CHAPTER 28

45 7 0
                                    


"ALRIGHT. Kita udah selesai mendiskusi kelansungan Armaya sepanjang bulan yang lalu. Overall, saya puas hati banget sama perbentangan laporan dari tiap departmen yang diwakili oleh kalian semua."

Suara Aryan penuhi ruang bilik mesyuarat. Mesyuarat bulanan yang wajib diadakan setiap awal bulan. Untuk bincang perihal terkini perjalanan syarikat. Dan selaku CEO, dia orang yang bertanggungjawab handle tiap mesyuarat yang dijalankan.

"Dari apa yang telah kita lihat dan perdengarkan sebentar tadi, saya kira prestasi Armaya semakin sukses dan berkembang maju di sini. Dan ini semua adalah hasil usaha dari kalian dan seluruh warga karyawan Armaya. Syabas dan tahniah saya ucapin!"

Kali ini tepukan bergema. Sebagai raikan berita gembira dari ketua mereka.

"Saya mohon prestasi sebegini kalian kekalkan demi menjaga kualitas Armaya. Dan saya mohon juga kita kekal bekerjasama dan saling terus mendukung antara satu sama yang lain agar perusahaan kita ini akan lebih ke depan lagi.

Dan yang paling penting... silaturahmi serta perpaduan dua hala antara Malaysia sama Indonesia bakal terjalin lebih kukuh dan erat melalui kewujudan Armaya International."

Tepukan bertambah kuat. Sorakan suara setuju juga buatkan suasana kian gamat.

"Macam ni bolehlah request naik gaji, Tuan Aryan!" seloroh salah seorang pekerja tiba-tiba.

"Ya! Sokong! Sokong!"

Keadaan bertambah hingar.

"Insya-ALLAH. Itu bakal saya usulin ke Pak Aryawan sekembalinya dia nanti."

"Cayalah, bos! Sporting habis! Ni yang we all makin sayang!" ucap satu suara lain.

Umpama tonton perlawanan bola sepak, bilik mesyuarat kini dah bertukar rupa. Masing-masing nampak makin teruja.

Bibir Aryan tersenyum mekar. Gelagat para pekerja diperhati dengan senang di sisi Intan, setiausahanya.

"Okey semuanya. Sebelum kita habisin mesyuarat pagi ini dengan bacaan doanya, kalian punya apa-apa lagi untuk dibicarakan?" Aryan kembali bersuara.

Satu kemestian untuk setiap acara. Dimulakan dan disudahkan dengan doa. Amalan yang diparaktik turun-temurun oleh pengasas Armaya.

"Tak ada, tuan."

"Kalau begitu kita lanjutin sama ba...,"

Grrr.

Telefon Aryan bergetar atas meja tiba-tiba. Bilik mesyuarat jadi sepi serta-merta.


BABA


Nama itu terpapar di skrin.

'Ada apa sih baba nelefon? Bukan flight pulangnya nanti malem?' detik Aryan.

Ingin dijawab panggilan itu selesai doa penutup. Tapi fikir ia panggilan kecemasan, hatinya jadi gugup. Barangkali sesuatu tak baik sedang berlaku.

Kakek!

Sepantas kilat telefon dicapai.

"Excuse me. I need to answer this call. Asyraf, you finished up the meeting with doa as usual. Thank you everyone!"

Serentak itu bilik mesyuarat ditinggalkan. Melangkah saja keluar, tangannnya pantas jawab panggilan.

"Helo. Baba!"

"Assalamualaikum wahai anakku Aryan Alfiansyah."

Suara lembut Pak Aryawan menyapa gegendang telinga.

🍂 ReLaKu PuJuK  (Published) 🍂Where stories live. Discover now