Ep9

168 19 5
                                    

"Jaehyun, Doyoung nah kopi" Taeyong memberi mereka kopi.

"Terima kasih" Balas mereka berdua serentak.

"Korang taknak balik?" tanya Jaehyun kepada Winwin,Yuta, Yujin dan Taeyong.

"Taktau lagi" Balas Taeyong sebagai wakil yang lain.

"Korang baliklah. Dah malam ni. Parents korang tak cari ke? " Jaehyun meletakkan kopi di atas meja.

"Kitaorang dah bagitau  ibubapa masing masing" balas Winwin tanpa memandang muka Jaehyun kerana sibuk balas mesej.

"Korang semua baliklah dulu mandi ke,rehat ke. Dah malam ni kalau ada apa-apa kitaorang call lah korang" Doyoung cuba memujuk.

"Korang pula macamana? " tanya Taeyong.

"Kitaorang kat sini tunggu dia masuk wad" balas Jaehyun.

"Okay. Esok kitaorang datang balik" Yuta pakai beg siap-siap.

"Yujin, ko nak balik dengan kitaorang ke? " tanya Winwin.

"Aku nak stay sini sampai Taeil sedar" Yujin pakai jaket yang dibagi Doyoung kerana penghawa dingin terlalu sejuk.

"Kau tu perempuan. Nanti orang kata apa pula bawa perempuan sedangkan kami semua ni lelaki" Taeyong cuba memujuk.

"Aku nak stay kat sini juga. Aku nak temankan bakal suami aku"

"Sekurang-kurangnya balik  sekejap mandi. Badan kau tak melekit ke seharian tak mandi?  Kitaorang ada nak jaga Taeil. Kalau ada apa-apa nanti aku bagitahu. Sekarang ni semuanya pergi balik dan berehat, jangan risaukan kitaorang. Kitaorang okay lagi"  Kata Doyoung yang masih lagi cuba pujuk Yujin supaya balik. Bukannya apa, semuanya lelaki sedangkan dia seorang perempuan. Dahlah dah tengah malam.

"Esok aku datang lagi..." Yujin mengemas buku dan dimasukkan dalam beg.

"kalau ada apa-apa kitaorang akan maklumkan " Jaehyun mengambil surat khabar di meja untuk baca.

"Okay! " balas mereka berempat serentak.

++++

"Eh, Ten rupanya. Jaga adik ko lagi hari ni? " Soal Hansol sambil mengikat langsir. 

"Aku tak boleh berpisah lama-lama dengan adik aku ni" Balas Ten sambil memegang tangan adiknya.

"Untungnya ada abang penyayang macam kau ni"  Hansol memuji dan periksa keadaan Lalisa seperti biasa.

"Cara kau cakap tu macam takde adik-beradik. Apa khabar diorang sekarang? Dah lama juga aku tak dengar khabar berita sejak keluarga kau pindah" 

"Masing-masing dah kahwin dan tinggallah aku seorang kat sini. Tapi aku ada kawan kat sini takdelah rasa bosan sangat " balas Hansol.

"Aku rindu nak borak dengan adik aku ni" Ujar Ten sambil membelai-belai rambut Lalisa yang panjang terurai.

"Aku harap semoga adik kau sedar dalam masa terdekat ni" balas Hansol setelah selesai membuat kerja.

"I hope so"  Ten hanya tersenyum kelat dan mengharapkan keajaiban berlaku.

 
++++

"marksingsangsung online"

marksingsangsung
Cikgu Yoon Oh, Semalam pengetua masuk ke kelas lepastu dia cakap yang akan ajar buat sementara waktu ni Cikgu Jennie, Betul ke?.

"Casper typing.."

Casper
betul la tu 😃

marksingsangsung Kenapa cikgu? 

"Casper typing.. "

Casper
abang cikgu masuk hospital so cikgu tak dapat mengajar buat masa ni.

marksingsangsung semoga abang cikgu cepat sembuh .

Casper
terima kasih mark.

+

+++

"Weh korang semua tau tak kenapa Cikgu Yoon Oh tak masuk kelas harini? " Mark memulakan perbualan setelah Jennie habis mengajar mereka semua.

"Cikgu Yoon Oh nak pindah sekolah ke? " tanya Sorn.

"Mana ada pandai-pandai je kau ni" Renjun mengetuk kepala Sorn.

"Jangan lah bising , Cikgu Yoon Oh tak masuk kelas sebab abang dia masuk hospital"  Balas Mark.

"Tapi apa kena mengena dia dengan abang dia masuk hospital?" Soal Chenle.

"Ko ni bodoh lah , meh aku explain kan. Cikgu Yoon Oh kena jaga abang dia"  Haechan membalas sebelum Mark sempat balas.

Chenle mengangguk faham dan kemudian usap kepala yang dipukul Haechan dengan sengaja.

Kemudian mereka semua duduk di tempat masing - masing kerana cikgu lain sudah masuk kelas.

Selepas tamat waktu persekolahan . Semua pelajar kelas 1-B menghantar mesej kepada Jaehyun yang mengatakan mereka turut bersedih dan berharap Taeil cepat sembuh.

Jaehyun terharu ketika membaca semua mesej yang diterima sehingga menitiskan airmata.

Doyoung yang bergilir menjaga Taeil membuat muka pelik tengok Jaehyun main telefon sambil mengelap airmata.

-TBC

Without You | 견딜만해 | Moon Taeil Where stories live. Discover now