Hospital besar Seoul.
"Kenapa doktor nak berjumpa dengan saya? " Ten menutup pintu bilik Doktor Bambam.
"Doktor nak cakap sesuatu pasal Lalisa ke? " Ten duduk di kerusi menghadap Doktor Bambam.
Doktor Bambam membuka cermin mata dan menghela nafas.
"Sebenarnya saya tak mahu pasal cakap ini tapi saya terpaksa. Saya harap kamu dapat bersedia,
Lalisa semakin tenat. Dia boleh meninggal pada bila-bila masa""Tolong selamatkan dia! " Ten memegang tangan Doktor Bambam
"Kami akan berusaha " Doktor Bambam tidak mahu memberi harapan palsu namun dia akan berusaha sebaik mungkin.
++++
"Taeil, dulu aku pelik kenapa orang panggil aku Jaehyun sedangkan nama aku Yoon Oh lepastu aku tanya omma.
Omma kata appa nak bagi nama Jung Jaehyun tapi mak lagi suka nama Jung Yoon Oh. Appa pun mengalah dengan omma"Jaehyun berborak dengan Taeil walaupun masih lagi tidak sedarkan diri.
"Lepastu kan, aku selalu salah tulis nama dalam buku . Kemudian 3 bulan masuk sekolah baru dapat tulis nama dengan betul. Cepatlah sedar nanti dapat tengok Yujin dengan kitaorang" Tangannya yang bersambung infus dipegang erat Jaehyun.
"Aku keluar dulu tau nak beli makanan lepastu aku datang sini balik" ujar Jaehyun kemudian keluar dari bilik. Macam biasa Taeil tidak menunjukkan sebarang perubahan.
++++"Taeyong! Ko buat apa kat hospital ni?" Panggil seorang jururawat bernama Amber yang juga kawannya.
"Eh, Amber! Alang-alang tu jomlah minum kat kantin hospital" ajak Taeyong.
"Macamana dengan kawan ko yang terlantar tu? " Amber memulakan perbualan dengan menikmati milo ais.
"Masih sama langsung takde perubahan" Taeyong membalas lalu meminum air pepsi.
"sebenarnya dia sakit apa? " Soal Amber ingin tahu.
"Sakit jantung" Balas singkat dari Taeyong.
"Siapa yang jaga dia sekarang ni, Mak bapa? "
"Adik-adik dia lah, bergilir-gilir hari-hari. Kitaorang yang kawan ni memang tak bolehlah sebab ada kerja banyak kat kolej tu. Lainlah adik-adik dia dah bekerja lepas tu ada cuti tahunan"
"Sejak bila dia ada adik-beradik?"
Amber tidak pernah tahu adik beradik Taeil kerana jarang bertemu."Yang jaga tu sebenarnya adik-adik berlainan bapa. Tapi rapat gila" balas Taeyong.
"Habis tu nama keluarga sama kah lain? "
"Nama keluarga diorang lainlah" Jawab Taeyong kemudian meneguk air pepsi sehingga tinggal separuh.
"Sebenarnya aku ada hal nak buat. Kalau jumpa aku kat mana-mana tegurlah tapi jangan depan kakak-kakak aku. Mati aku nanti kena belasah sebab ingat aku bercinta" Amber meninggal Taeyong seorang diri di kantin.
Taeyong melambai-lambai kepada Amber dan bangun buang botol ke tong sampah yang disediakan.
++++"Hello, korang masih kat hospital ke? Yujin menelefon Jaehyun. Dan Jaehyun membuka speaker kerana sedang mengemas barang untuk balik.
Doyoung akan datang kemudian untuk gantikan Jaehyun.
"Aku nak melawat abang kau lah. Sekarang dah masuk waktu pelawat kan? " Soal Yujin sambil menyapu bedak rata ke seluruh muka.
"Lawat jelah takde sape marah pun" Jaehyun matikan speaker dan letak telefon dibahu lalu bersihkan muka Taeil menggunakan tisu basah yang dibeli pagi tadi.
"Terima kasih. Wad dia kat mana? Aku takut salah bilik" Yujin memeriksa beg tangan takut ada yang tertinggal.
Doyoung masuk dalam bilik dan ambil telefon Jaehyun yang dikepit di bahu kerana takut jatuh.
"Nombor 6600 tingkat tujuh" Doyoung membalas.
Terima kasih Jaehyun" balas Yujin lalu mematikan perbualan.
"Doyoung lah yang balas!" Doyoung pulangkan semula telefon kepada Jaehyun.Jaehyun hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Yeogi pureun island nae ane siwonhage bureowa" Sungguh lunak suara Yujin menyanyikan lagu kesukaan Taeil ketika mereka baru saja bercinta.
"Masa kat sekolah dulu kita selalu nyanyi lagu ni kan ? lepastu Taeyong menyibuk kacau kita. Yujin harap sangat abang cepat sembuh dan sedar semula. Yujin rindukan senyuman abang dan lawak bodoh abang dulu "
Yujin menarik nafas sebentar sebelum sambung semula bercakap.
"Yujin sedih sangat kenapa abang taknak beritahu perkara sebenar. Yujin takkan marah, adik-adik pun tahu sebab terkantoi masa Doyoung masuk bilik hari tu kan? Dahlah, cakap banyak pun takde guna sebab abang masih tak sedar" Yujin mengambil beg dan keluar dari bilik.
Doyoung yang balik dari beli barang tidak sempat menyapa Yujin kerana dia berjalan terlalu cepat.
-TBC
YOU ARE READING
Without You | 견딜만해 | Moon Taeil
Fiksi PenggemarMoon Taeil, Kim Dongyoung dan Jung Yoon Oh adalah adik-beradik berlainan bapa. Walaupun begitu, mereka sangat rapat seperti isi dengan kuku dan tidak mahu berpisah. Segalanya normal sehinggalah Taeil mula berkelakuan aneh dan jadi pendiam. Hal itu...