Setelah setahun berlalu, Taeil semakin pulih dan dapat melakukan banyak benda bersama-sama ahli keluarga dan sahabat handai.
Hari ini, hari yang paling mendebarkan buat semua orang dan termasuk Taeil.
Dia bakal berkahwin dengan gadis pilihannya, Kim Yujin. Setelah empat tahun menjalinkan hubungan.
Sudah sampai masanya mereka berdua menjalankan tanggungjawab masing-masing.
"Kakak nampak cantiklah harini" Sorn memuji kecantikan Yujin.
"Kakak ni selekeh je tapi taktau macamana Abang Taeil tu boleh suka kakak " balasnya sambil ketawa.
"Tengok-tengok dah nak kahwin dah harini" balas Sorn lalu menangkap gambar bersama Yujin.
"Kita cakap-cakap ni mana abang kamu? " tanya Yujin.
"Haahlah kejap, Sorn pergi cari dia" kata Sorn lalu keluar dari bilik pengantin perempuan.
"Apa abang buat kat luar ni?.
Kita kena pergi sekarang ni" Sorn memarahi Ten sambil menarik tangannya."Ouh yeke? Abang hirup udara segar jap. Janganlah tarik-tarik baju abang" balasnya.
"Nanti dah habis majlis abang nak makan angin pun boleh" ujar Sorn.
"Yujin cepatlah. Kitaorang tinggal baru tau" Winwin mengugut.
"Sabarlah tak nampak ke kain aku yang labuh ni? " Yujin menurun tangga sambil memegang kain yang terlalu labuh.
Yuta, Winwin dan Taeyong terkejut melihat kecantikan Yujin pada masa itu.
"Dah berpaling tadah ke? " Amber yang cemburu terus menarik telinga Taeyong supaya berhenti pandang Yujin.
"Sakitlah, orang tengok pengantin kejap pun takleh" Taeyong mencebik mulut kerana tidak puas hati.
"Bila masa korang couple ni? " Tanya Yujin yang teruja. Dia pun tidak sangka ada geng bakal menyusul.
"Adalah" balas Amber sambil menyiku perut Taeyong.
"Ayang ni~" Taeyong mengadu sakit.
"Jangan buat drama kat sini. Jom pergi orang dah tunggu lama dah tu" kata Yuta sebagai pemandu kereta Yujin.
Mereka semua pun bertolak ke destinasi kerana mereka sedang kejar masa.
Sementara di dalam gareja. Taeil yang lengkap berpakaian sut hitam asyik mundar-mandir sehingga Doyoung baling selipar jamban yang dibeli sehari sebelum majlis.
Taeil masih lagi kehulur-hilir sehingga Doyoung tak boleh buat apa lagi.
"Kau ni boleh tak berhenti mundar-mandir dan duduk dengan tenang? Hari ni sepatutnya kau kahwin jadi majlis pengebumian pula karang" Doyoung rasa macam nak pijak-pijak Taeil sebab menggangu ketenteraman.
Jaehyun menggeleng-geleng kepala tengok perangai Taeil.
"Winwin call, aku rasa diorang dah sampai tengah tunggu kat luar tunggu isyarat nak masuk je" Doyoung mengangkat telefon dan pergi ke tempat lain.
Sebelum itu Doyoung telah memberi isyarat kepada Jaehyun supaya perhatikan Taeil takut berlaku sesuatu yang tak diingini berlaku.
"Kitaorang dah sampai, Yujin dengan Ten dah get ready" Winwin dan lain-lain tunggu diluar pintu gerbang menunggu isyarat masuk.
"Suruh siapa-siapa yang tak berkenaan masuk dulu dan duduk lepastu baru Yujin dengan Ten masuk" arah Doyoung
"Okay" balas ringkas Winwin.
Winwin menyuruh Taeyong, Yuta & Amber masuk dahulu dan kemudian barulah dia dan diikuti Yujin dan Ten.
Mereka melakukan seperti yang dirancang.
Jaehyun, Doyoung dan tetamu yang lain sudah duduk di tempat yang disediakan.
Pintu dibuka dan piano dimainkan.
Yujin dan Ten masuk sambil tangan bersilang dan Sorn memegang kain gaun Yujin yang labuh supaya tidak kena kotoran.
Taeil terasa kena panahan cinta apabila melihat Yujin.
Yujin melepaskan tangan Ten dan menuju ke arah Taeil yang tersenyum kekok kerana terlalu gemuruh.
Ten dan Sorn terus duduk di tempat duduk di barisan yang paling hadapan sekali.
"Boleh kita mulakan ?" Tanya paderi yang lebih mesra dipanggil Father.
Yujin dan Taeil berpegangan tangan mengganguk serentak.
"Sudikah kamu menerima Moon Taeil sebagai suami kamu ?"
"Saya sudi "balas Yujin dengan.
Lalu paderi pergi Taeil pula dan bertanyakan soalan yang sama.
"Sudikah kamu menerima Kim Yujin sebagai isteri kamu dan tidak akan meninggalkannya walau apa pun yang terjadi? "
"Ss-saya sudi dan saya sanggup hadapi bersama-sama" Taeil dapat menjawab walaupun agak lambat.
"Kamu berdua sudah sah menjadi suami dan isteri. Sila sarungkan cincin ke tangan masing-masing"
Mereka berdua bertukar-tukar cincin. Setelah semuanya selesai,
Yujin dan Taeil menunjukkan cincin dijari manis sebagai tanda mereka berdua sudah sah menjadi suami isteri."Cium! Cium!"
Taeil dan Yujin malu-malu tapi mereka lakukan juga. Semua tetamu bersorak gembira.
Jaehyun berasa sedih kerana dia terpaksa lepaskan Taeil.
Tetapi, dia gembira abangnya dapat bersama orang yang dicintai"Tak sangka abang aku dah kahwin" Doyoung mengesat airmata yang keluar sedikit.
Mark yang turut dijemput oleh Jaehyun tidak berhenti-henti menangkap gambar.
Sesi bergambar dimulakan dengan pasangan pengantin terlebih dahulu, seterusnya dengan ahli keluarga terdekat.
Dan akhirnya dengan tetamu yang hadir.
-TBC
YOU ARE READING
Without You | 견딜만해 | Moon Taeil
FanfictionMoon Taeil, Kim Dongyoung dan Jung Yoon Oh adalah adik-beradik berlainan bapa. Walaupun begitu, mereka sangat rapat seperti isi dengan kuku dan tidak mahu berpisah. Segalanya normal sehinggalah Taeil mula berkelakuan aneh dan jadi pendiam. Hal itu...