"Selamat petang Cikgu Yoon Oh" Renjun bangun lalu memberi hormat.
"Kamu semua boleh duduk " Balas Jaehyun yang tidak bermaya kerana tidak cukup tidur beberapa hari .
Semua muridnya duduk tanpa memberi hormat terlebih dahulu seperti biasa yang dilakukan.
"Macamana masa Cikgu jennie mengajar? Kamu semua degil tak? "Jaehyun yang terus duduk dekat kerusi kerana tak larat.
"Tak" balas semua pelajar dengan kuat.
Jeno yang sedang tidur terus bangun selepas kepala terhentak di dinding.
"Macamana dengan abang cikgu? " jisung mula bertanya. Dia pun risau juga.
"Dia masih lagi tak sedarkan diri" Balas Jaehyun lalu bangun menulis sesuatu di papan putih.
"Sebenarnya dia sakit apa cikgu? " Sorn sambung bertanya.
Dan dia perasan sesuatu pada Jaehyun.
"Dia sakit jantung" Jaehyun berhenti menulis di papan putih.
Dia cuba berhenti sedih tapi beberapa pelajar yang duduk di bahagian depan sudah perasan terlebih dahulu."Janganlah sedih. Kami semua ada untuk Cikgu Yoon Oh" Renjun sebagai ketua kelas bangun dari meja dan cuba hentikan Jaehyun dari menangis.
Beberapa yang lain turut bangun dan memberikan semangat. Sorn memeluk Jaehyun supaya menjadi kuat lebih kuat.++++
[Doyoung POV]"Harini aku giliran jaga pula. Aku aka bersihkan badan kau dengan hati-hati dan tak sakitkan badan kau."
Aku perah tuala yang dah dibasahkan dan berhati-berhati semasa takut mengacau wayar yang berselirat di badan Taeil.
"Dah seminggu kau tak sedarkan diri, rasa macam baru je aku tau sakit kau . Ingat tak yang aku paksa kau bagitau malam tu"
Jujur aku cakap, aku sedih tengok keadaan dia. Dia takde apa-apa perubahan sejak dimasukkan dalam hospital.
Aku lap badan dia bersih-bersih dan keringkan lepas tu.
Aku tahu orang koma boleh dengar apa yang orang katakan tapi cuma dia tak mampu balas.
Aku pakaikan baju dan masa tu,
Tangan dia bergerak-bergerak dengan perlahan dan mata terbuka dengan sedikit.
Aku tekan butang kecemasan. Doktor Youngho dan beberapa jururawat yang lain terus masuk ke dalam bilik dan periksa keadaan Taeil.
"Syukurlah dia dah sedar..."
"Be..betul ke doktor? "
Aku seperti tidak mahu percaya. Akhirnya doa aku dimakbulkan hasil sentiasa berdoa setiap hari.
"Buat masa ni biarkan dia berehat dan pasal pembedahan tu.. "
"Saya faham" Aku senyum tetapi tidak selebar tadi. Doktor Youngho dan pembantu keluar dari bilik tak lama kemudian.
Aku duduk disamping Taeil yang dah sedar. Dia pandang muka aku dan sekeliling.
[End Doyoung POV]
"A-aku kat mana? " Penglihatan Taeil mula beransur pulih dan dia berusaha untuk bangun tetapi dihalang oleh Doyoung berikut keadaannya yang masih lagi lemah.
"Kau kat hospital. Jangan bangun lah kau baru je sedar" Taeil baring semula selepas dimarahi Doyoung.
"Dah berapa lama aku kat sini?" Taeil melihat infus di tangan kanan dan dia mahu buka alat bantuan pernafasan dipakai walaupun telah dicubit Doyoung tanda jangan dibuka.
Doyoung membuka telefon dan tunjukkan kalendar kepada Taeil. Dia tidak mahu cakap kerana tahu Taeil akan tanya tentang kolej.
"Macam mana hari tu? Lecturer aku tahu tak? Kawan-kawan aku tu semua" Taeil cuba bangun lagi walaupun telah dilarang Doyoung.
"Kawan-kawan kau dah tolong selesaikan semua" Doyoung betulkan kedudukan badan Taeil.
"Yujin mana? "
"Yujin? Dia kat kolej lagi " Balas Doyoung menyembunyikan kemarahannya.
"Baru bangun dah cari Yujin. Si Jaehyun dengan lain-lain taknak tanya pula" getus hatinya.
Doyoung menghubungi Jaehyun, Yujin dan lain-lain untuk memaklumkan yang Taeil sudah sedar.
"Doyoung, tt-tolong naikkan katil. Aku rasa tak selesa... Jaehyun mana? Aku rindu dengan dia.. " Ujar Taeil dengan lemah dan masih lagi pakai bantuan pernafasan.
"Nanti dia datang lepas habis mengajar. Kau rindu kat dia kan? Dia pun mesti rindu dengan kau juga. Sekarang ni kau berehat baik-baik dan jangan terlalu tertekan lagi" Doyoung duduk diatas katil dan tarik selimut Taeil sehingga paras dada.
-TBC
YOU ARE READING
Without You | 견딜만해 | Moon Taeil
FanfictionMoon Taeil, Kim Dongyoung dan Jung Yoon Oh adalah adik-beradik berlainan bapa. Walaupun begitu, mereka sangat rapat seperti isi dengan kuku dan tidak mahu berpisah. Segalanya normal sehinggalah Taeil mula berkelakuan aneh dan jadi pendiam. Hal itu...