Ep5

178 20 6
                                    

Taeil membasuh muka dan masuk kelas semula. Yuta datang dekat dan pukul bahu perlahan.

"Tadi kenapa ko keluar macam tergesa-gesa ? "

"Aku tiba-tiba rasa nak cirit-birit" Taeil keluarkan sapu tangan dari baju dan lap muka yang selepas balik dari tandas.

"Mujur sempat kalau tidak bilik ni dah bau semerbak dah"  Winwin ketawa terbahak-bahak dan buat highfive dengan Yuta.

"Kesian dia tau ! Mana tau tersalah makan ke" Yujin Yuta dan Winwin kemudian mencekak pinggang.

"Kalau korang tau pasal penyakit aku. Korang takkan bergurau lagi.. " Bisik Taeil dalam hati. Tapi lebih baik tiada siapa yang tahu.

++++

Taman perumahan.

"Doyoung abangku~ Nah" Jaehyun memberi Doyoung sekotak kek. Kunci kereta diletak di tempat sepatutnya

"Wuishh besarnya" Mulut Doyoung melopong.

"Tadi ada jamuan perpisahan guru tadi lepastu pengetua bagi kek ni" Jaehyun membuka suit baju dan mengipas muka guna surat khabar.

"Sedapnya tak sabar nak makan" kata Doyoung yang sudah menjilat bibir.

Harap maklum, awak tak shekshi.

"Eh. Mana abang ko seorang lagi tu? " Jaehyun memanjang tengkuk melihat-lihat bilik di tingkat dua.

"Taeil ke? Dia dalam bilik" balas Doyoung lalu pergi ke dapur.

"Alang-alang ko potong kek tu.
Ko potong satu lepastu hantar kat Taeil" ujar Jaehyun. Dia rasakan sesuatu tak kena tapi dia tak tahu apa sebenarnya .

"Banyak cantik muka ko. Ingat aku kerja delivery? " Doyoung menjelir lidah kepada Jaehyun.

"Takkan hantarkan salah" Jaehyun cuba membuka penghawa dingin tapi tidak boleh.

" Okay " Doyoung balas pendek. Dia akan hantar ke bilik Taeil bila dia dah habis makan.

"Mamat ni pun satu kenapa asyik terperap kat bilik je" Doyoung mengomel seorang diri membawa sepotong kek.

Baru saja dia hendak membuka pintu tiba-tiba dia terdengar sesuatu.

"Aku harap adik-beradik aku tak tahu pasal sakit aku ni. Bila aku mati nanti.. Tak, aku akan bagitahu pada masa yang sesuai"

Doyoung masuk bilik tanpa mengetuk terlebih dahulu. Taeil gelabah sorokkan ubat-ubat dibawah katil.

"Jaehyun bawa balik kek. Lepastu dia suruh hantar kat kau sikit" Doyoung berdiri di depan pintu.

"Letakkan kat meja depan tu" Taeil ambil buku dan sambung baca bab yang tertinggal.

Doyoung meletakkan kek di atas meja. Dia duduk di sebelah Taeil.
"Kau ada benda yang kau sorokkan ke.. " Doyoung cuba membaca raut wajah Taeil.

"Tt-takde kenapa? " Taeil meletakkan buku disebelah kanan.

"JANGAN NAK TIPU TAEIL! AKU DENGAR APA KAU CAKAP TADI!" Doyoung bangun lalu menengking Taeil.

Taeil terkejut dan pegang dada kerana sakit.

"Apahal gaduh-gaduh ni? " Jaehyun memasuki bilik, tak tenang dia nak pakai mask kucing, habis mask dia jatuh ke lantai.

"Tanya lah kat dia!" Doyoung menuding jari ke Taeil.

"Apa yang dia dah buat? " Jaehyun menenangkan keadaan. Dengan mask jatuh ke lantai, jadi serabut fikiran.

"Orang tanya jawablah! Kau dah tak boleh tipu lagi!" Doyoung menjerit dengan kuat.

"Benda boleh selesai baik-baik tak payahlah menjerit macam ayam hilang anak. Kita duduk dulu dan Taeil, sila cerita kenapa sebab Doyoung marah sangat sampai macamni? "

"Aa-aku sebenarnya.. Ada penyakit."

Mereka berdua tersentak dan berharap ianya bukan sesuatu teruk. Mereka tak mampu bersedia untuk menerima hakikat.

Taeil tak dapat sambung kata-katanya. Dia bingkas bangun dan buka laci.

Dia ambil satu fail dan bagi kepada Jaehyun. Doyoung menutup mulut kerana tak percaya.

Jaehyun pandang Taeil kerana tidak percaya. Doyoung cuba untuk tidak menangis tapi makin menjadi lagi teruk.

"Aku ada sakit jantung, itu lah sebabnya aku sorokkan dari semua orang. Aku taknak susahkan korang, biarlah aku tanggung kesakitan dari menyusahkan orang lain"

"Kenapa sorokkan daripada kitaorang? Kan aku dah cakap kalau ada apa-apa bagitahu je kitaorang" Jaehyun menepuk bahu Doyoung supaya bertenang. Walaupun dia pun tak dapat mengawal perasan sendiri.

"Aku tunggu masa yang sesuai nak bagitahu tapi hari ni tak sengaja terbocor. Doktor cakap ada caranya, pembedahan tapi terlalu berisiko.. " Taeil tidak dapat menyambung kata-kata.

"Doktor kata kau boleh bertahan sampai bila je? " Jaehyun cuba untuk tidak terlalu mengikut perasaan.

"Ikut keadaan . Kalau aku boleh bertahan panjanglah hayat aku kalau tidak sebaliknya"

"Lain kali kalau ada masalah ko bagitahu lah kitaorang" Jaehyun sudah menangis teruk.

Yep, dia gagal tahan emosi.

"Aku perlukan penderma, aku tak tahu berapa lama lagi boleh bertahan. Kalau aku takde, korang kena jadi orang berguna"

"Hyung, jangan cakap macam tu lagi.. Selain kitaorang berdua, Yujin tahu tak? " Doyoung pandang Taeil meminta kepastian.

Dia menggeleng kepala.

-TBC

Without You | 견딜만해 | Moon Taeil Where stories live. Discover now