KELAM-kabut lelaki itu turun dari biliknya. Dalam hati berdoa agar Sefhia dah bangun dari lena. Ada tugas penting hari ini perlu dilaksana.
Sampai di bawah, Aryan tarik nafas lega. Suara Mak Minah bercakap di dapur bagai menjawab soalannya. Dah tentu tengah berbual dengan seseorang. Mustahil wanita itu cakap sorang-sorang.
Tekaan Aryan tepat. Sampai ruang dapur, matanya nampak dua kelibat. Seorang sibuk memasak. Seorang lagi duduk melihat.
"Eh, Aryan!"
Mak Minah kaget sebaik berpaling. Tiba-tiba Aryan tercegat di pintu dapur. Sefhia yang duduk membelakangkan, turut berpusing.
"Kamu tak kerja ke hari ni?" soal Mak Minah.
Seingatnya hari ini hari Isnin. Tapi kenapa lelaki di depan hanya pakai t-shirt lengan panjang dan seluar jeans?
"Nggak."
"Kenapa? Aryan tak sihat ke?"
"Nggak juga."
"Habis tu, kenapa?"
Aryan tak jawab. Hanya mata beralih pada gadis yang sejak tadi senyap. Lama wajah itu ditatap.
"Aryan. Kenapa ni?" tanya Mak Minah risau.
Tanpa peduli pertanyaan tersebut, Aryan hampiri Sefhia. Lengan gadis itu lansung dicapai ikutinya.
"Eh, eh. Sekejap!" Mak Minah menahan. "Aryan nak bawa Sefhia ke mana ni?"
"Keluar, Mak Minah. Lagi punya urusan."
"Tapi belum sarapan lagi, kan? Tunggulah kejap Mak Minah siapkan."
"Nggak apa-apa, Mak Minah. Nanti kami sarapannya di luar aja."
Serentak itu, Aryan sambung langkah. Sefhia yang tak mengerti apa-apa hanya turut tarikan lelaki di depannya. Tinggal Mak Minah seorang di dapur terpinga-pinga.
"Apa ajelah dengan budak seorang ni? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba bawa Sefhia lari. Sampai tak menyempat nak sarapan. Hadui, budak-budak sekarang! Tak faham betullah!"
Mak Minah tepuk dahi berkali-kali. Cuba faham apa yang sedang terjadi.
"Stop."
Sefhia bersuara. Genggaman di lengan cuba dilepaskan. Tapi Aryan lansung tak hirau.
"I said, stop!"
Kali ini Sefhia rentap tangannya kuat. Serta-merta pengangan Aryan terlepas. Langkah keduanya turut terkandas.
Aryan tenung Sefhia. Sedikit geram. Namun kornea biru itu lebih dulu mencerun tajam.
"Bisa nggak ini kali kamu usah lawan sama aku?"
Aryan cuba berbicara. Berharap Sefhia boleh toleransi dengannya.
Seminit dua lewati masa, hanya renungan yang berlaga. Baik Aryan, apalagi Sefhia. Masing-masing tak nak mengalah sesama mereka.
Aryan ketap gigi. Rahangnya bergerak-gerak menampar pipi. Nampaknya gadis di depan tak mahu berlembut hati. Saat Sefhia dah berpusing untuk angkat kaki, lengan gadis itu pantas disambar kembali.
"Lepaskan!"
Namun Aryan tak peduli. Empunya tubuh terus ditarik pergi. Biarlah Sefhia nak marah, nak sembur, nak maki. Tapi misi hari ini harus dimeterai seperti yang dijanji.
***********
"HEI! Kau kenapa?" Wafri tegur Aryan. Lelaki itu terlihat santai di sofa dalam sebuah butik. Sebaliknya Aryan yang tampak gelisah sejak kaki menjejak tempat ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/118817462-288-k89015.jpg)
YOU ARE READING
🍂 ReLaKu PuJuK (Published) 🍂
RomantizmARYAN ALFIANSYAH WONG, a son to one of the 'World Richest Man', been kidnapped by EMERLINE SEFHIA a.k.a Miss of Crazier, the most wanted criminal gang in Malaysia. But who knows... it begins a story of them. ARYAN ALFIANSYAH WONG, anak kepada sal...