Bab 17

2.8K 47 6
                                    


ABYANA RUZDA mendengus. Sakit hati apabila Rafeez buat dia menjadi orang gaji di dalam rumahnya. Ingatkan apabila selesai dengan menyusun buku-buku itu, dia tidak lagi perlu berjumpa dengan Rafeez. Sudahnya, dia tetap di sini. Sedang menghidangkan makanan di atas meja makan.

"Kau ni... aku nak kurangkan duit hutang kau. Patutnya kau bersyukur. Ini tak, asyik nak merungut saja," suara Rafeez bergema dalam telinganya. Rafeez memang gemar memerhati tanpa kata. Selepas lama memerhati barulah dia akan menegur. Jika Rafeez boleh berkata begitu, nampaknya dia sudah lama berada di situ.

"Ini sudah lebih encik, gaji saya encik ambil. Lepas tu buat saja jadi orang gaji pulak," kata Abyana.

"Tapi, hutang kau makin berkurang kan. Tak banyak, tapi sekurang-kurangnya makin susut." Rafeez menarik kerusi lalu duduk. Dia memandang mee goreng di dalam pinggan. Bau harum mee goreng itu menusuk ke dalam hidungnya.

"Pergi panggil budak bertiga tu..." arah Rafeez.

Abyana Ruzda mengetap bibir. Jika dia tidak terfikir tentang hutang itu, mati hidup semula pun dia tidak akan mengikut arahan Rafeez. Tidak lama selepas itu, mereka semua masuk ke dalam dapur.

"Hari ni dan hari seterusnya kita akan bersarapan sedap. Ada tukang masak. Cepat ucap terima kasih dekat dia," arah Rafeez kepada Sharin, Cop dan Man. Ketiga-tiga mereka mengucapkan terima kasih kepada Abyana Ruzda dengan serentak sambil menundukkan badan. Terkejut dengan tingkah mereka itu, Abyana Ruzda mahu tergelak. Namun, termati gelaknya itu apabila Rafeez lunak memandangnya.

"Tak payahlah ucap terima kasih berirama begitu. Saya buat kerja saya," kata Abyana Ruzda mahu menjauhkan rasa terkejut dengan pandangan Rafeez.

"Kami dah diajar begitu..." sahut Sharin.

Abyana Ruzda mahu gelak sekali lagi. Mereka semua benar-benar seperti konco-konco peminjam wang Korea. Terlalu hormatkan ketua mereka sampaikan sanggup buat apa sahaja yang diarahkan.

Cop dan Man tidak banyak bercakap. Mereka asyik menyuap mee goreng. Sedap atau terlalu lapar? Dia tidak mahu tahu.

"Saya pergi dulu..." kata Abyana Ruzda juga menunduk. Eh... Eh... Abyana Ruzda kau mimpi ke? Abyana Ruzda cepat berdiri tegak. Rafeez menyembunyikan senyuman apabila perasan dengan tingkah Abyana Ruzda. Abyana Ruzda pantas berlalu keluar. Lagi lama dia dalam rumah tersebut memang boleh jadi gila. Gila kerana terikut-ikut apa yang mereka buat.

ABYANA RUZDA membuka pintu kedai buku. Biarpun agak letih kerana terpaksa membuat dua kerja. Sekurang-kurangnya dia tidak lagi hidup dalam ketakutan. Tidak lagi perlu hidup bersembunyi. Allah memudahkan segala urusannya. Abyana Ruzda pandang muka Norly yang baru masuk ke dalam kedai buku. Muka Norly nampak tak bermaya. Norly menghilang ke dalam pejabatnya. Abyana Ruzda mengaturkan langkah ke dalam bilik Norly.

"Kak Norly..." panggil Abyana Ruzda perlahan. Bimbang mengejutkan Norly.

"Ha... Abby..." Norly mendongak memandangnya.

"Kak Norly nak minum air Milo?" tanya Abyana Ruzda. Dia sengih.

"Boleh juga. Kak Norly tak sempat minum kat rumah. Sibuk dengan anak kecil. Maklumlah dah lama Kak Norly tak ada anak kecil," ujarnya sambil sengih.

Abyana Ruzda hairan daripada mana pula datangnya anak kecil. Tapi, dia tidak mahu menyibuk tentang hal majikannya itu. Dia sendiri tak pernah bercerita tentang dirinya, buat apa dia mahu tahu hal orang.

"Semua orang sibuk semalam dengan si kecil tu. Mak dengan ayah dia tak ada. Pergi bercuti," kata Norly. Dia senyum menyembunyikan hal sebenarnya. Malu untuk bercerita. Keluarganya yang senang-lenang itu juga tidak lari daripada masalah. Masalah besar. Penceraian yang amat ditegah oleh babanya. Namun, ianya terjadi juga kepada anak keduanya.

"Nanti bila mak dan ayah dia dah balik , bolehlah Kak Norly berehat." Abyana Ruzda terus meminta diri untuk keluar. Tidak patut dia berlama-lamaan dia dalam bilik majikannya itu. Lagipun, dia ternampak seorang pelanggan masuk ke dalam kedai buku. Bukannya tiada perkerja lain dia dalam kedai, namun Abyana Ruzda gemar melayan pelanggan. Pelanggan tersebut selesai membeli tiga buah novel. Abyana Ruzda hanya memerhati saja perkerja lain yang sedang melayan pelanggan.

"Seronok tengok orang membeli buku Kak Abby ya..." kata Netty.

"Hmm... bau buku dah buat Kak Abby macam kena ganja," Abyana Ruzda ketawa kecil.

"Ha... Tudia. Sampai macam tu sekali. Netty tak adalah teruk sampai macam tu," Netty gelak. Abyana Ruzda ikut ketawa juga.

"Kak Abby... adik Kak Nor yang handsome tu dah tak datang ke?" tanya Netty perlahan. Abyana Ruzda pandang Netty.

"Yang mana. Ada dua orang kan?" tanya Abyana Ruzda. Rafeez dan juga Sharin.

"Yang selalu tengok Kak Abby tu..." kata Netty. Abyana Ruzda telan liur. Netty perasankah?

"Siapalah yang nak tengok Kak Abby ni. Janda anak satu," Abyana Ruzda gelak.

Netty gelak sambil menutup mulutnya. Jika Abyana Ruzda tidak memberitahu bahawa dia adalah janda, mati-mati dia ingatkan Abyana Ruzda adalah anak dara. Tak nampak macam janda. Sebab dia sendiri biasa tengok janda dekat dengan rumahnya. Bergaya sakan. Mengalahkan anak dara.Tapi, Abyana Ruzda tidak begitu. Sentiasa sederhana saja penampilannya. 

ISTERI ATAS KERTASWhere stories live. Discover now