Bab 2

7.9K 170 1
                                    

ABYANA RUZDA hanya duduk di sudut bilik itu. Itulah penangan cinta. Bercinta bagai nak rak, tapi sekarang dia sedang makan hati selepas berkahwin. Padahnya sudah ada di depan mata.

"Buka pintu!" jerit si suami yang mengetuk pintu berkali-kali. Tidak dapat ketuk dengan tangan, si suami menyepak pintu.

Dia ingat aku sewel mahu buka pintu. Tidak mungkin lagi. Dia hanya menerima sahaja apa yang Wazir lakukan. Bukan sekali dua. Malah berkali-kali. Hairan betul kenapa lelaki yang terlalu baik itu menjadi perengus sedemikian rupa. Sekelip mata Wazir berubah selepas berkahwin. Habis madu sepah dibuang.

"Kau buka pintu ni! Kalau tak aku tendang pintu ni!" jeritnya lagi.

Abyana Ruzda diam lagi. Di tangannya itu sudah ada pelita suluh. Jika pintu bilik itu terkopak dia akan melawan dengan pelita suluh ini. Diam. Tiba-tiba pintu itu berkeriuk dibuka. Jantung Abyana Ruzda tersentak. Mana pula dia tahu aku letak kunci di situ. Kenapalah aku bodoh sangat kunci pintu, tapi letak kunci di luar.

Wazir tersengih dengan memegang tangan kecil Arwa. Sakit hati apabila Wazir menggunakan Arwa untuk menghampirinya.

"Mama, bapa cakap dia tak boleh masuk sebab mama kunci pintu. Arwa bagilah kunci dekat bapa," beritahu si kecil itu. Tentu Arwa baru bangun tidur dari bilik sebelah kerana suara bising Wazir.

"Arwa lebih cerdik daripada mama kan. Sekarang ,Arwa keluar dulu bapa nak cakap dengan mama," kata Wazir sambil memimpin Arwa keluar dari bilik itu. Pintu bilik ditutup.

Abyana Ruzda kejap memegang pelita suluh tersebut. Berjaga-jaga jika Wazir mahu memukulnya lagi. Dia sudah nekad mahu melawan biarpun itu suaminya. Lantaklah apa nak jadi pun.

Wazir duduk di atas birai katil yang sudah hampir roboh itu. Tilam pun sudah nipis. Selama menjadi isteri Wazir tilam itulah yang digunakan mereka. Wazir tak pernah memberi keselesaannya kepadanya.

"Tak payah berdiri kat situlah. Kau ni aku balik sebab aku rindukan kau. Kau nak sambut aku dengan pelita suluh tu," kata Wazir. Dia sengih memandang Abyana Ruzda yang berdiri di tepi dinding.

"Cakaplah apa yang awak nak cakap. Saya dengar kat sini saja," kata Abyana Ruzda. Sejak dia diperlaku tak seperti isteri dia sudah tawar hati kepada Wazir. Manisnya cinta Wazir hanya ketika di awal perkahwinan sahaja. Selepas Arwa lahir semuanya sudah tidak bermakna lagi.

Wazir menelentang di atas tilam. Dia menepuk-nepuk tilam di tepinya. Wazir bangun semula. Dia merenung memandang Abyana Ruzda yang masih seperti tadi.

"Aku nak kahwin lain," kata Wazir.

Hati perempuan mana yang tidak sakit apabila suami mahu kahwin lain. Tapi, tidak bagi Abyana Ruzda. Dia mengeluh lega. Sekurang-kurangnya dia tidak mendapat dosa lagi apabila melayan Wazir dengan tidak ikhlas. Itu menapak ke dalam neraka namanya.

"Kau sukalah tu. Aku tahu kau mesti seronok aku nak kahwin lain," kata Wazir bangun menghampiri Abyana Ruzda. Abyana Ruzda bergerak menjauh. Hinggakan terhenti di tepi almari.

"Awak ingat saya ni tak ada perasaan ke?" tanya Abyana Ruzda berani.

"Mana aku tahu. Aku minta maaf sebab selalu pukul kau dan marahkan kau," kata Wazir.

"Baru sekarang awak nak minta maaf. Sebab nak suruh saya sign borang poligami. Kenapa tak pergi nikah di Siam saja," kata Abyana Ruzda semakin berani. Apabila melihat Wazir tidak perengus seperti biasa. Muka dia ceria, agaknya sebab nak dapat bini baru.

"Betullah aku minta maaf dengan ikhlas ni." Wazir hampiri Abyana Ruzda. Pinggang Abyana Ruzda dipegangnya. Abyana Ruzda memejamkan matanya. Tidak sanggup tangan yang pernah memukulnya itu memeluknya. Mulut yang memakinya itu menciumnya. Dia tidak sanggup! Pantas tangan Abyana Ruzda menolak dada Wazir dengan kuat. Wazir yang sudah mahu mencium bibir Abyana Ruzda terkejut. Namun, Wazir bukanlah lelaki yang akan menyerah kalah. Tubuh Abyana Ruzda dipeluk kejap.

"Kau ni, dah berbulan-bulan kau tak layan aku," kata Wazir sambil mencium pipi Abyana Ruzda. Mulut Abyana Ruzda sudah mahu menghamburkan muntah. Geli dengan pelukan dan ciuman Wazir.

"Nak layan apanya, bila balik nak pukul saja," kata Abyana.

"Kali ni aku tak pukullah. Aku nakkan kau aje," Wazir sudah terbuai-buai dengan wangian di badan Abyana Ruzda. Leher Abyana Ruzda diciumnya.

"Janganlah... Waz. Saya cuti ni," kata Abyana Ruzda lagi.

"Kita dah kahwin lama dah. Aku tahulah kau tu macam mana. Kalau cuti busuk semacam saja. Ini tak wangi macam ni kau mesti baru lepas cuti," kata Wazir lagi. Tersengih-sengih macam orang gila seks.

Abyana Ruzda telan liur. Memang dia baru sahaja lepas period. Dan semalam memang menakutkan kerana dia terlupa makan ubat perancang. Walau macam mana pun dia mesti mengelak dari bersama Wazir. Tidak lalu dia melayan Wazir dan yang paling menakutkan dia mengandung lagi.

Abyana Ruzda peluk pinggang Wazir.

"Waz, mana borang tu. Bak sini, saya nak sign." Pujuk Abyana Ruzda dengan cara halus.

Abyana Ruzda mengusap belakang Wazir. Berselawat agar Wazir lupakan niat untuk menidurinya. Wazir terhenti aksinya yang mahu mencium leher Abyana Ruzda. Wazir pandang Abyana Ruzda dengan lunak.

"Bukan setakat borang poligami sahaja aku nak kau sign. Borang lain pun ada. Kau sanggup ke?" tanya Wazir sambil senyum.

"Sangguplah selagi saya boleh sign saya signlah," kata Abyana Ruzda bersetuju. Tidak mahu mendapat dosa kerana tidak ikhlas. Biarlah borang apa pun asalkan dia terlepas daripada dosa.

Wazir tidak jadi memanjangkan aksinya tadi. Abyana Ruzda melepaskan nafas lega. Lega yang amat sangat. Wazir keluar dari bilik dan masuk semula ke dalam tidak sampai lima saat. Dia membawa satu sampul surat. Dan mengeluarkan isi di dalam sampul surat tersebut. Wazir menghulurkan pen kepada Abyana Ruzda. Melihat saja borang poligami itu Abyana Ruzda tidak tunggu lama terus saja tandatangan. Sambil diselak oleh Wazir. Ada tiga borang yang perlu ditandatangan. Janji Wazir tidak mahu menidurinya hari ini. Abyana Ruzda menghulurkan borang tersebut kepada Wazir yang sedang sengih.

"Kalau aku kahwin baru pun aku tak akan lupakan kau. Dalam semua perempuan yang aku kenal tubuhnya kau yang paling hebat sekali," kata Wazir.

"Kalau saya paling hebat tentulah awak tak kahwin lain Waz. Maknanya saya bukan hebat pun," kata Abyana Ruzda. Mahu menyuruh Wazir menceraikannya dia tidak mahu. Biarlah Wazir dengan sendiri menjatuhkan talak untuknya. Abyana Ruzda tidak mahu bergegar tiang Arasy jika dia memohon diceraikan.

"Kau yang cakap macam tu. Aku cakap benda betul," kata Wazir tidak mahu kalah. Dia sudah memasukkan borang-borang tadi ke dalam sampul semula.

"Kau tak payah pegang pelita suluh tu. Aku tak akan pukul kau lagi," kata Wazir lagi.

Abyana Ruzda tetap tidak melepaskan pelita suluh itu. Itu senjatanya. Jika Wazir bertindak sekali lagi dia akan ayunkan pelita suluh itu. Nekad tidak mahu lagi disakiti. Tidak mahu lagi membiarkan tubuhnya itu sakit. Semoga selepas ini, dia hanya akan mengulit bini barunya sahaja.

"Kau tak menyesal ke bagi aku kahwin ni?" tanya Wazir sekali lagi.

"Kahwinlah kalau awak mampu nak berlaku adil. Bukannya saya yang nak menjawab di akhirat kelak..." sinis Abyana Ruzda melontar kata. Dalam hati dia tidak hairan. Melayari hidup bersama Wazir bukannya membahagiakan. Tetapi, menyakitkan hati.

"Berani kau lawan aku sekarang ya..." Wazir tanamkan matanya ke arah Abyana.

"Bukan melawanlah, cuma cakap saja," balas Abyana Ruzda perlahan. Bimbang juga Wazir mengamuk. Senyuman terpaksa diukirkan kepada Wazir. Wazir terus melangkah keluar dari bilik. Abyana Ruzda membuntutinya. Pipi Arwa dipegang sekali lalu dan dia terus keluar dari rumah. Abyana Ruzda menarik nafas lega. Pelita suluh yang dipegang tadi perlahan-lahan diletakkan di atas kusyen lusuh di tepinya.

ISTERI ATAS KERTASWhere stories live. Discover now