Ten berjalan-jalan sekitar sungai Han dan mengambil angin malam. Setelah lama berjalan, dia duduk di bangku yang disediakan dan melihat pemandangan malam sungai Han. Ten merasa sangat tenang dan dia dapat menenangkan diri buat seketika.Ten mengeluarkan telefon dan menghubungi seseorang.
"Kun, kau ada masa tak? Kalau boleh aku nak minta pergi temankan pergi makan" Ten melihat waktu jam.
"Aku sentiasa free je" Kun makan snek ringan dan tengok sailormoon kat laptop.
"Jom lepak mcdonald" Ten mengajak tanpa ragu-ragu, baginya duit tiada masalah.
"Aku takde duit langsung " Kun terang-terangan beritahu sebab dia kena menyimpan.
"Aku yang ajak keluar aku lah yang belanja. Macam tak biasa pula kikis duit aku"
"Gurau kasar nampak" Mata Kun ke atas tangan letak atas bahu. Menyampah dengan kawan baik sendiri
"Nak pergi tak ni? " Ten tertunggu jawapan. Sempat dia halau lalat yang nak menumpang kasih kat muka.
"Mestilah, tunggu aku tau? " balas Kun lalu mematikan perbualan.
"Mama, nak keluar kejap" Kun memakai sweater kerana dia tidak tahan dengan angin sejuk waktu malam.
"Nak pergi mana? " Puan Qian meletakkan surat khabar di meja. Dah malam baru nak baca
ish ish ish."Pergi lepak kat mcdonald.
Kawan ajak" Kun memeluk Puan Qian tiba-tiba."Jangan balik lewat sangat" Pesan Puan Qian lalu sambung membaca surat khabar.
"Okay mama" Kun mencium pipinya lalu keluar.
++++
"Janganlah menangis lagi" Kun menghulurkan tisu kepada ten.
"Macamana aku tak menangis kalau doktor sendiri kata Lalisa takde harapan? " Ten mengambil tisu itu. Hidung digosok-gosok kerana pedih.
"Tapi ko tak boleh macamni" Kun menepuk belakang badan Ten cuba menenangkan.
"Kenapa adik aku yang kena, bukan orang yang tak guna tu? " Muka Ten sudah kemerahan, hingus yang keluar dari hidungnya dibiarkan.
Orang ramai melihat tapi dia tidak peduli yang penting dia dapat meluahkan perasaan.
"Semua yang berlaku mesti ada hikmahnya" balas Kun yang masih cuba menenangkan Ten yang terlalu tertekan.
Kun teringat sesuatu ketika dia melawat Lalisa hari itu, tetapi dia masih was-was untuk memberitahu Ten.
"Kalau aku cakap sesuatu, kau akan marah aku tak? " Soal Kun yang sedikit takut.
Mm-masa aku pegang tangan
La-lalisa hari tu, aku rasa tangan dia gerak tapi aku tak tahu kalau itu cuma perasaan aku atau dia memang betul gerakan tangan dia masa tu.." Tangan Kun memang betul-betul mengigil dengan teruk."Kenapa tak bagitahu dari awal? Kalau tidak, aku dah panggil doktor dah! " Ten mengurut dada kerana terlalu marah.
Orang yang berada di McDonald semuanya terkejut dengan suara Ten. Suaranya dah berubah seakan-akan ada benda halus merasuk badannya.
Suaranya yang lembut terus bertukar garau."Aku dah cakap aku sendiri tak pasti sama ada itu perasaan aku atau memang betul " Satu badan Kun sudah mengigil. Nasib baik tak kencing dalam seluar.
Ten terus meninggalkan Kun seorang diri dan memandu menuju hospital.
"Siapa yang nak bayar semua ni?! Eh, aku kan dah bayar" Kun mengetuk kepalanya berulang kali.
++++
"Ada sesuatu saya nak cakap" Ten merempuh masuk ke bilik Doktor Bambam.
Doktor Bambam yang sedang berehat terkejut sehingga terjatuh dari kerusi.
"Kenapa kamu ni? Tak pasal-pasal esok ada pengebumian saya" Doktor Bamban pegang dada kerana terkejut.
"Ka-kawan saya kata.. tangan Lalisa bergerak.. " Nafasnya tercungap-cungap selepas berlari dari jauh.
"Buat masa ni dia masih lagi tiada perubahan " ujar Doktor Bambam selepas selesai memeriksa keadaan Lalisa.
"Saya mohon tolonglah selamatkan dia" Sekali lagi airmata Ten mengalir deras.
Dia taknak kehilangan adik tersayangnya.
Kami akan berusaha" Balas Doktor Bambam yang hanya berserah kepada tuhan.
"Malam ni saya nak jaga dia, takpe kan kalau penjaga sah dia?"
"Kalau macam tu saya benarkan" Doktor Bambam kemudian meninggalkan bilik itu. Biarkan Ten berseorangan menjaga Lalisa.
Ten duduk disamping Lalisa dan berjaga sehingga pagi.
++++
"Harini ada fashion show apa benda tah kat tempat yang kita selalu lepak tu" Taeyong menahan sebak ketika melawat Taeil.
Taeyong mengambil tisu dan hembus hingus pada tisu.
"Yujin yang tolong siapkan kerja kau. Aku nak tolong dia tapi dia tak bagi. Lepastu dia tak cukup tidur sebab kejar masa " Taeyong tidak boleh menghabiskan cakap kerana terlalu sedih.
"Masa melawat dah nak habis. Aku pergi dulu tau. Ada masa aku melawat dengan kawan-kawan kita " Taeyong bangun dari kerusi serta keluar dari bilik
Doyoung menutup pintu bilik dan kemudian menghampiri katil Taeil.
"Kau dengar kan apa yang dia cakap tadi? Diorang semua berharap dan berdoa tanpa henti supaya kau sedar balik."
-TBC
YOU ARE READING
Without You | 견딜만해 | Moon Taeil
ФанфикMoon Taeil, Kim Dongyoung dan Jung Yoon Oh adalah adik-beradik berlainan bapa. Walaupun begitu, mereka sangat rapat seperti isi dengan kuku dan tidak mahu berpisah. Segalanya normal sehinggalah Taeil mula berkelakuan aneh dan jadi pendiam. Hal itu...