Jaehyun baring di atas katil, remote dicapai dan TV dibuka.
"Hari ni hari sabtu, budak-budak tak sekolah aku pun tak mengajar. Taeil hyung pergi kelas hari ni. Doyoung pun kerja hari ni.
Dah buat apa eh hari ni? Jalan-jalan sekeliling taman? Penatlah nanti." Jaehyun termenung seorang diri. Siaran ditukar-tukar tapi takde satu pun yang menarik ."Semalam bobo dimana, bobo sama siapa , ngapain aja"
Jaehyun dengan malas bangun dari sofa dan ambil telefon bimbit. Ada misscall tapi dia pun tak kenal siapa yang hubungi . Jaehyun telefon semula nombor tadi. Tapi dia teragak-agak jugalah sebab takut scammer yang telefon.
"Hello, ini siapa ya?" Jaehyun telefon nombor tu semula tapi masih lagi teragak-agak .
"Weh Jaehyun jom main bola sepak"
"Kejap, awak ni siapa? Macam mana awak tahu nombor saya?" Jaehyun mengerutkan dahi.
"Inilah beza sahabat dengan musibat. Ini aku, Ten yang kau selalu panggil Chittapony dulu. Sampai menangis aku kat dalam toilet taknak keluar-keluar"
"Ingat ko dah mampus" Jaehyun bangun daripada sofa kerana terlalu teruja. Patutlah kawan sendiri tak kenal. Ten tukar nombor rupanya. Lagipun dah lama dah tak jumpa sejak kebelakangan ni. Maklumlah sibuk dengan hal masing-masing.
"Kata-kata merupakan satu doa" Balas Ten dalam perbualan. Orang kalau sayang dia doakan yang baik-baik."Yelah " balas Jaehyun sambil mengulingkan mata atau lebih tepat 'rolling eyes' .
"So nak main tak? Kalau nak kita jumpa kat tempat biasa" Ten sampai gigit-gigit kuku mahukan kepastian dari Jaehyun.
"Gila kau, mestilah nak main. Tunggu 20 minit " balas Jaehyun lalu mematikan perbualan.
"Weh anak Jung! Weh? Patutlah dia matikan call rupanya! "
Padang besar.
"Tahniah anak Jung. Datang juga kau ni. Aku ingat ko buat janji korea tadi" perli Ten.
"Ini Jung Yoon Oh lah . Mana main janji korea" balas Jaehyun sambil tersenyum.
"Weh Ten, Jaehyun. Jomlah dah nak start main dah ni" panggil yang lain.
"Okay!! " balas Ten dan Jaehyun serentak.
++++
"Aduh penatnya! Sampai juga rumah, kaki aku dah kebas sangat dah ni." Doyoung mengurut-urut kaki kerana seharian suntuk berdiri.
"Aik? Mana semua orang? Takkan aku seorang je kat rumah? Seram mak jah" Doyoung bangun dan periksa semua bilik dan ruang.
Doyoung mengeluh kerana dia seorang diri di rumah.
Dia kembali ke ruang tamu dan pasang cas telefon.
Oh, Taeil ada hantar mesej kepada Doyoung.
duyung
Mau apaan Taeil? Makanan? Sepeda? Mobil? Ponsel?Abgbulan
Ko dah pahal tiba-tiba cakap indonesia?duyung
Saja baru tengok sinetron Dia bukan anakku.Abgbulan
Weh ko kenal tak classmate aku?duyung
Yang mana? Taeyong ke?
Abgbulan
Ha! Yang tu lah! . Dia nak pinjam ps4 ko.duyung
Cakap dengan dia ps4 aku dah lama rosak.Abgbulan
Ko jangan main-main young!duyung
Ko nampak ada ke aku main menatang tu? Takde kanAbgbulan
Nanti aku cakap dengan Taeyong yang dia takde rezeki nak main hahaha.Duyung
Dia anak tiang sari eh Tan Sri kan . Kenapa tak minta bapak dia belikan je
Abgbulan
Pale kotak ko sejak bila dia anak TanSri ?!duyung
Ouh, Bukan eh?
Abgbulan
bukan!duyung
Aku nak mandi bye
Balas Doyoung buat kali terakhir lalu mematikan telefon."Woi! Ko ni bila kena marah sikit terus nak mandi! Buat apa kat dalam bilik air tu?! main sabun?!" Taeil menyumpah seranah Doyoung sebelum menaiki bas untuk pulang ke rumah.
Semua orang didalam bas tengok bercakap tentang dia dan membuat Taeil memohon maaf kerana malu.
Sunway.
[Ten POV]
"Weh Jaehyun, aku nak tanya ko sikit boleh" Teruk betul si Jaehyun makan sandwich. Jangan sampai tercekik sudahlah. Mulut aku kan masin.
Dan betul,
"Gelojoh betul anak Jung ni! " Terpaksa lah aku jadi doktor tak berbayar hari ni.
"Lega pun" Jaehyun terminum air coca-cola aku. Kurang ajar.
"Woi ko minum air aku lah! " Dahlah mahal tu aku seludup. Eh tak, aku budak baik.
"Ouh iyeke? Sorry hehehe" Jaehyun menggaru kepala. Ada kutu lah tu.
"Bertuah punya budak"
Jaehyun hanya ketawa kecil.
"Eeh jaehyun . Aku nak tanya jap"
"Apa dia? " balas Jaehyun sambil mengunyah sandwich perlahan-lahan. Reti taubat pula budak ni.
"Kenapa nama keluarga korang lain eh? yang Doyoung nama depan dia Kim, Taeil pula Moon dan ko pula sebaliknya"
Sebenarnya aku agak takut jugalah untuk tanya soalan tu pada Jaehyun. Yelah, bukan semua jenis chill gitu.
"Kitaorang adik-beradik sama mak lain bapa" selamba badak si Jaehyun ni balas . Mulut aku dah melopong sebesar penumbuk. Whatt?
"Hah? Mak korang kahwin tiga kali ke? Itu adik-beradik tiri lah kiranya?"
"Haah.Tapi kitaorang tetap dikira adik-beradik kandung sebab sama mak. Lainlah mak lain bapa sama, Semua suami dia dah meninggal termasuk bapak aku..
Lagipun benda dah lama. Mak aku pun dah meninggal." Jaehyun tersenyum dan sambung makan."Korang bertiga tinggal dengan siapa sejak ayah-ayah dengan mak korang meninggal? " Tanya aku lagi.
"Lepas mak aku meninggal, satu-satunya adik perempuan mak aku yang jaga " Aku nampak Jaehyun hampir menangis tapi dia cuba tahan.
"So sekarang korang still tinggal dengan makcik korang ke? "
"Sekarang tinggal bertiga je"
"Mana makcik ko yang jaga dari kecil dulu tu? "
"Dia dah meninggal tahun lepas sebab kena langgar lari" Aku nampak air mata dia mula jatuh ke lantai. Tapi aku pasti kalau tanya mesti dia takkan mengaku.
"weh Jaehyun jangan menangis. Sorrylah weh"
"Mana ada aku menangis aku menguap je sebab tu aku keluar air mata" Apa pasal lah nak tipu, nangis je lah.
"aku janji aku taknak tanya pasal family ko lagi dah" Aduh, keluar mata jantan aku harini.
"Takpe aku tak kisah pun"
Aku tengok jam dan nak dah masuk pukul 5. Aku pun minta diri balik dulu takut balik nanti jalan sesak.
[End Ten POV]
-TBC
YOU ARE READING
Without You | 견딜만해 | Moon Taeil
Fiksi PenggemarMoon Taeil, Kim Dongyoung dan Jung Yoon Oh adalah adik-beradik berlainan bapa. Walaupun begitu, mereka sangat rapat seperti isi dengan kuku dan tidak mahu berpisah. Segalanya normal sehinggalah Taeil mula berkelakuan aneh dan jadi pendiam. Hal itu...