BUNGKUSAN di depan direnung kosong. Entah kenapa seleranya tiba-tiba hilang. Mungkin kerana hari ini hari terakhirnya.
Semalam dia terdengar perbualan. Dari orang-orang yang mengawalnya. Malam ini wang tebusan akan dihantar sebagai pertukaran. Pasti babanya dah berurusan dengan mereka. Seketika, Aryan dapat rasakan jantungnya berdegup laju. Resah memikir apa yang bakal berlaku. Nasibnya baik, dia akan selamat. Kalau sebaliknya, ALLAH saja yang tahu.
Satu hal yang lebih merisaukan. Babanya. Dengan siapa orang tuanya itu akan datang? Pihak polis atau sendirian?
Aryan mengeluh berat. Melepas resah di dada yang semakin sarat. Moga-moga segalanya akan selamat.
Dalam melayan fikiran, pintu bilik dibuka dari luar. Aryan menjengah. Sesosok tubuh yang makin dikenali muncul depan mata.
'There you are. Miss of Crazier.' Hati Aryan berbisik.
Dia tak tahu itu nama gadis tersebut atau bukan. Tapi nak dekat sebulan terkurung, cuma panggilan 'miss' itu yang keluar dari mulut semua orang.
So, Miss of Crazier... itu gelaran ciptaannya buat gadis berkenaan.
Simple. Dan senang nak ingat!
Nak-nak dia satu-satunya bunga dalam taman.
Masuk saja, gadis itu melangkah mendekati. Pandangan terus terarah pada bungkusan yang masih belum terusik.
"Aku nggak mau makan. Seleraku hilang," beritahu Aryan.
Gadis itu sekadar diam. Tali yang mengikat tubuh Aryan di tiang kemudian dileraikan.
"Kenapa dibuka ikatannya?"
"Kita akan pergi dari sini."
"Ke mana?"
Gadis itu tak jawab.
"Apa benar ini malam aku akan dibebasin?" Aryan menyoal lagi. Namun gadis di depan masih diamkan diri.
"Aku tanya sama kamu. Apa benar aku akan dibebasin?"
Kali ini gadis tersebut beri reaksi. Tapi hanya dengan renungan. Walau tanpa patah perkataan, panahan mata birunya seakan mengiakan pertanyaan Aryan.
"Kenapa kamu di sini?"
Tak diduga, soalan tersebut meluncur tiba-tiba dari mulut Aryan. Soalan yang buat gadis itu larikan pandangan. Kerjanya segera disambung semula.
"Jawab pertanyaanku. Gimana kamu bisa berada di tempat ini? Bergaul sama orang-orang sebegini?"
"Mind your own business."
Aryan gelak. "Semudah itu? Setelah apa yang kamu lakukan terhadapku?"
"Lepas ni kau akan bebas. Kau buat hal kau. Aku dengan cara aku."
"Kamu yakin, kita nggak akan lagi ketemu?"
Pertanyaan itu hanya dibiar. Gadis itu bingkas bangun. Tubuh Aryan ditarik untuk sama berdiri. Saat kakinya setapak melangkah, lengannya keras dicapai Aryan.
"Kalau aku nggak selamat ini hari, aku mungkin akan mati. Tapi kalau aku berhasil melangkah pergi, kita pasti bakal ketemu lagi satu saat nanti."
Kata-kata itu sekaligus undang renungan tajam gadis tersebut. Dah berapa hari Aryan tak terimanya. Tapi hari ini, ia kembali muncul.
YOU ARE READING
🍂 ReLaKu PuJuK (Published) 🍂
RomanceARYAN ALFIANSYAH WONG, a son to one of the 'World Richest Man', been kidnapped by EMERLINE SEFHIA a.k.a Miss of Crazier, the most wanted criminal gang in Malaysia. But who knows... it begins a story of them. ARYAN ALFIANSYAH WONG, anak kepada sal...