguap manakala Yuta menggosok-gosok mata.
"Jj-jaehyun, Taeil dah keluar bilik bedah ke?" Yuta menguap beberapa kali dan menampar muka supaya segar semula. Taeyong pula pergi ke bilik air sekejap untuk basuh muka.
Jaehyun tersedar dari lamunan
"Hah apa? Bb-belum lagi. Lama lagi kot aku rasa"Yuta mengganguk faham dan ambil telefon dari seluar.
"Lamanya" Ujar Yuta setelah melihat waktu.
Setelah lama menunggu, akhirnya Doktor Youngho keluar dari bilik pembedahan dan membuka topeng muka.
Mereka semua bangun dari tidur dan terus bangun. Doktor Youngho memasang muka sedih.
"Maafkan saya.. Taeil.. ""Kenapa dengan dia? " Doyoung mengharap berita baik.
"Dia.... Maafkan saya" Doktor Youngho memegang bahu Doyoung lalu pergi begitu saja.
Jaehyun dan Doyoung terduduk. Yujin pengsan namun bernasib baik Taeyong sempat menyambutnya daripada jatuh ke lantai.
Winwin menangis teresak-esak sehingga muka menjadi merah.
Yuta menjadi kaku seketika sebelum menenangkan Winwin.
"Dia berjaya melepasi waktu kritikal, pembedahan itu berjaya" Ujar Doktor Youngho yang tidak berapa jauh daripada mereka.
Taeil diusung keluar dari bilik pembedahan untuk dipindahkan ke wad yang lain.
Dia masih lagi dalam keadaan lemah.Taeyong mengukir senyuman kerana dia tidak menangis.
Doyoung dan Jaehyun berpelukan kerana terlalu gembira.
Yujin pula telah sedar dan bersyukur kerana Taeil selamat.
Winwin dan yang lain masih lagi menangis tetapi berubah kepada tangisan kegembiraan.
"Boleh saya tahu nama penderma itu? " tanya Doyoung kepada Doktor Youngho.
"Sebenarnya waris dia tak mahu saya beritahu tapi disebabkan kamu dah tanya saya terpaksa bagitahu"
"Siapa namanya? " Tanya Jaehyun pula.
"Lalisa Manoban" balasnya.
Mereka semua terkejut kerana mereka kenal sangat dengan pemilik nama itu.
"Boleh saya jumpa dengan keluarga dia? " tanya Jaehyun.
Lantas Doktor Youngho membawa mereka berdua jumpa Ten sekeluarga.
Pintu bilik ahli keluarga menunggu dibuka menampakkan Ten dan keluarganya.
"Jae..Jaehyun? " Ten terus bangun dari dan mendekati Jaehyun.
"Ten! " Jaehyun terus memeluknya.
Ten membalas pelukan Jaehyun. Jaehyun masih lagi tidak melepaskan pelukan tadi.
"Ke-kenapa ni? " Soal Ten lalu meleraikan pelukan.
"Kalau bukan sebab adik ko. Abang aku tak dapat diselamatkan lagi" Jaehyun mengesat airmata yang bercucuran.
"Apa maksud kau? " Ten membuat muka pelik kerana tidak faham dengan kata-kata Jaehyun .
"Lalisa..."
Setelah Jaehyun mengatakannya. baru Ten tahu yang menerima jantung Lalisa adalah Taeil.
"Mm-maksud kau, ab-bang kau adalah menerima jantung Lalisa?" Ten tergagap-gagap bertanya semula. Jaehyun mengangguk dan sambung memeluk Ten.
Doyoung melihat telefon dan ternyata Yujin menghubunginya.
Mereka berdua dan juga Ten bergegas ke bilik yang diberitahu Yujin.
"Hyung! Kau tak apa-apa?" Doyoung terus berlari ke arahnya.
"Aku tak apa-apa" Balasnya lemah dan tak berapa nak jelas.
Ten hanya berdiri di luar pintu.
"Ten... datanglah sini" Taeil mengangkat tangan memanggil Ten supaya datang ke katil.
Ten berjalan ke katilnya, Yujin memberi dia duduk di kerusi.
"Terima kasih" Ujar Taeil yang masih memakai topeng bantuan pernafasan.
"Untuk apa? " Ten masih lagi bingung.
"Untuk ini" Taeil memegang tangan Ten lalu diletakkan di dadanya.
Ten tersenyum ketika menyentuh dada Taeil. Sekurang-kurangnya dia dapat merasa degupan jantung Lalisa walaupun telah tiada.
"Bukan dekat aku, tapi dengan Lalisa. Kalau tidak, kau pun takkan hidup"
++++
Tanah Perkuburan."Semoga kakak tenang kat sana" ujar Sorn lalu meletakkan sejambak bunga ros di hadapan pusara kakaknya, Lalisa.
"Sorn, jom balik " Ajak ibu bapanya.
"Sekejap Mama, adik dengan abang nak balik ni. Akak jaga diri baik baik nanti ada masa adik datang melawat akak"
Ten yang berpakaian hitam mengusap-usap batu nisan Lalisa sebentar.
"Adik, abang nak balik ni. Selamat tinggal"
++++
(6 bulan kemudian)
Hari ini merupakan hari graduasi Taeil dan kawan-kawan yang lain setelah bertahun-tahun memerah otak dan bertungkus lumus menyiapkan assignment.
Walaupun Taeil masih lagi dalam proses penyembuhan namun ia tidak menghalangi daripada memegang segulung sijil.
"Berdiri rapat-rapat ya" Arah jurugambar.
Mereka berlima mengikut arahan jurugambar dan mula membuat gaya.
"Say kimchi" Mereka berlima melompat dan baling topi mereka ke atas udara dan aksi mereka dirakam.
"Jagalah kesihatan taulah hari ni majlis graduasi kau" Marah Jaehyun kerana bimbang dengan kesihatan Taeil. Takut dia pengsan sebab terlalu penat pula.
"Aku taulah jaga kesihatan" Balas Taeil sambil menangkap gambar bersama Yujin.
"Tangkap gambar dengan Yujin je. Tangkaplah gambar dengan aku pula" Doyoung merampas telefon bimbit milik Taeil lalu bergambar bersama.
"Sibuklah kau ni" Taeil merampas telefon bimbit semula.
"Jom tangkap gambar ramai-ramai" Panggil Winwin.
"Ten, Kun. Jomlah tangkap gambar dengan kitaorang" ajak Jaehyun lalu menarik tangan mereka berdua.
Kun dan Ten datang hanya untuk meraikan kejayaan bersama. Tapi bab-bab tangkap gambar memang kurang sikit.
"Aku tak suka tangkap gambar lah" Ten merungut.
"Alah satu gambar pun jadilah" Doyoung membuat muka comel dan Ten terpaksa setuju sebab malas nak tengok muka comel Doyoung.
"Kun, berdiri sebelah Taeyong" Arah Yuta sambil membetulkan kedudukan kamera.
"Okay semua say kimchi!" kata Yuta lalu berlari ke arah mereka.
"KIMCHI!~"
-TBC
YOU ARE READING
Without You | 견딜만해 | Moon Taeil
ФанфикMoon Taeil, Kim Dongyoung dan Jung Yoon Oh adalah adik-beradik berlainan bapa. Walaupun begitu, mereka sangat rapat seperti isi dengan kuku dan tidak mahu berpisah. Segalanya normal sehinggalah Taeil mula berkelakuan aneh dan jadi pendiam. Hal itu...