Ep13

170 17 5
                                    

"Hello?" Jaehyun mengangkat panggilan. Ketika itu dia masih lagi berada di dalam kelas.

"Taeil dah sedar" Doyoung memberitahunya khabar gembira yang dah lama dia tunggu.

"Macamana dengan dia sekarang ?" Tanya Jaehyun yang sedang gembira . Sampai melompat-lompat dalam kelas macam kanggaroo.

Semua pelajar bagi pandangan dia-ni-dah-kenapa?

"Dia okay sekarang ni cuma dia tengah tido sebab baru lepas makan ubat" balas Doyoung sambil menepuk peha Taeil supaya tidur nyenyak.

Mengada-mengada punya orang tua.

Jaehyun mematikan perbualan  dan bersiap-siap untuk ke hospital.

"Cikgu nak pergi mana? " Tanya Chenle yang baru balik membuang hajat atau ayat biasa balik buang air besar.

"Cikgu nak pergi hospital . Abang cikgu dah sedar. Lepas ni takde mengajar mana-mana kelas boleh lah melencong kejap" Balas Jaehyun bersemangat.

Semua pelajar didalam kelas 1-B turut tumpang gembira mendengar berita itu.

"Dah jangan sedih-sedih lagi macam tadi" Kata Mark yang  tersenyum seperti kerang busuk.

Jaehyun keluar dari kelas kerana malu teringatkan dia menangis masa awal kelas.

Si Jeno pula macam biasa, hasilkan air liur basi.

                        ++++

Sampai sahaja di hospital dan memarking kereta. 

Jaehyun terus masuk lif dan tekan nombor tujuh .

Kemudian dia terus masuk ke bilik Taeil yang di dalamnya juga ada Yujin, Doyoung dan kawan Taeil.

"Taeil hyung, gwenchana? " Jaehyun terus meluru pergi ke katil Taeil.

Taeil hanya mengangguk lemah. Dia memberi isyarat tangan OK bahawa dia baik-baik saja.

"Aku ingat kau takkan bangun dari tidur tu" Jaehyun memeluk Taeil dengan erat.

Dada Taeil terlalu sakit kerana Jaehyun peluk kuat sangat.

Tapi sayang adik punya pasal. Pendam dalam hati jelah.

"Woi! Apa ni ? Dia kan baru sedar" Winwin memarahi Jaehyun.

Cemburu lah tu sebab dah lama berkawan dengan Taeil tak pernah dia peluk walaupun sekali.

"Biarkan jelah" Taeil mengusap rambut Jaehyun sekali dengan bagi 'free gift' iaitu kepala kena  ketuk 5 kali . 

Siapa suruh peluk kuat sangat. Kan dah mendapat hadiah.

"Haah , apa masalah ko"a Jaehyun sambung peluk Taeil dan dapat hadiah percuma lagi iaitu penampar. Kesian anak Jung kena pukul dengan anak Moon.

"Bukan apa kan dia baru sedar, dia masih lemah lagi tadi nak pergi tandas pun aku tolong papah dia " Winwin meletakkan tangannya didada. Yuta disebelahnya terus peluknya.

"Ko dah kenapa? " Winwin menjeling dan mengalihkan tangan Yuta.

"Ko kacak sangat" Yuta mengacau rambut Winwin. Tapi Winwin menunjukkan muka menyampah.

"Jangan jadi kunyit aka HOLLAND boleh tak? " Winwin rimas dengan Yuta.

"Nak bersawit kat luar" Doyoung menggeleng.

"Sampai hati abang sorokkan daripada Yujin"
Yujin menangis di depan Taeil.

Makeup dibiarkan comot .
Dia peduli apa asalkan dapat menangis depan bakal suami.

Perkara yang boleh buat Taeil lemah selain sakit dia adalah tengok Yujin menangis.

Kalau tengok Yujin menangis sebab terjatuh parit sikit pun dah cukup buat Taeil longlai.

"Abang taknak orang sedih. Ikutkan hati abang pun tak bagitahu adik-beradik abang tapi masa malam tu pula terbocor" Taeil pegang tangan Yujin.

"Tapi abang tak patut buat camni" Yujin menangis lagi.
Yuta menghulurkan tisu.

"Dah lah tu . Jangan menangis lagi " Taeil mengelap airmatanya. Dia tak sanggup melihat drama yini.

"Ada tisu lebih tak? " Taeyong menyiku lengan Yuta.

Yuta menggeleng .

"Takde. Cebisan yang terakhir dah dibagi kat Yujin tadi. Pad period ada lah , Mahu?"

"Merecik hawau drama ni"

"Nak rakam masuk youtube lah"

"Kalah sinetron woi! "

"Nenek aku pun boleh bangkit dari kubur tengok babak yang mengharumkan yini" Taeyong acah mengelap airmata.

"Winwin, macamana hari tu? " tanya Taeil bagi menghentikan anasir-anasir jahat yang mengganggu.

"Semuanya kitaorang dah tolong bereskan" balas Winwin selepas lap airmatanya kerana drama yang dilakonkan Yujin dan Taeil.

"Terima kasih korang"  Taeil tersenyum tawar. Dia rasa bersalah yang amat amat amat amat amat sangat.

Tapi kasihan juga dengan dia, baru sedar dah kena menganjing dengan kawan-kawan.
         

Selepas semua kawan sekelas Taeil balik, tinggal lah Doyoung jaga Taeil.

Jaehyun pergi ke tandas sebab makan tteokboki banyak sangat.
                               
"Makan pelan-pelan " Ujar Doyoung sambil menyuap bubur pada Taeil.

"Aku bukan budak-budak lagi" Taeil memuncungkan mulutnya . Tapi bila Doyoung suap dia makan pula.

"Biarlah aku suap ko " Doyoung lap peluh kerana kipas rosak sementara.

"Yelah" Taeil memakan bubur yang disuap doyoung.

Selepas Jaehyun selesai buang hajat, dia pergi ke bilik semula Taeil untuk bagi duit Doyoung perbelanjaan sedikit dan kemudian menghilangkan diri seperti The Flash.

"Jomlah tido atas katil aku ni, besarlah katil dia" Taeil menguap banyak kali kerana terlampau mengantuk.

Kipas pun dah baik balik, takdelah dia menjadi cacing kepanasan dalam bilik.

"Takpe, aku boleh tido atas sofa ni" Balas Doyoung sambil bermain game di telefon bimbit.  Masa tengah lawan zombie lah Taeil ni mengacau.

"Aku takut" Taeil membayangkan dibawah katilnya terdapat macam-macam raksasa. Dari Loss Nech hinggalah lipas .

"Macam budak-budak" perli Doyoung dalam hati.

"Yelah aku tidur sebelah"  Doyoung berhenti main game dan baring di sebelahnya.

Taeil memberi sedikit ruang kepada Doyoung.

"Gomawo bunny~" Taeil berterima kasih kepada Doyoung kerana menemani tidur.

Padahal tak hamak pun dia nak cakap. Eh?

Mereka berdua pun tidur di atas katil yang sama pada malam itu .

-TBC

thanks kepada yang baca dan vote ff ni 😍
lain kali komen lah pula 😍😍

Without You | 견딜만해 | Moon Taeil Where stories live. Discover now