CHAPTER 03

121 8 0
                                    


KELOPAK mata dibuka perlahan-lahan. Dengan pandangan berbalam, dia lihat sekeliling. Tak pasti dirinya ada di mana. Yang pasti tempat itu begitu asing.

"Di mana aku?"

Aryan cuba untuk bangun. Namun kepalanya terasa pusing. Tengkuknya terasa sakit. Dia cuba menyentuh. Tapi tangannya tak dapat gerak. Tubuhnya turut kaku.

Pantas lelaki itu tunduk. Baru perasan kini dirinya sedang terikat di sebuah tiang tengah-tengah bilik tersebut.

"Apaan ini?"

Aryan meronta kuat, cuba untuk lepaskan diri. Namun usahanya gagal. Ikatan tangan di belakang tetap tersimpul erat. Lilitan tali di badan tetap terbelit kukuh.

"Arrgghhh!" keluhnya geram. Kepala kembali tersandar di tiang. "Ya Tuhan. Apa yang sedang terjadi ini?"

Dalam kecelaruan, lelaki itu cuba ingat semula apa yang berlaku. Dari saat dia jejak kaki di KLIA semalam, hinggalah teksi yang dinaikinya ditahan. Kemudian dia dibawa lari dengan sebuah van putih.

Aryan cuba flashback lagi.

Waktu dalam van itu dia ada bertengkar dengan salah seorang. Gadis itu. Gadis bermata biru. Ya! Dia ingat lagi. Dan selepas itu pandangnya terus gelap bila seseorang pukul kepalanya dari belakang.

Mata Aryan kembali pandang sekeliling. Meliar perhati bilik sederhana besar tersebut. Kemas, bersih, teratur. Bermakna tempat ini bukan rumah tinggalan. Lengkap dengan perabot. Ada almari. Ada sofa. Katil. Tilam.

"Ah! Ngapain aja nggak diikat aku atas tilam empuk itu? Pasti lebih nyaman!"

Lelaki itu mengeluh sebal. Kepala tersandar semula ke tiang. Mata dipejamkan. Kala itu ingatan terus melayang pada orang tuanya. Pasti mereka ternanti-nanti dia pulang.

Atau mereka dah tahu keadaannya sekarang? Siapa yang bagitahu? Pak Din?

Ah! Pak Din...

Bagaimana keadaan pemandu teksi itu selepas dipukul semalam? Terukkah?

Krekkk!

Bunyi kuakan pintu dan-dan itu hentikan lamunan Aryan. Matanya dicelik semula, melihat ke arah pintu bilik yang dah terbuka. Sejurus itu telinganya menangkap tepukan seseorang. Bersama derap tapak kaki melangkah ke dalam.

"Aryan Alfiansyah Wong. Welcome to my home!"

Suara Zen bergema di dalam bilik itu dengan tawanya.

"Siapa kamu?" soal Aryan.

"Me? Well... I'm your friend."

"Usah bercanda! Aku tidak kenal sama kamu."

"But I know you."

Aryan amati wajah lelaki itu. Lelaki berbangsa cina yang sedikit berusia. Musathil dia mengenalinya. Sedangkan tak sampai 24 jam dia berada di Malaysia.

Pandangan kemudian beralih pada sosok lelaki melayu di sebelah. Tinggi, tegap, sederhana cerah. Namun wajahnya sedikit terlindung di balik kacamata hitam yang dipakai.

Dan kini, mata Aryan terarah pada gadis berdiri di belakang. Wajah itu kembali menerpa pandangan. Kalau gadis itu, sudah pasti dia kenal.

Mana mungkin dia bisa melupakan renungan tajam itu. Renungan bermata biru. Dan sampai sekarang pun gadis itu masih tegar merenungnya.

🍂 ReLaKu PuJuK  (Published) 🍂Where stories live. Discover now