Ep15

128 16 0
                                    

Selepas selesai menguruskan urusan kematian Lalisa . Ten duduk di kerusi berdekatan bilik mayat.

Hujung lengan bajunya ditarik dan lap sisa airmata.

Ibu bapanya baru sampai dari Bangkok selepas menerima panggilan dari Ten.

Dia dan adik beradik yang lain duduk di Korea manakala ibubapanya bekerja di Thailand.

"Ten, boleh saya tanya sesuatu? " Doktor Bambam menghampiri Ten dan beri secawan kopi .

"Terima kasih, Apa dia ?" Ten mengelap airmatanya. Dia tidak berhenti menangis dari tadi petang.

"Kat hospital ni ada seorang pesakit jantung . Dia perlu buat pembedahan dengan cepat . Saya--"

"Doktor minta izin nak ambil jantung Lalisa kan? " Ten memotong percakapannya.

"Kamu izinkan? " Doktor Bambam menaruh harapan yang tinggi terhadap Ten.

"Bagi saya masa untuk fikir" Balas Ten.

Doktor Bambam beri borang kebenaran kepadanya dan berlalu pergi.

Ten merenung lama borang yang berada ditangan, dia buntu memikirkan keputusan yang perlu dibuat. Selamatkan nyawa seseorang atau biarkan saja.

Ten mencapai pen dan mula mengisi segalanya. Dia sudah pasti dengan keputusan yang dipilih.

Ten mengetuk pintu dahulu sebelum masuk kedalam bilik Doktor Bambam dan menyerahkan borang.

Ten mengangguk perlahan.

"Terima kasih, Kamu dah selamatkan nyawa orang lain. "

++++

Doktor Youngho masuk ke dalam bilik dengan senyuman lebar. Sehingga Taeil tertanya-tanya apa benda yang membuatkan Doktor Youngho tersenyum sampai begitu.

"Kamu dah ada penderma. Jadi, kalau kamu mula puasa malam ni esok petang dah masuk bilik bedah" ujar Doktor Youngho yang tidak lekang senyum.

"Baguslah macam tu" Taeil tersenyum nipis. Dia terfikir tentang risiko pembedahan itu jika gagal.. Terus 'terpadam'

"Jangan risau, pembedahan tu akan berjaya" Doktor Youngho menyakinkan Taeil.

Namun Taeil masih lagi ragu-ragu dengan kata-kata Doktor Youngho.

"Kalau ada apa-apa yang berlaku kat saya. Bagitau adik-adik saya.. Saya sayangkan diorang sangat-sangat" Airmata Taeil akhirnya tumpah setelah lama dia tahan .

"Jangan cakap macam tu" Doktor Youngho pegang bahunya.

Jaehyun baru balik dari beli makanan di kedai curi - curi mendengar tentang perbualan itu dan terus menelefon Doyoung tentang berita itu.

"Baguslah kalau macamtu! "kata Doyoung dalam perbualan.

"Ta..tapi.. bukan ke doktor dah cakap peluang dia untuk selamat dalam pembedahan tu 50-50 je?.." Jaehyun merosakkan kegembiraan Doyoung.

"Mulut ko jangan celupar sangat. Kita harap pembedahan tu berjaya sudahlah" Marah Doyoung.


Setelah pakai pakaian khas pembedahan. Taeil diusung oleh Doktor Youngho dan jururawat yang lain menuju bilik bedah.

Di dalam hatinya tidak berhenti berdoa supaya pembedahan itu berjaya.

Yujin, Doyoung dan lain-lain juga menemani ke bilik pembedahan.

"Korang , aku takut" Ujar Taeil dengan takut. Takut kerana ini mungkin pertemuan terakhir baginya.

"Jangan fikir yang bukan-bukan. Fikir je yang abang akan sihat balik" Yujin memberi semangat di sisinya.

"Aku pasti kau boleh sihat balik" Yuta juga memberi semangat.

"Jangan fikir yang bukan-bukan lah" kata Doyoung sambil mengusung katilnya menuju ke bilik pembedahan.

"Sekarang ni tarik nafas dalam-dalam" Ujar Jaehyun yang juga sedang memujuk.

"Korang.. Aku takut sangat" Taeil memegang tangan Doyoung dan Jaehyun dengan begitu erat .

"Takde apa-apa" pujuk Winwin . Dia juga mahu menangis tetapi dia tahan demi kawannya.

Tangan Taeil terlepas daripada memegang tangan Jaehyun dan Doyoung selepas memasuki bilik pembedahan.

"Maaf kamu semua tak boleh masuk" Larang jururawat kemudian tutup pintu.

Mereka semua menunggu di luar bilik pembedahan itu.

Doktor Youngho menekan jarum suntik sehingga keluar cecair dan mendekati Taeil.

"Nama kamu siapa? " Tanya Doktor Youngho sebelum menyuntik tangannya.

"Nama saya Moon Taeil" Taeil memandang lampu yang berada tepat di atas kepala.

"Adik kamu siapa? " Tanya Doktor Youngho lagi sambil menyuntik ubat bius ke tangannya.

"Jaehyun... dan Do..Doyoung.. " mata Taeil perlahan-lahan tertutup.

Setelah tiub ventilator dipasang. Jururawat yang lain pula memeriksa oksigen dan tekanan darah.

Setelah dipastikan semuanya baik. Scalpel, forceps dan peralatan lain dihulurkan .

Jururawat di sebelah mengelap peluh didahi Doktor Youngho.

"Ambil bekalan darah secepat yang mungkin" Doktor Seo menjahit kulit selepas selesai.

Tiba-tiba mesin dengupan jantung disebelah berbunyi dengan kuat.

"Nyawa dia dalam bahaya! " kata jururawat yang lain kerana cemas. Doktor Youngho terus sedaya upaya menyelamatkan nyawa Taeil.

"Oksigen dia makin turun!"

"Doktor, dia tak bernafas!"

"Taeil, kau kena bertahan..."

-TBC

aku dah buat research. Maaf kalau aku ada buat salah 😭
Siapa yang belajar perubatan atau bakal doktor ke nurse sila betulkan.

Without You | 견딜만해 | Moon Taeil Where stories live. Discover now