Bab 4

6.7K 139 6
                                    


BERBEKALKAN wang simpanannya yang disimpan tanpa pengetahuan Wazir, Abyana Ruzda dapat meneruskan kehidupannya. Ke negeri Cik Siti Wan Kembang dia merantau. Jauh daripada kenangan lama. Apa yang pasti setelah dua tahun dia berada di sini Abyana Ruzda senang dengan hidupnya sekarang.

"Mama, hari ni kat sekolah cikgu tanya bapa kerja apa," beritahu Arwa sambil memandang Abyana Ruzda tidak berkelip. Abyana Ruzda tersentak. Dia tidak pernah melarang Arwa mengingati bapanya itu. Meskipun dalam hati dia bencikan Wazir kerana menipunya.

"Habis Arwa cakap apa?" tanya Abyana Ruzda. Dia turut membalas pandangan Arwa. Ingin tahu apa yang Arwa rasa. Walaupun Arwa baru berusia lima tahun dia sedar Arwa bijak berfikir dan berbicara.

"Arwa cakaplah dulu bapa kerja bawa lori. Sekarang Arwa tak tahu dia kerja apa," kata Arwa hanya beriak biasa.

"Arwa nak jumpa bapa ke?" tanya Abyana Ruzda. Bimbang si kecil itu mahukan kasih sayang seorang bapa. Meskipun, Wazir tidak layak dianggap bapa.

"Taklah. Arwa dengan mama saja pun dah okey," beritahunya sambil senyum. Lantas tubuh Arwa dipeluknya. Terima kasih sayang kerana memahami mama. Kata-kata itu bergema dalam hatinya. Buat apa dia mahu memaksa Arwa.

Abyana Ruzda tidak perlu ingat lagi tentang Wazir yang menyakitkan hatinya itu. Dan dia bersyukur apabila Wazir menjatuhkan talak melalui mesej. Dia pulang semula ke bandar itu dan menyelesaikan masalah itu. Nomi banyak menolongnya dalam segala hal. Walaupun takut dengan geng lintah darat tersebut, dia terpaksa. Dia tetap berhati-hati dengan geng lintah darat tersebut. Berusaha sedaya upaya supaya tidak tertangkap.

Abyana Ruzda memimpin tangan Arwa ketika keluar dari kedai kek tersebut. Arwa kalut mahu menyambut harijadinya di Pasti, tempat dia belajar sekarang. Akhirnya dia mengalah juga dengan rengekan Arwa. Ketika keluar dari kedai kek tersebut Arwa terlanggar kaki seorang lelaki.

"Minta maaf encik, anak saya tak nampak," kata Abyana Ruzda bagi pihak Arwa. Lelaki itu memandangnya dengan pandangan terkejut.

"Tak apa... tak apa," kata lelaki tersebut. Namun, matanya tidak berkelip memandang Abyana Ruzda.

"Kita pernah jumpa kat mana-mana ke, encik?" tanya Abyana Ruzda pantas. Dia memang ingin tahu apabila melihat pandangan terkejut lelaki itu. Setahunya, dia memang tidak kenal lelaki tersebut.

"Muka... muka awak macam kawan saya," katanya.

"Hmm... orang dalam dunia ni ada tujuh muka yang mungkin sama. Sebab itulah encik nampak saya macam kawan encik," kata Abyana Ruzda.

Rasa macam nak cilikan mulutnya sahaja yang pandai beramah-mesra dengan orang yang tidak dikenali. Abyana Ruzda pantas menarik muka dan terus memimpin tangan Arwa. Bimbang jika awan gelap itu akan membawa hujan dalam waktu singkat. Jika hujan berbasahlah mereka berdua. Mereka berdua basah tidak mengapa, tetapi kalau kek yang basah memang tak boleh sambut hari jadi Arwa.

"Mama, macam mana ni mama? Hujan dah mula turun. Nanti rosaklah kek Arwa," Arwa sudah merengek sambil tangannya itu ditadah tinggi. Ada rintik-rintik hujan sudah mengena telapak tangannya. Dalam sekelip mata saja, hujan turun dengan lebatnya. Topi keledar yang baru sahaja mahu dikeluarkan dari tempat simpan barang motor skuternya itu dimasukkan kembali. Mereka berdua berlari ke kaki lima rumah kedai itu semula.

"Eh! Tak balik lagi?" tanya lelaki tadi. Abyana Ruzda pantas menoleh.
Itulah Abby, lain kali mulut kau jangan ramah sangat. Dia memarahi diri sendiri.

"Tak boleh balik pak cik, hujan. Nanti rosak kek Arwa," jawab Arwa.

Ha, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke dalam nasi. Mulut Arwa pun sama laju dengannya. Abyana Ruzda menarik tangan Arwa untuk pergi jauh dari situ. Abyana Ruzda sudah lupa bahawa dia perlu berhati-hati dengan semua orang. Mana tahu orang-orang yang dia jumpa itu adalah geng lintah darat. Masuk semula ke dalam kedai kek tadi.

"Kan akak dah cakap hujan nak turun. Kek tu akak boleh hantar esok," kata pemilik kedai yang sememangnya mereka kenali. Tinggal satu tempat dengan mereka.

"Hmm... tak sangka pula secepat ni hujan nak turun," balas Abyana Ruzda.

Abyana Ruzda hanya memandang keluar kedai. Hatinya tiba-tiba tidak keruan. Hanya kerana dia berbual dengan lelaki yang tidak dikenali itu, dia terus sahaja bimbang. Mana tahu lelaki itu masih lagi ada. Berbual dengan pemilik kedai kek itu pun dia rasa tidak selamat. Setelah hujan berhenti, Abyana Ruzda pantas memohon diri. Mahu segera sampai ke rumah dan menyembunyikan diri.

"Kenapa mama nampak macam takut aje?" tanya Arwa ketika mereka berdua sudah berada di dalam rumah. Geram pula dengan Arwa yang suka bertanya itu dan ini.

"Mama takut hujan lagi," Abyana Ruzda mendapat akal.

Arwa menggelengkan kepalanya. Jawapan mamanya itu tidak memuaskan hatinya, tetapi dia hanya diam saja.

SELEPAS menghantar Arwa ke Pasti, Abyana Ruzda terus memecut motor skuternya untuk ke tempat kerja. Sudah lama dia bekerja di kedai buku tersebut. Masanya fleksibel dan pemiliknya itu membenarkan dia membawa Arwa selepas habis waktu sekolah. Itulah yang membuatkan dia terus berada di kedai tersebut. Payah mahu mencari majikan sebaik dia.

"Maaf, Kak Nor saya lambat hari ni," kata Abyana Ruzda sambil meletakkan begnya di bawah meja juruwang.

"Kak Nor pun baru sampai," jawabnya sambil senyum.

"Tak nampak kereta Kak Nor pun. Abang Min hantar ke?" tanya Abyana.

"Taklah adik Kak Nor hantar." Jawabnya tersenyum. Abyana Ruzda anggukkan kepalanya. Dia tahu majikannya itu ada adik, tetapi adiknya itu berada di luar negara. Mungkin sudah kembali ke Malaysia barangkali. Tidak perlulah dia ambil tahu hal keluarga mereka. Yang penting diri sendiri dan juga Arwa.

ISTERI ATAS KERTASWhere stories live. Discover now