"Betul nak masuk kelas hari ni?" Soal Jaehyun yang berada dalam kereta. Taeil mengangguk kepala perlahan.
"Muka kau pucat" Doyoung mengamati wajah Taeil.
"Aku takde apa-apa. Jangan risau" balas Taeil lalu menutup pintu kereta.
"Muka abang pucat lah" Ujar Yujin yang duduk disebelah Taeil.
"Betul cakap Yujin tu, kau tak sihat ke?" Winwin yang duduk disebelah Yuta juga perasan wajah Taeil terlalu pucat.
"Haahlah " Taeyong pula yang risau tentang Taeil.
"Aku okay" Taeil hanya membalas dengan singkat dan sambung salin nota di papan putih.
"Nanti habis kelas jom pergi hospital" Yujin cuba memujuk dengan harapan Taeil mendengar kata.
"Kalau takde kenderaan . Aku boleh hantarkan" Taeyong menawarkan diri.
"Tak payah risau" Taeil cuba berselindung sebaik mungkin.
"Kau ni degil lah" Winwin dan yang lain hanya menggeleng kepala.
"Okay semua boleh bersurai " Ujar Pensyarah didalam kelas.
"Esok jom lepak karaoke " Ajak Winwin sambil mengemas buku.
"Kalau boleh" Taeil membalas dengan lemah. Dia mula berasa pening kepala dan penglihatan menjadi lebih kabur.
"Yujin nak ikut" Yujin memeluk Taeil dari belakang, dan Taeil hanya mengangguk.
"Terima kasih abang" Yujin memeluk belakang badan Taeil dengan lebih erat.
"Aku rasa macam nak muntah pelangi" Winwin membuat gaya seperti mahu muntah.
"Ko jeles kan sebenarnya sebab Taeil ada girlfriend? " Taeyong pukul bahu Winwin dengan kuat.
"Mana ada" Winwin menjeling dan mendengus geram.
"Bye guys, jumpa esok" Yuta melambai-lambai pada rakan sekelas sebelum keluar dari kelas. Dan tak lama kemudian,
"Cepat angkat dia! " Satu kelas mula kecoh dan bising membuatkan Yuta masuk semula ke dalam kelas dan dia tergamam.
Taeil rebah secara tiba-tiba.
++++
"Doyoung, Boss panggil" panggil rakan sekerjanya, Jungwoo.
"Kenapa boss panggil aku?" Doyoung berhenti melakukan kerja dan mengalihkan kerusi menghadap Jungwoo.
"Aku tak tau, Boss cuma cakap nak jumpa je" balas Jungwoo lalu meninggalkannya seorang diri.
Doyoung betulkan tali leher sebentar dan mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum buka.
"Kenapa boss nak jumpa saya?"
"Saya terima panggilan daripada kawan abang kamu yang mengatakan abang kamu telah dikejarkan ke hospital kerana pengsan semasa berada di kolejnya..." Encik Kang, mahikan beritahu tentang keadaan Taeil kerana diberitahu Jaehyun tadi.
"Boleh tak saya pergi hospital sekarang ni? " Doyoung terkejut dan risau.
"Sebab itu, saya panggil kamu. sekarang kamu boleh balik. Saya akan bagi awak cuti kalau ada apa-apa berlaku"
Doyoung yang masih cemas terus mengemas barang dan tidak mengucapkan selamat tinggal terlebih dahulu kepada rakan-rakan dan pergi ke hospital yang diberitahu.
Setibanya di hospital. Dia terus pergi ke bahagian kecemasan dan sampai sahaja dia di sana,
Yujin,Yuta, Winwin, Taeyong dan Jaehyun sedang menunggu di luar bilik kecemasan .
"Yujin, macamana dengan Taeil" Doyoung menghampiri Yujin yang sedang duduk.
"Doktor tak keluar lagi.." Yujin mengesat air matanya.
Jaehyun duduk termenung memikirkan Taeil.
"Dia ada sorokkan sesuatu ke?"
tanya Winwin kepada Doyoung."Aku.. " Doyoung sudah habis akal untuk jelaskan kepada Winwin dan yang lain.
"Aku apa? " Muka Yujin semakin kemerahan kerana menangis terlalu lama.
"Maafkan kitaorang sebab tak bagitahu awal-awal" Jaehyun memotong.
"Kenapa dengan dia?!" Yujin memukul bahu Jaehyun.
"Sebenarnya... Dia.. "
"Keluarga Encik Moon Taeil? Doktor mahu berjumpa dengan keluarganya " Seorang jururawat keluar dari bilik kecemasan.
"Korang semua tunggu kat sini" Arah Jaehyun. Mereka berempat mengganguk faham dan setia menunggu.
Doyoung dan Jaehyun mengikut jururawat ke bilik doktor yang merawat Taeil.
"Kamu berdua ahli keluarga dia?" Doktor Youngho menyemak maklumat pribadi Taeil satu-persatu dan dokumen lain.
"Boleh saya mulakan dulu? " Soal Doktor Youngho kepada mereka berdua.
"Silakan doktor" Doyoung menarik nafas supaya diri menjadi lebih tenang.
"Saya harap kamu semua bersabar kerana apa yang saya beritahu ini mungkin mengejutkan kamu semua"
Doyoung dan Jaehyun mengganguk. Mereka tahu apa yang doktor akan beritahu.
"Dia semakin lemah dan saya tak tahu sampai bila dia boleh bertahan" Doktor Youngho menyerahkan beberapa fail kepada Jaehyun.
"Takkan takde cara lain untuk selamatkan dia doktor? Saya sanggup bayar berapa saja asalkan abang saya sihat balik" Ujar Jaehyun.
"Tapi bukan itu masalahnya.." Doktor Youngho mula rasa bersalah.
"Apa masalahnya? " Doyoung keluarkan suara setelah lama mendiamkan diri.
"Masalahnya ialah dia perlukan penderma dan pembedahan itu berisiko tinggi . Buat masa ini masih tiada lagi penderma yang sesuai dan saya harap awak berdua dapat bersabar"
++++"Apa yang doktor cakap tadi?" Taeyong bangun dari kerusi dan pergi ke Jaehyun yang keluar dari bilik doktor
"Maafkan kitaorang sebab tak bagitahu awal-awal dulu"
Jaehyun berasa bersalah begitu juga dengan Doyoung."Minta maaf? Kenapa dengan dia? " Yujin bangun dari kerusi.
"Dia ada penyakit... jantung.."
Lutut Yujin menggeletar dan dia hampir pitam tetapi mujur Winwin sempat menahan badannya daripada jatuh ke lantai.
"Kenapa kau tak bagitahu kitaorang" Taeyong menarik kolar baju Jaehyun dengan kuat.
"Dia taknak buat orang lain sedih sebab itu kitaorang rahsiakan daripada korang" Doyoung cuba menahan kesedihan.
"Sejak bila korang tahu? " Soal Yuta yang hanya diam dari tadi.
"Masa kitaorang tahu itu. Dia baru balik dengan Yujin dari hospital. Dia jumpa doktor sebab nak tanya tentang sakit dia. Dia dah lama rahsiakan sebelum terbocor" Jaehyun tertunduk selepas habis menjelaskan kepada mereka.
"Rupanya hari tu dia tipu" Yujin menangis semahunya dan Yuta terpaksa menenangkan.
-TBC
YOU ARE READING
Without You | 견딜만해 | Moon Taeil
FanfictionMoon Taeil, Kim Dongyoung dan Jung Yoon Oh adalah adik-beradik berlainan bapa. Walaupun begitu, mereka sangat rapat seperti isi dengan kuku dan tidak mahu berpisah. Segalanya normal sehinggalah Taeil mula berkelakuan aneh dan jadi pendiam. Hal itu...