Bab 16

5.6K 92 11
                                    


TERBELIAK mata Razuan terpandangkan Daniela yang sedang menari dengan seorang lelaki asing. Lelaki kulit putih. Selama dia belajar di luar negara tidak pernah sekalipun dia menghadiri majlis sebegini. Daniela nampak seronok apabila lelaki itu asyik mencium lehernya. Selendang yang dikatakan akan menutup dadanya yang terdedah sudah tiada. Daniela hanya membiarkan sahaja lelaki kulit putih itu meraba-raba punggungnya.

Razuan tidak sanggup menjadi lelaki dayus. Dia pantas melangkah masuk ke dalam majlis yang dipenuhi dengan lelaki asing. Sementara perempuan pula adalah perempuan Melayu yang menemani mereka. Ketika dia menghampiri mereka berdua, pasangan itu sedang berkucupan.

"Dani!" jerkah Razuan sambil menarik tangan Daniela. Ketika itu, barulah kucupan mereka terlepas. Pipi Daniela terus ditamparnya. Daniela memandang Razuan dengan muka pucat. Terkejut. Bagaimana Razuan boleh berada di depan matanya sekarang.

"Are you okey, darling?" lelaki itu terus memegang pipi Daniela. Itu membuatkan Razuan semakin berasap. Daniela mengangguk kepada lelaki tersebut.

"Raz... Dani..." Daniela tidak tahu apa yang telah Razuan lihat. Sejak tadi atau ketika dia sedang berkucupan dengan majikannya ini. Lambat-lambat, Daniela menyengih.

"Raz dah nampak kan. Dia lebih pandai mencium daripada Raz..." kata Daniela. Buat apa dia mahu menyembunyikan hal tersebut. Baginya memang benar pun. Dengan Razuan dia sentiasa mahukan lebih. Namun, hampa. Razuan tidak dapat memuaskannya.

"How dare you, Dani!," kata Razuan.

"Hmm... Raz pun sanggup rampas Dani daripada Raf." Daniela memulangkan paku buah keras. Daniela pula bersetuju kerana Razuan adalah anak sulung kepada Tengku Razil. Dan dia juga termakan godaan Razuan ketika itu. Ketika dia tergoda itu, dia tidak berfikir panjang pun. Hanya mengikut kata hatinya saja. Tapi, sekarang dia rasa lebih baik dia bersama Rafeez. Namun, segalanya sudah hancur. Rafeez sudah membencinya.

Razuan terdiam dengan kata-kata Daniela. Daniela tidak pernah ikhlas bersamanya. Dan dia bodoh kerana menyangka, Daniela memilihnya kerana cinta. Tapi, setiap kali nama Rafeez yang disebut Daniela, Razuan tahu Daniela masih lagi mencintai Rafeez.

"Daniela binti Daud aku ceraikan kau dengan talak tiga!"

Razuan terus keluar. Tidak mahu lagi melihat Daniela. Razuan terus memandu pulang. Tidak hairan jika malam ini Daniela tidak pulang. Jika dia tidak pulang malam ini, Razuan tahu Daniela pasti bersama dengan lelaki yang menari dengannya itu.

MUKA Razuan yang masam mencuka dipandangnya lama. Tengku Adihah tidak tahu mahu bertanya atau membiarkan Razuan bercerita dengannya. Ketika Tengku Adihah mahu membuka mulut, Daniela masuk ke dalam rumah dengan pakaian semalam. Tengku Adihah terkejut melihat Daniela dengan pakaian tersebut. Dan paling mengejutkan ada tompokan kecil berwarna merah di leher dan di lurah dadanya. Dia mengucap panjang.

"Bonda, Dani nak ambil barang Dani," katanya tanpa perasaan.

"Hah!..." Tengku Adihah tidak tahu hujung pangkal.

"Raz dah cerai dia dengan talak tiga, bonda," kata Razuan tanpa memandang bondanya. Ternganga Tengku Adihah dengan berita itu.Daniela terus naik ke atas. Tidak lama selepas itu, Daniela turun dengan dua buah beg. Barang-barangnya itu sudah dikemaskan oleh Razuan. Tidak mahu terpalit lagi dengan Daniela.

"Dani pergi dulu. Baby, Raz akan jaga," kata Daniela sambil menggamit lelaki kulit putih yang berada di dalam kereta. Tengku Adihah tidak dapat berkata apa-apa. Dia sungguh terkejut dengan apa yang dilihat dan didengarinya sekarang.

"Apa dah jadi, Raz?" tanya Tengku Adihah selepas hilang rasa terkejutnya.

Razuan bercerita daripada awal hingga akhir tentang itu. Apa yang boleh Tengku Adihah buat sekarang hanya memberi semangat kepada Razuan. Kedua-dua anak lelakinya itu kecewa dengan perempuan yang sama. Perempuan yang melukakan hati mereka berdua. Cukuplah sekali ini saja mereka berdua terbabit dengan perempuan yang sama.

Berdoa dan berharap agar tiada lagi perempuan sama yang dicintai mereka berdua. Hubungan mereka berdua tidak pernah baik sejak kecil hingga ke dewasa. Moga-moga, prinsip yang dipegang suaminya itu tidak dilaksanakan. Hanya orang yang berkahwin saja boleh tinggal di dalam rumahnya. Baginya prinsip suaminya itu tidak boleh diterima pakai langsung. Saat ini dia benar berharap agar suaminya yang sentiasa memilih kasih . Tidak sanggup untuk dia berpisah dengan cucunya itu. Biarlah kali ini Tengku Raziq memilih kasih.

ISTERI ATAS KERTASWhere stories live. Discover now